Isnin, 4 Januari 2010

UMAT ISLAM BERSATU ATAU ..DIAM.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dunia telah lama kehilangan rasional dan tolenransi nya. Kerana itu adalah petanda –petanda masa telah hampir untuk dunia yang akan hancur. Kini di sebuah Negara yang bernama Malaysia ; dimana lahirnya masyarakat majmuk, yang penuh dengan sikap toleransi hingga mampu menghadiahkan satu KEMERDEKAAN nya, tanpa sebarang keganasan yang melampau. Berjaya memupuk dan mengawal ketenteraman dan keamanannya selama lebih dari 50 tahun, dari acuan dan dasar yang ditulis oleh orang lain.

Kini sikap tolenransi masyarakat tersebut khususnya dikalangan masyarakatdan entiti bukan Islam sudah dinodai, dicemari dan jelas bibit-bibit Kehilangan tersebut makin dirasai. Kehilangan tersebut mulai dikesan semenjak dasar kebebasan yang tidak jelas diberikan oleh Kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah. Bukan nya Kerajaan pimpinan Pak Lah yang patut dipersalahkan dalam hal ini, tapi hakikatnya; masyarakat dan entiti bukan Islam lah yang sudah keterlaluan dan kehilangan punca dalam menuntut hak-hak mereka, ditambah lagi dengan dokongan dan sokongan oleh pihak-pihak berkepentingan dan dari parti parti politik picisan .

Berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi , membenarkan pihak Kristian menggunakan perkataan ALLAH dalam akhbar edaran mereka. Walaupun keputusan tersebut adalah satu keputusan yang mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia. Tapi ia masih sebuah keputusan yang sah yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya, kerana ia dibuat dibawah satu autoriti yang dibenarkan melalui Perlembagaan yang sedia ada. Walaupun Masyarakat Islam dan Kerajaan mempunyai ruang-ruang merayu yang masih terbuka dalam sistem yang sedia ada, tapi apakah ia nya akan selesai sepenuh nya atau ia masih menunggu pada satu masa yang lain; untuk bangkit semula dengan keadaan, wajah dan tindakan yang berlainan dari sudut pandang dan kacamata yang berlainan. Persoalannya IA tidak akan SELESAI.

Sekarang anda tentu telah jelas atau masih kabur.

Ya! Amat Jelas kelihatan apabila sesuatu asas itu tidak kukuh, maka anasir-anasir yang berkepentingan akan mengambil kesempatan dalam apa jua kesempatan atau kelompangan yang diperolehi atau yang dicarigali. Oleh itu sudah tiba masa nya untuk seluruh umat Islam bangkit bagi mencadangkan dan menyokong usul pindaan perlembagaan Malaysia; supaya ia lebih jelas dan terang.

Perkara yang perlu di catatkan Dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah.

  1. Asas Rujukan dan Penelitian Perlembagaan Malaysia ialah :-

Pertama Al- Quran,

Kedua Al – Sunnah Rasullullah Nabi Muhammad s.a.w ,

Ketiga . Sebarang bentuk penerbitan, atau pendapat, pandangan, kaljian ilmiah atau sebarang ijmak atau apa-apa yang dirujuk mestilah berasaskan atau bersandarkan kepada AlQuran dan Sunnah.

  1. Sistem Kehakiman dan Keadilan Malaysia, perlu digubal semula, dimana Malaysia perlu menwujudkan Dwi Sistem Kehakiman yang dijalankan secara berasingan dan pilihan. :-

Semua Umat Islam dan apa-apa yang berkaitan dengan atau atas Nama Agama Islam di Malaysia, adalah wajib dibicarakan dan diadili dengan sistem perundangan, kehakiman dan keadilan Islam. Kerjasama dari semua Sultan , Raja dan Yang di Pertua perlu dalam merealisasikan perkara ini.

Pentadbiran dan Pengurusan Islam perlu diselaraskan dalam Satu Entiti yang Jelas.

Bagi masyarakat dan sebarang entiti bukan Islam mereka boleh membuat pilihan samada ingin menggunakan sistem kehakiman dan Keadilan Jenayah dan Sivil yang sedia ada, atau Sistem Kehakiman dan Keadilan Islam. Pilihan mereka akan gugur secara otomatis, apabila apa-apa perkara yang ingin diadili terdapat perkaitan dengan Umat Islam, atau sebarang perkara yang dibawah pengurusan dan pentadbiran Islam samada ia dilakukan dengan disedari atau tidak disedari.

Perlaksanaan Dwi Sistem Ini nanti masih boleh menggunakan pakai semua undang-undang yang telah dipraktikkan di peringkat Negeri dan Persekutuan, dengan berberapa pindaan kepada TataCara dan Perlaksanaan Hukuman atau Keputusan Hakim menurut keperluan Islam sepertimana prinsip-prinsip kehakiman dan keadilan yang ada dalam Islam.

Insyaallah, Kemurniaan dan Keadilan Islam akan terserlah dimata bukan Islam apabila ia dilaksanakan dengan jelas.

Dan saya cukup YAKIN, Masalah-Masalah yang dihadapi Malaysia kini akan selesaikan dalam jangka waktu yang pantas, Jika Malaysia MAMPU dan SANGGUP untuk BERUBAH dengan apa yang disarankan ini .

Artikel-artikel dalam blog ini masih berkaitan dengan apa yang diperjelaskan sekarang.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Khamis, 3 Disember 2009

2012 SUATU IGAUAN DUNIA.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Semalam saya berkesempatan menonton filem yang menjadi tarikan masyarakat dunia,sejak ia ditayangkan kepada umum. Filem tersebut ialah 2012 (2009),olahan dan garapannya dari kacamata pendokong-pendokong industri filem barat.

Kini imbauan kenangan lalu, membawa saya kembali ke era tahun 70an; diwaktu dimana hiburan utama masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya adalah dengan berhibur di Pawagam- Pawagam; sewaktu menyambut hari hari Istimewa dan hari Santai mereka.Saya masih ingat ketika itu, untuk masuk ke Pawagam tidaklah semudah hari ini, walaupun nilai tukaran matawang diketika itu ,bolehlah dikatakan agak rendah, tapi mempunyai nilai apresiasi yang tinggi.Dahulu dengan nilai wang minima 50 atau 65 sen, sudah dapat membiayai anda berada didalam Pawagam di Kelas Tiga ( Nilai itu cukup bermakna kepada yang tiada, tapi tidak membawa apa-apa erti kepada Kakitangan Kerajaan dan yang berada).Bagi anak-anak muda yang masih kecil dan berkemahiran tinggi memujukrayu dan mencelah, mampu untuk menonton dengan percuma filem-filem Menarik.

Nostalgik nya, Anda perlu mendongak atau sedikit berbaring untuk mendapatkan sudut pandang yang boleh dianggap selesai untuk berberapa ketika ( Saya gerenti, selepas selesai menonton, anda akan pulang dengan rasa sakit ditengkok).Bagi yang masuk percuma, kerusi nya adalah dilantai simen (laluan).

Setelah melalui berberapa fasa pembangunan, fisikal dan teknologi dalam industri Perfilemen; agak janggal saya rasa kerana, situasi yang pernah saya lalui masih wujud lagi. Agak nya, begitulah dunia kapitalis.

Menyusur kepada dedahan yang cuba disampaikan oleh Penulis,Pengarah dan Syarikat Produksi filem 2012, mungkin apa yang cuba saya selusuri ini benar atau tidak, hanyalah ANDA yang pasti dapat menentukkan nya.

Kebanyakkan diantara kita selepas menonton filem ini, tidak banyak sedikit mempunyai suatu perasaan gusar dan kebimbimbangan yang relatif akan kesan akibat nya apabila tidak bertaubat atau tidak sempat bertaubat, jika hari KIAMAT hadir.

Maka ada yang berazam untuk mengubah prinsip, pendirian,malah kepercayaan kerana bimbang atau takut digulungkan dalam golongan orang-orang yang KUFUR dan MUSYHRIK. Kalau dulu cuai dan leka, kini mereka membina taat dan keyakinan.

Bagi Golongan yang KAFIR dan KUFUR; atau sememang nya yang telah menolak HIDAYAH dan RAHMAT ALLAH, mereka ini memperlihatkan, Adanya kepercayaan dan Keyakinan mengenai hari KIAMAT; tak kira lah dari mana mereka hadir atau dari agama mana anutan mereka samada Agama Samawi atau Agama Theologi

Ayat 148 Surah AL-Baqarah

148. dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ayat 9 Surah A'li "Imraan:

9. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Kesan Visual, Teknik Sinimatografi dan Penggunaan Pendekataan CGI, amat-amat membanggakan; dan ia telah memberikan gambaran kesan secara langsung kepada Golongan Atheis, Kufur dan yang menolak HIDAYAH, akan begitulah keadaan nya apabila berlaku nya hari KIAMAT itu.

Ayat 123 Surah Al-Baqarah:

123. dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang Yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

Tapi Kapitalis, kemana pergi pun tetap Kapitalis, Peluang dan Kesempatan akan digunakan sebaik mungkin ( Semaksima yang boleh), Jelas seperti yang digambarkan dalam Ayat

86. mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

Golongan Kapitalis dan Kufur tidak berdiam diri, malah setiap ruang dan kesempatan digunakan sepenuh nya. Malah mereka telah mempropagandakan dengan meluas bahawa Hari Kiamat akan berlaku mengikut perkiraan-perkiraan mereka yang tertentu, ia jauh terpesong dari apa yang diterangkan oleh ALLAH s.w.t. dalam ayat-ayat berikut;

Ayat 87 Surah Al-Nisa'a:

ยช87. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) Yang tidak ada syak padanya. dan siapakah pula Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

Malah dalam filem itu dipaparkan ( disarankan ) kepada semua manusia supaya berusaha melarikan diri dari bencana dan ancaman-ancaman yang sedang dihadapi. Maka berebut-rebutlah manusia berikhtiar melarikan diri dari bencana-bencana tersebut. Sedangkan Islam telah menggariskan adab-adab menghadapi bencana atau musibah. Islam menyarankan supaya umatnya mendirikan solat sunat gerhana, bila terjadi nya gerhana.

Sewajarnya lah setiap Muslimin dan Muslimah, bertaubat dan bersujud memohon limpahan Rahmah dan Hidayah ALLAH dari bencana dan ancaman yang mendatang sepertimana yang disarankan pada ayat berikut;

Ayat 194 Surah A'li "Imraan:

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Lihatlah bagaimana Golongan Kufur dan Kapitalis menjual dunia baru mereka dengan nilai 1 Billion Euro sekadar untuk menempahkan tempat dalam bahtera binaan mereka ; kepada orang dan kumpulan yang terpilih sahaja.Begitulah mereka menanamkan benih-benih kekufuran diluar kesedaran manusia.

Dunia ini masih boleh dibeli dan diuruskan dengan wang.

Wang dan Status menjadi kayu ukur keselamatan.

Ayat 19 Surah Yunus :

19. dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama Yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa Yang mereka perselisihkan itu.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Isnin, 9 November 2009

DOES THE WORLD LIE OR WE DID!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Hello world,

This is for the surfers to my Blog, here.

Quite a long time, I'm not able to write anything at my blog, due to the commitments in hand.

Insyaallah, If I've all the time, opportunities and the goodies; I will write something in. If all of you (surfers), do have anything to comment or to criticize, do help yourself, and please do inform me, courteously. May I do have the wisdom to enhanced my ethic and weaknesses.

If it's true, then it's the grace and mercy from the Almighty ALLAH, that show me the path of a truth world.

As a normal human, of course there's a weaknesses in me; in particular "The Knowledge" ( that I've only a spoon to scoop ).

I'll do apologized, if any of my articles, do disturb your emotions, principles and live. I can't help it, cause most of the times it's very touchy.

For now, I would like to talk about DOES THE WORLD LIE OR WE DID! ; in a few segments or Sub-Titles that do have the relevancy towards the said title.

 

Do have a good time, surfing in my blog. I do believe that if you go through the articles that I've posted. You may find that, most of it do relate something, either towards you or the world as a whole.

 

Last Night make me think, that the said title forwarded, is quite a BIG task to fulfilled, if without a proper and strategized research and goodies. A Relevant factors will be compromised, if we can't define and explain thoroughly to the said topic and the most important thing to consider is, if the arguments is rebutted without a proper fundamental knowledge by the participants.

 

World, now I would like to invite you, to decide on a topic to discuss, or the Very Important one. The method is whichever topic note the highest ranking within the two weeks time frame, will be the subject to discuss.

 

Come on, Why Wait! Just send in your opinions and comments. Tell the world the truth.

 

Thank you.

 

" ONLY ALLAH KNOWS"

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

Ahad, 8 November 2009

ADAKAH DUNIA MENIPU ATAU KITA YANG MENIPU!

SRI PANJI BIN MOHAMED ZALI

123,Persiaran Cinta Sayang,

Kelab Cinta Sayang,

Sungai Petani,

08000, Kedah.

www.sripanji.blogspot.com

sripanji@gmail.com

FAX: +6044412608

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum, wbkth

Kepada Semua Pelayar –Pelayar ke Blog saya ini.

Telah agak lama juga saya tidak menulis diblog ini, kerana berberapa komitmen yang tak dapat saya elakkan.

Insyaallah, Jika terdapat ruang, waktu dan bahan-bahan yang mencukupi; akan saya teruskan menulis. Jika Pelayar-Pelayar semua mempunyai sebarang komen dan kritikan, Sila maklumkan kepada saya,moga saya dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri saya.

Jika ianya benar, maka itu adalah Hidayah dan Rahmat ALLAH yang mengizinkan kebenaran tersebut.

Sebagai Manusia biasa, banyak sifat kekurangan dan Kelemahan; khusus Ilmu ( yang masih tak tercapai) pada diri saya.

Saya memohon jutaan kemaafan, jika penulisan saya ini menganggu emosi, prinsip dan kehidupan anda.

Untuk Kali ini,Saya akan bicara " DUNIA MENIPU ATAU KITA YANG MENIPU"; dalam berberapa segmen dan tajuk kecil yang berkaitan dengan kita!

Selamat Melayari Blog saya. Jika anda mempunyai masa sila lihat artikel-artikel saya yang terdahlu; kerana terdapat relevensi nya dengan apa yang akan diperkatakan nanti.

Semalam membuat saya terfikir, Sabjek yang diutarakan ini adalah terlalu besar dan luas pencarian dan pengisian nya. Faktor-faktor berkaitan nya semakin rumit, bila ia dicernakan dan diulas tanpa sebarang asas Ilmu yang jelas.

Oleh itu, Saya ingin mengajak pelayar-pelayar menentukan sendiri Sabjek Kecil yang mana yang lebih penting untuk dibicarakan. Keadah saya, Mana-mana Sabjek yang mendapat permintaan yang tertinggi dalam jangka masa 2 minggu ini, akan menjadi Sabjek kupasan saya seterusnya.

Terima kasih.

"hanya allah yang maha mengetahui"

Ahad, 27 September 2009

Ops. Sikap Satu Perubahan Atau Tempahan Kubur.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Malaysia sekali lagi menjadi juara dalam dalam mencatatkan jumlah kemalangan dan kematian, akibat dari pengurusan trafik yang tidak sempurna dan cekap. Setiap tahun di musim-musim perayaan yang pelbagai; satu siri Ops Sikap ( Nama yang mutakhir; yang dijangkakan dapat mengubah pesepsi masyarakat ). Dilancarkan dengan gah nya. Berjuta-juta wang ditaburkan untuk mengrungkaikan pemasalahan ini, malangnya kajian perangkaan senantiasa tidak menyebelahi pihak berkuasa.

Bagi menjayakan kempen-kempen yang berkaitan dengan nya, pelbagai keadah dan cara telah digunakan oleh pihak-pihak berkuasa dan pihak swasta. Dari Kempen berbetuk iklan sehingga ke bancian.

Kini terrdapat pelbagai cadangan dan usul telah dilontarkan di pelbagai media bagi mengekang dan meyelesaikan masalah tersebut. Dari pengubalan semula, penambahbaikan sistem kepada menetapkan pelbagai hukuman-hukuman yang bersifat tegas.

Saya amat bersetuju dengan KPN, berkaitan dengan nya; sebab itu lah masalah menyelesaikan kepincangan pengurusan trafik, maka OPS SIKAP di perkenalkan; malangnya setiap peringkat organisasi dan masyarakat tidak mempunyai pendapat yang sekata dalam mengubah atau memperbaiki sikap.

CADANGAN SAYA :

  1. Malaysia perlu berani dan beriltizam untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan . atau sebarang Akta yang lain; yang berkaitan dengan masalah trafik, samada di peringkat Dearah, Negeri, dan Persekutuan. Pindaan harus dibuat secara tuntas;

     

  2. Pihak berkuasa mesti mempunyai satu sikap kebertanggunjawaban yang berani dan tegas, jauhi dari sikap yang sentiasa mencari keselesaan dan populariti;

     

     

  3. Jika perlu satu bentuk sistem dan perundangan baru perlu digubal dan dilaksanakan dengan tegas;
  4. Pihak-Pihak Berkuasa yang berkaitan dengan Urusan ini perlu diselaraskan dari sudut pentadbiran dan operasinya dalam satu sistem yang terkini;
  5. Keperluan Logistik, Gunatenaga, dan teknologi perlu dipertingkatkan dan diselaraskan pada setiap masa. Keperluan Bank Data Pemilik Kenderaan dan Rekod Tindakan Kesalahan Trafik perlu diwujudkan dan selaraskan 24/7;
  6. Antara penambahbaikan Perundangan dan Sistem. Disarankan semua kenderaan persendirian yang bergerak dimana-mana jalan atau laluan di Malaysia, diwajibkan menyimpan Dua (2) jenis Dokumen dalam kenderaan tersebut;

     

    1. Dokumen Hak Milik Kenderaan tersebut.
    2. Dokumen Surat Kebenaran Menggunakan Kenderaan tersebut.

       

Keingkaran kepada mematuhinya boleh menyebabkan pemilikannya dibatalkan atau digantung.

 

  1. Bagi pengguna kenderaan yang tidak dapat mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan kenderaan yang digunakan; Tindakan berikut disarankan:

     

    1. Untuk Pengguna Lesen Memandu nya digantung atau dibatalkan;
    2. Untuk Pemilik Kenderaan Cukai Jalan nya ditangguhkan atau dibatalkan, dan seterusnya.. ;

       

  2. Bagi pihak-pihak yang berkuasa dan swasta yang menguruskan semua perkara berkaitan dengan Infrastruktur Jalan dan Kawasan perlu terikat dengan satu sistem dan perundangan yang baru;

     

Saya rasa hanya setakat inilah pandangan saya, untuk renungan masyarakat Malaysia, ada berberapa lagi cadangan atau usul yang boleh diketengahkan, tapi masa yang ada pada saya amat terbatas.

 

Terima Kasih

 

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

 

Sabtu, 12 September 2009

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM...??" - TOLONG BACA

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berikut adalah kandungan email yang diterima :

kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah
kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nor din di Madrasah Hidayah.
Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila
Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nor din. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama,
dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian..'



Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..



Butir asal permohonan.. ....



Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong
seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dila ntik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan
pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa
Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.



Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap,
didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.... Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam
keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek.. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.


Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.


Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang
Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah
, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).
Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya.
Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes
Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu,
Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka.. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' '
Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu.
Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi.
Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata:
'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'


Wasiatnya berjaya dila ksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani ... Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ..... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada
3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.  maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya

kehidupan kita bukan cara Islam lagi
. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian.
Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam..... Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya..

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi
, justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali,

email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini.
Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah..

Dan inilah jawapan yang mampu saya berikan, bagi menjawab terhadap kerisauan tersebut :

Terima Kasih atas maklumat tersebut.

