In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Keadaan ekonomi dunia semakin parah dan tidak tentu hala. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah setiap hari.Dimana- mana kerisauan dan kesedihan berlaku kerana, tekanan sara hidup yang senantiasa meningkat, kehilngan punca pendapatan menjadi tajuk-tajuk menarik yang akan diperkatakan oleh ahli-ahli masyarakat, dan pelbagai lagi masaalah dan isu baru yang akan muncul dan menghantui kehidupan.
Realiti sebegini tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Tapi yang manarik ditempat dimana sistem perundangan dan penyelesaian masaalah didebatkan iaitu di Parlimen. Cadangan- Cadangan yang tidak pragmatik pada ketika ini disuarakan; disarankan Sektor Kehakiman diberikan perhatian yang khusus, supaya Gaji dan Emolumen para hakim dinaikkan seperti mana yang berlaku di India dan Singapura. Saya rasa YB-YB tersebut terlupa dengan Keadah Prinsip Perbandingan. Pohon YB-YB mendalami ciri-ciri Prinsip Perbandingan sebelum, sesuatu perkara itu hendak dibandingkan dengan perkara yang lain.
Menaikkan Gaji atau Sebarang tambahan emolumen pada waktu ini adalah tidak wajar. Jika satu sektor diberikan, maka akan kedapatan tuntutan-tuntutan dari sektor yang lain, kesan putaran akan menambahkan lagi masaalah yand sedia wujud.
Perkara yang patut difikirkan dan diambil tindakan ialah:
Bagaimana meningkatkan produktiviti individu, Organisasi, Kerajaan, Swasta , agar lebih berdaya saing bagi mempertingkat dan memperbesarkan kek-kek ekonomi tanpa mengenepikan orang-orang miskin, kurang upaya dan tak berupaya.
Mengurangkan Kos Sara Hidup dan kebergantungan kita kepada bahan import; yang mana kita mampu mengeluarkan nya sendiri dengan keadah dan Inovasi Tinggi. Dalam menjayakan aspek-aspek pemulihan dan pemeliharaan. Kerajaan harus berada ditahap yang berkehendakkan di reformkan pada dasar, keadah pentadbiran dan pengurusan,ekonomi, keselamatan, kewangan, dan semua sistem yang berkaitan dengan Matlamat Bernegara. Dasar-Dasar baru wajib diketengahkan dan dasar-dasar lama wajib dipinda atau di mansuhkan. Salah satu isu menarik yang ditimbulkan dalam Parlimen, bila membicarakan kenaikan gaji para hakim ialah "PENGIKTIRAFAN". Pada saya dengan menaikkan gaji bukan bermakna pengiktirafan telah dilaksanakan; kerana wujud KEADILAN dalam sesuatu isu ialah vice-versa.Pendekatan timbal balas perlu dijadikan asas untuk apa-apa perkara yang ingin dikaitkan dengan "PENIKTIRAFAN".
Bagi Manusia PENGIKTIRAFAN sebenar ialah :
Tapi yang paling UTAMA yang perlu diberi pengiktirafan; menyedari, mendapatkan , dan diperjelaskan HAKIKAT HAMBA DENGAN ALLAH. Dimana ia bermula dan berakhir. Disedarkan bahawa HAKIKAT KEADILAN SEBENAR TELAH HAMPIR. Asas-asas persediaan dan persiapan perlu mamtap. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

Selasa, 24 Mac 2009
Tinjauan: Apa Nak Buat?
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 12:35 PTG 0 comments
Ahad, 19 Oktober 2008
WARKAH BUAT DR.MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Assalammualaikum,
Tahniah diucapkan kepada saudara yang telah pun melaksanakan sebahagian dari tanggungjawab saudara kepada Allah dan Rasulnya, dengan baik; dalam memberikan input-input yang mampu menggerakkan minda masyarakat dengan kekuatan dan keberanian yang telah dikurniakan oleh Allah, jua.
Apa pun perjuangan muslim sejati tidak akan berakhir dengan sebarang bentuk perpindahan atau penghijrahan. Yang benar berakhirnya sesuatu perjuangan itu ialah, apabila ALLAH menetapkan saat kembalinya seorang hamba itu kepada Khalidnya.
Kita masih mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan, menanti kita di sepanjang perjalanan hidup yang dikurniakan oleh ALLAH ini, moga dengan limpahan Hidayah dan Rahmat Nya, dapat kita melaksanakan nya.Insyaallah.
Jika tidak keterlaluan untuk saya memperkatakan, bahawa dengan dunia dan masyarakat Islam kini yang semakin bercelaru dan tanpa arahtuju yang jelas dan benar. Kita dituntut oleh ALLAH dan Rasulnya, untuk mengerakkan sesuatu demi untuk kebaikan muslimin dan muslimah.Saya ingin mencadangkan ( Kalau wajar untuk saya berbuat demikian, kerana ilmu yang ada tidaklah setinggi mana pun )Apa salah nya (Kalau setuju ) untuk kita mengerakkan satu entiti yang mampu mengerakkan muslimin dan muslimah dalam semua bidang ( Setakat yang larat;bergantung kepada keadaan dan pelbagai faktor dengan izin ALLAH )dalam satu perkumpulan yang tidak menafikan prinsip-prinsip Islam sebagaimana yang dituntut oleh ALLAH dalam kitabnya Al-Quran, dan kupasan-kupasan yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam sirah dan hadithnya.
Sebagimana yang saudara telah perkatakan "Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan". Hakikat kebenaran itu adalah Hak ALLAH, ianya tidak boleh dimanupulasikan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Dan kalau terjadinya demikian, maka kita umpama akan dan telah mempersekutukan ALLAH; sebagaimana yang dinyatakan dalam:
Surat Al-Ikhlas; " Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Oleh itu, saya bersedia untuk melasanakannya sekadar dengan apa yang saya ada;yang dikurniakan ALLAH itu, Insyaallah.Bentuk dan Cara tindakan, boleh difikirkan bersama; dalam satu syura yang dipersetujui.
Akhir kalam, semoga ALLAH senantiasa merahmati dan melimpahkan hidayahnya untuk saudara, agar saudara dapat meneruskan perjuangan yang dipertanggungjawabkan itu dalam dunia yang saudara pilih, Insyaallah.
Selawat dan salam pada Rasulullah s.a.w sebagai akhir bicara.
Terima kasih. Insyaallah, Jumpa Lagi.
