In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Situasi Keadilan dan Penguatkuasaan di Malaysia, ibarat kita mengambil sepinggan Nasi Kandar; Lihat lah dalam satu pinggan Nasi Kandar, kita masukkan pelbagai kuah dan lauk pauk, semuanya dicampur sekali ( selambak-lambak nya) sehingga pinggan tersebut tak mampu menampung bebannya. Begitulah gaya dan cara negara ini mengendalikan urusan Institusi dan Keadilan nya. Mengapa, Ya! Bijak pandai dan pemimpin-pemimpin kita tidak mengambil sebarang iktibar dari setiap senario yang berlaku.
Mengapa kita tidak mengambil panduan dari penyediaan makanan bangsa Cina; makanan mereka dihidang dan dimakan mengikut aturan-aturan dari satu hidangan ke satu hidangan. Terdapat pengkhususan dalam penyediaan dan hidangan nya.
Sebelum kita teruskan lagi mengupas isu; seperti mana tajuk diatas, lihatlah dulu bagaimana serabutnya sistem Institusi dan Keadilan kita.
Dalam sistem Keadilan yang digunapakai sekarang, salah satu elemen nya ialah "LAPORAN POLIS", tanpa nya di Malaysia, tiada sebarang tindakan susulan yang boleh diambil. Ia merupakan satu bentuk autoriti dan pengesahan Undang-Undang yang dituntut. Bermakna disini, Mana-mana Institusi atau Pengkuatkuasa Keadilan, tidak mempunyai kuasa bertindak tanpa nya.
Disinilah letaknya kelemahan dan kelompangan kita dalam menguruskan Keadilan itu. Kita sepatutnya telah lebih matang, jika ingin menjadi pemain dan pencontoh yang terbaik kepada dunia. Dalam kebanyakan hal kita patut mempunyai keberanian untuk bertindak secara pre-emptive kerana ia adalah salah satu ciri-ciri Keadilan. Tapi yang pelik nya , Kita memiliki Akta-Akta yang mempunyai kuasa pre-emptive seperti Akta ISA, OSA, dll., tapi ia tidak melalui pengurusan dan pengendalian Keadilan yang jelas ( Juga suatu ciri-ciri Keadilan ); agar kecenderungan pihak-pihak yang berkepentingan menyalahgunakan kuasa dapat dibendung dengan sebaik-baik nya.
Jika dirasakan kelompangan tersebut memerlukan pindaan Akta, dalah lebih wajar pindaan dilakukan keatas Undang_undang Tertinggi yang memayungi Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan yang diamalkan di Malaysia.
Antara kelemahan Institusi dan Keadilan ialah kecenderungan ahli-ahli sabjek ini untuk berpolitik dari melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dengan jujur dan ikhlas ( Hanya Kerana ALLAH ). Saya sarankan hentikan sikap-sikap yang demikian, jika berminat politik, ceburi dalam bidang politik sepenuh masa.Tambah lagi Malaysia kini amat memerlukan ahli-ahli politik yang mahir dalam pelbagai bidang, bagi memastikan sistem politik Malaysia tidak hancur dibawa oleh orang-orang politik yang telah menyalahtafsirkan arahtuju politik sebenar.
Ahli-Ahli Institusi dan Keadilan, walaupun mempunyai hak dan kelayakan untuk membuat sesuatu Kenyataan; ini tidak bermakna mereka boleh membuat kenyataan ikut sedap mulut sahaja,. Mereka seharusnya memberikan kenyataan –kenyataan yang boleh dianggap lebih mahir dan matang lagi. Kupasan atau huraian hendaklah dibuat dengan jelas, kalau tidak ada kuasa dapatkan kuasa tersebut melalui cara dan saluran yang diperuntukkan ( Tapi Jangan lah berlengah pula dengan isu-isu lain ). Misi dan Matlamat Institusi dan Keadilan, adalah amanah yang mesti diisi.
Jangan ikut cara dan budaya orang-orang politik kita, yang kebanyakkannya amat gemar sekali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak matang, separuh matang , cakap tidak serupa bikin, dan pelbagai lagi, sekadar untuk mendapatkan kuasa sementara.
Cukuplah setakat ini. Kalau nak diulas banyak lagi yang boleh disenaraikan. Kadang-Kadang naik letih saya dibuat nya. Tapi memandangkan ia adalah amanah dan tanggungjawab saya kepada ALLAH s.w.t.sebagaimana yang diperintah dalam Al-Ashr:
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Hanya AllAH yang mengetahui.
Ahad, 22 Mac 2009
ANTARA INSTITUSI DAN KEADILAN
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 10:13 PG 0 comments
Labels: Institusi, politik, SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI., SPRM
Selasa, 11 November 2008
SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI.
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sebenarnya apa yang Malaysia cari? Adakah suatu Sistem Kehakiman tanpa sebarang kelompangan, atau suatu Sistem Penetapan Keadilan yang memberikan YANG HAK?
Pengkhianatan didalam sebuah Institusi Keadilan yang melibatkan para-para petugas dan para pengendalinya, dari serendah-rendah petugas hingga ke peringkat yang lebih tinggi, bukanlah suatu perkara yang baru didalam sejarah kehakiman dan keadilan diserata dunia. Dipercantikkan lagi dengan dipertontonkan watak-watak menarik dengan kecenderungan menyelami kebolehupayaan syaitan-syaitan yang nyata dalam membentuk dan mengolah dunia ini.
Pengkhianatan Pertama yang telah disedari oleh warga Malaysia dan telah diperlihatkan oleh sejarahnya ialah kejadian pemecatan hakim-hakim pada tahun 1980an. Kejadian ini telah disahkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, didalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia. YAB Perdana Menteri telah meluluskan satu Geran Penghormatan kepada hakim-hakim yang terlibat. Tindakan ini telah memberikan gambaran bahawa pihak kerajaan akhirnya akur, dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.
Kini Malaysia telah digemparkan lagi, dengan satu senario yang paling menarik didalam sistem kehakiman dan keadilannya; apabila kejadian "Klip Video " disebarluaskan sebagai suatu pengkhianatan yang tidak pernah dijangkakan akan berlaku di bumi bertuah, Malaysia ini. Walaupun isu ini masih diperingkat penyiasatan oleh sebuah Suruhanjaya Diraja, tapi pendedahan – pendedahan yang telah dibuat oleh para penyaksi, telah pun memperlihatkan akan senario sebenarnya, dimana penyalahgunaan kuasa boleh berlaku di pelbagai peringkat jua didalam sesebuah Sistem atau Institusi; apabila keadilan yang sebenarnya tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Desakan demi desakan telah dilontarkan oleh kebanyakkan rakyat sejak sekian lama.Akhirnya kerajaan akur dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaannya dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya, khusus bagi mengawalselia berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim dan bayaran emolumen-emolumen menarik.
Sebenarnya atau boleh dikatakan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan ialah Membentuk dan Melaksanakan Satu Sistem Kehakiman dan Keadilan Malaysia yang baru; agar setiap warganya tidak lagi ditindas dan diperkotakkatikkan oleh satu sistem yang tidak telus dan benar.
Perubahan yang harus dilakukan kerajaan, bukanlah setakat penubuhan sebuah Suruhanjaya Kehakiman sahaja ; yang hanya mengawalselia berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim dan pembayaran emolumen-emolumen (yang dianggap ) wajar sahaja.
Yang paling praktikal dan wajar, adalah melaksanakan satu bentuk pembaharuan yang jitu didalam Sistem Kehakiman dan Keadilan itu; bukannya proses "Touching Up", atau tampalan-tampalan pada kelompangan yang telah diujudkan oleh sistem tersebut.
Bukankan sesuatu keadilan itu, WAJIB dirasai dan dinikmati oleh pemilik dan mangsanya.
Tamadun Keadilan ini sehingga ke hari ini, telah gagal memenuhi kehendak seperti yang dinyatakan diatas tadi, kecuali ianya telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya dan jitu pada zaman Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w. dan para sahabatnya sahaja. Rasullulah s.aw. berjaya melaksanakan nya kerana ia telah dibimbing oleh Allah s.w.t. melalui Al Quran (Kalam Allah ) dengan diperlihatkan cara dan keadah-keadahnya, yang wajib dituruti oleh sekelian mahkluknya.
Hari ini, jika diteliti, mereka yang telah menjadi mangsa-mangsa keadilan; dimana mereka ini telah dicerobohi, dirosakan, dirobek, dilucuthakan, dan dinafikan Akalnya, Maruahnya, Nyawanya, Hartanya, dan Keturunannya tidak pernah mendapatkan balasan yang setimpalnya dari satu sistem keadilan yang dianggap ampuh pada hari ini.
Sistem yang ada sudah pasti gagal memberikan KEADILAN nya. Dan ia hanya dapat memperlihatkan akan kecenderungannya untuk berlaku ADIL; kerana mereka ini tidak yakin dengan Pengadilan Sebenar di Hadapan ALLAH s.w.t. di akhirat nanti.
Sistem yang ada telah gagal memberikan penumpuannya dengan jelas keatas perkara –perkara dibawah ini:-
1)Sistem prosedur Kehakiman yang digunapakai dan dilaksanakan oleh hakim-hakim dipelbagai peringkat;
2)Sistem prosedur dan rujukan perundangan yang lebih jelas lagi ( yang terikat kepada sikap kebertanggungjawaban yang sebenar ) yang digunapakai;
3)Sistem dan Keadah-keadah yang digunapakai semasa melaksanakan dan mengendalikan sesuatu keadilan tersebut;
4) Apakah undang-undang yang sedia ada masih lagi berkaitan dengan dunia masakini, yang berubah setiapmasa dengan pantas sekali?;
5) Apakah keputusan-keputusan penghakiman yang dibuat itu memenuhi kehendak manusia atau Penetepan Hukum ALLAH s.w.t.?;
6) Apakah sistem aturletak aktiviti-aktiviti didalam sesebuah mahkamah itu sesuai dengan pencarian keadilan yang sebenarnya nya?;
7) Apakah keadah-keadah yang digunapakai sekarang mampu memenuhi tuntutan keadilan, yang semakin banyak dan parah. Tidakkah prinsip "Justice delayed Justice denied" diberikan pertimbangan?;
8) Bukankah "Innocent before Provent Guilty" menjadi satu pegangan prinsip mereka yang berada di dunia KEADILAN?;
9) Apakah keputusan penghakiman dalam menjatuhkan sesuatu hukuman itu kepada pesalah-pesalah hari ini masih sesuai, samada ia masih lagi bergantung pada had-had undang-undang terikat atau satu sikap kebertanggungjawaban sebenar?;
10) Apakah sistem pemulihan pesalah-pesalah yang sediada masih lagi sesuai dan mencapai matlamat KEADILAN bagi pihak mangsanya, pelakunya dan pemiliknya?;
11) Adakah Konsep "Contemp of Court" masih wajar ( yang diketengahkan oleh pemikir lampau ) digunapakai sedangkan tuntutan memenuhi keadilan dan hak fitrah manusia amat dituntut oleh KEADILAN?.
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 4:17 PTG 0 comments
Labels: Justice and Judiciary System in Malaysia, SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI.