Itulah akibat nya apabila kita dijauhkan dari Rahmat Allah s.w.t. dengan ketiadaan Hidayah nya. Yang paling utama dalam pemasalahan ini ialah untuk mendapatkan Hidayah Allah. Sila baca Al-Quran dengan jelas, dan bertafakur dalam ATAU pada setiap ayat dan huruf; Insyaallah, anda akan dapat hidayah nya, lebih lebih lagi dimalam-malam akhir bulan Ramadhan, dalam pencarian LaiLlatul Qadar.

Dan renungkan juga Sunah dan Sirah Rasullullah s.a.w. Akan bagaimana peritnya nya Rasullullah s.a.w. mendidik masyarakat Mekah selama 13 tahun,hanya berkaitan dengan AKIDAH sahaja. Renungkan lah ayat-ayat Makkiah dengan hati yang terbuka; pohon lah rahmat dan hidayah ALLAH.

Apa yang dipaparkan oleh saudara/saudari, hanyalah tuntutan sebuah kesedaran dari masyarakat Islam akan apa yang telah,sedang dan akan terjadi. Untuk itu ia perlu ditanggani dalam pendekatan yang berbeza;

  1. Telah – Mereka perlu kembali kepada Islam dan bertaubat; buat yang murtad dan keluarga Atau sesiapa sahaja yang hampir dengan simurtad tersebut. Persoalan yang perlu ditanya dimanakah amalan dari Surah Al-Asr. DaN perlu disemak semula mungkin Allah mendatangkan ujian yang terbesar kerana adanya kekurangan ( Allah Menyayangi Hambanya ); atau
  2. Sedang – Sebahagian dari nya perlu merujuk kepada kaeadah "TELAH" , dan bagi masyarakat yang hampir perlu barganding bahu, bersatu mendekati diri dan mereka memohon Rahmat dan Hidayah ALLAH. Ingat setiap Muslim itu bersaudara, Tanggungjawab saudara tersebut akan dituntut dan dipersoalkan oleh Allah, nanti. Di antara saudara Tidak ada Istilah Bermasam Muka dan Berdendam ( Neraka lah tempatnya bagi pemutus Sillatul Rahim ); atau
  3. Akan – Sebahagian daripada nya perlu merujuk kepada Keadah "TELAH ATAU SEDANG". Dan bagi pihak kumpulan masyarakat yang lain penwujudan kumpulan- kumpulan NGO's dalam pelbagai disiplin mengikut kepakaran ahli perlu digerakkan, dan dipastikan aktif secara menyeluruh. Konsep dan Pendekatan BERJIHAD perlu direncanakan dengan teliti. Bagi kumpulan pihak yang berkuasa dan Kerajaan; Satu inisiatif pencarian mekanisma perlu digembelengkan secara saksama. Yang Pasti "PERLEMBAGAAN MALAYSIA" PERLU DIGUBAL SEMULA DENGAN PENGIKTIRAFAN SEPENUH NYA DIBERIKAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNAH SEBAGAI ASAS RUJUKAN"
  4. SILA BACA ARTIKEL-ARTIKEL DALAM BLOG SAYA PADA YANG BERKIATAN.

Terima Kasih kerana sudi membaca.

"HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

Selasa, 4 Ogos 2009

Selsema Babi H1N1- Tinjauan.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Dunia semakin huruhara dengan ancaman wabak selsema babi. Malaysia tidak ketinggalan untuk dicatatkan sebagai penyumbang merebak nya wabak dalam carta antarabangsa.

Apa dan jadi dengan sistem pencegahan, halangan dan pemantauan nya?. Pada peringkat awal Malaysia hanya sebagai Negara Penerima, kini boleh dikategorikan sebagai Negara Penyumbang; dengan semakin banyak Institusi-Institusi ditutup, rekod jangkitan dan kematian yang semakin memberansangkan.

Apakah Malaysia perlu menunggu beribu-ribu kematian, baru tindakan tindakan yang lebih drastik dijalankan.

Sepatutnya amalan yang dilaksanakan para sahabat Rasullullah s.a.w. menjadi pedoman yang wajar diikuti dengan tegas.

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.