In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kini berita sensasi, minggu ini. Oh..Silap!, mungkin berita yang bakal mengundang kontroversi.
Sidang media yang diadakan oleh seorang pegawai kanan SPRM pada 20/2/2009, yang disiarkan oleh sebuah stesyen swasta, cukup mengusarkan saya, akan kemana kah arah tuju SPRM sebenarnya.
SPRM menyatakan bahawa terdapat keterangan-keterangan keatas seorang Menteri Besar, berkaitan dengan Salahguna Kuasa. Kertas Siasatan kes yang berkaitan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan ???, kerana ia melibatkan seorang VIP.
Persoalannya :
Kalau ini yang cuba diperlihatkan oleh SPRM, sebelum ini cukup gah dengan kenyataan-kenyataan bahawa BPR akan sanggup merintangi segala cabaran setelah ia ditauliahkan sebagai sebuah SuruhanJaya ( Yang benar-benar bebas dalam setiap peringkat perlaksanaan pentadbiran dan operasi nya ).
Telah nampak bibit-bibit ketidakupayaan SPRM untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Masyarakat Malaysia perlu mendesak SPRM, agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan nya. Kalau ketidakupayaan nya disebabkan oleh sebahagian Pegawai Kanan nya yang tidak mempunyai kekuatan mental dan jatidiri, maka adalah wajar pertukaran dan perubahan atau perlantikan baru perlu dilaksanakan dengan segera.
Saya tidak nampak sebarang alasan untuk SPRM untuk tidak melaksanakan tanggungjawab nya menjalankan pendakwaan melalui jabatan pendakawaan nya, jika keterangan-keterangan yang diperlukan telah mencukupi.
SPRM tidak perlu risau atau takut, untuk menjalankan pendakwaan tersebut. Jangan tunggu dakwa lah, atau jangan menganiaya sesiapa pun.
SPRM tidak perlu mengeluarkan kenyataan untuk mendapatkan "Political Mileage" atau sebarang kenyataan yang boleh memburukkan citra SPRM sendiri.
Hanya ALLAH yang mengetahui.
Jumaat, 20 Februari 2009
SPRM- KE HADAPAN ATAU KE BELAKANG?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan