Khamis, 14 Oktober 2010

DUNIA GURU DAN PENDIDIKAN BHG.1

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

DUNIA GURU DAN PENDIDIKAN BHG.1

Sebagaimana yang telah saya janjikan dulu, dalam blog saya yang terdahulu " Dunia Menipu Atau Kita Yang Menipu"

Hari ini. Saya ingin membicarakan mengenai Dunia Guru Dan Pendidikan. Sebagaimana dengan DUNIA-DUNIA Lain, Dunia Penguruan adalah amat kompleks.Tapi jarang diantara kita meluangkan sedikit waktu untuk merenung dan mentelusi DUNIA tersebut.Kerjaya Guru bukanlah Dunia yang bersifat eksklusif. Walaupun kita kadangkala berada di Dunia yang berbedza,tapi hakikatnya Kita ,pada waktu-waktu tertentu dituntut oleh Islam,agar kita menjadi seorang GURU yang TERBAIK; dalam mengisi sebahagian dari Ruang, sebagai seorang KHALIFAH, di muka bumi ini.

Firman ALLAH SWT: Al-Baqarah Ayat 30;

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

PELIK…..

ANEH………..

JANGGAL……

MALAH MENGECEWAKAN……………

DAN MENDUKACITAKAN…..,bila Guru itu mempunyai pelbagai dan bermacam-macam, serta berbeza-beza sifat dan juga sikap terhadap Dunianya sendiri.

Walaupun keragamannya itu, sudah menjadi BUDAYA dalam Dunia nya itu.

Tidak sepatutnya mereka terlalu berbeza diantara satu sama lain dalam DUNIA MEREKA; memandangkan Islam telah pun memberikan GARISPANDUAN yang JELAS dan TEPAT dalam menanggangni DUNIA tersebut.

Kerana dalam Islam SUMBER SANDARAN dan RUJUKAN itu cuma satu, iaitu bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Bagi GURU-GURU yang beragama Islam tidak sepatutnya ianya menjadi isu yang rumit dalam mendalami kepelbagian mereka.

Bagi yang BUKAN BERAGAMA ISLAM, sudah sewajarnya demikian, kerana SUMBER SANDARAN DAN RUJUKAN mereka adalah yang berkaitan dengan INTERGRITI MORAL;( semua bentuk kebaikan ITU,dalam pandangan Islam; JUGA diistilahkan sebagai SESUATU YANG FITRAH ).

Bukan Islam hanya bersandarkan PENGALAMAN dan INTERGRITI MORAL sahaja, tanpa ASAS KEYAKINAN yang JELAS. Persepsi keyakinan yang ditunjukkan dan yang digarapkan tidak jelas, lagi kabur dan bercelaru.

JAdi bagi GURU MUSLIMIN dan MUSLIMAH,

Bila mereka ini memulakan AKTIVITI Penguruan dan PEndidikan mereka; samada mereka SUKA ATAU TIDAK, Mereka PASTI sama-sama akan bercakap tentang Al Quran dan Sunnah, kecualilah pada MEREKA yang tidak seberapa, (JITU).

( Agaknya, Apakah nisbah keberangkaliannya, Ya?).

Jadi, Dimana PENYAKITnya, sehingga terjadinya kelainan yang melampau ini?

Sudah PASTI. kita pernah dengar Hadith ini, yang di Riwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak yang dilahirkan bersih (bagaikan kain putih), sesungguhnya kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada jadi Yahudi,Nasrani atau majusi."

Kita memperakui bahawa faktor-faktor pendidikan dan pengalaman hiduplah yang menentukan corak-corak peribadi individu itu.

Oleh itu, Mari kita TINJAU satu persatu Faktor-faktor yang dikatakan sering mempengaruhi pembinaan dan pembangunan JATIDIRI seorang manusia itu, tanpa mengira sebarang bentuk perbedaan yang nyata:

PENDIDIKAN.

Ya, PEN…DI…..DIK…AN.

APa, Tak betul…ke?

Mari kita semua putarsemula SEJARAH, di Hari kita mulai kenal. APA ITU DUNIA?

Bagi yang MALAS, dan tidak berkemampuan. Mari kita LIHAT dan selusuri KEHIDUPAN manusia, yang sering berada disekeliling kita. Cuma yang perlu kita lakukan ialah MENGENALPASTI dan MENETAPKAN GARIS MASA yang hendak kita rujuk atau mencari contoh-contoh PERBANDINGAN.

Proses Pendidikan individu bermula, bila ALLAH telah zahirkan nya didalam RAHIM ibunya. Dari saat itu pelbagai ragam dan aktiviti akan mula mempengaruhi proses-proses tersebut.

Di antaranya ialah bentuk ilmu, cara penyampaian ilmu, watak dan latar belakang GURU ( Ibu dan Ayah nya ).

Selepas BAYI tersebut lahir ke Dunia, suasana alam sekitar, mula memberikan Inpur-Inputnya, Jika GURU yang ada sudah mula bosan untuk terus BELAJAR dan MENGEJAR ILMU.

Agaknya, Apa akan berlaku Kemudian?

Jawapan yang dicari, sudah JELAS kelihatan kini.

Tak Perlu Kita meninjau dan menyalahkan BARAT, atau sesiapa saja. SEPATUTNYA KITA SALAHKAN DIRI SENDIRI.

Produk yang dikeluarkan telah berada di HADAPAN kita.

Kita Tengok KUALITI yang dihasilkan……

Dan KUANTITI nya.

(masa rehat kita sambung di Bahagian 2, akan datang ,INSYAALLAH )

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: