In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Isu berkaitan dengan Kesahihan Kerajaan Negeri Perak, masih lagi berlarutan sehingga Mahkamah membuat satu keputusan. Kini isu baru pula muncul, samada wajar atau tidak tindakan speaker DUN Perak mengadakan sidang tergempar akan datang hangat diperbincangkan.
Rakyat Perak khusus nya dan Rakyat Malaysia am nya, terpaksa lah bersabar sehingga isu-isu ini selesai.
Kecenderungan untuk isu-isu sebegini akan tetap muncul dari semasa ke semasa, kerana ia adalah sebahagian dari alat-alat permainan di dalam dunia politik. Ahli Politik masa kini adalah juara sebenar dalam mencetus dan membina isu isu , agar mereka kelihatan senantiasa berada dalam keadaan yang popular.
Mereka ini telah jauh terbabas dari pemikiran dan matlamat berpolitik yang sebenarnya. Untuk itu mereka senantiasa perlu dan mesti mengajak atau mendorong rakyat untuk terlibat sama dalam beremosi, berbalah , dan berpecah dalam memcapai matlamat politik mereka ( Kata nya ).
Jawapan saya kepada semua pemasalahan ini:
Serahkan balik semuanya kepada rakyat untuk menentukan arahtuju nya yang sebenar ( Rakyat perlu mempunyai kesedaran dan sikap jati diri dan tanggungjawab, bahawa mereka adalah penentu kepada faktor pembangunan dan kewujudan sesebuah negara itu, tanpanya tiada negara dan tiada yang lain-lain nya. Rakyat juga perlu sedar, mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dijawab di Mahkamah ALLAH, bahawa mereka telah berusaha dengan segala daya dan upaya ( Anugerah ALLAH )mereka untuk memastikan AMANAH ALLAH tersebut dilaksanakan tanpa sebarang kompromi. )
Semua bentuk Perlembagaan ( Negeri atau Persekutuan ) perlu dipinda atau digubal semula, dengan bertunjangkan kepada Penggunaan Perlembagaan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah sebagai pembuka dan penentu dalam semua bentuk keputusan yang akan dihasilkan.
Sistem kerajaan bersifat mengagung-agungkan sesuatu itu selain dari ALLAH, hendaklah dibasmikan. Ingat, manusia tiada mempunyai apa-apa tanpa Hidayah Dan Rahmat ALLAH. Sistem berkerajaan yang bertunjangkan kepada AMANAH dan Tanggungjawab kepada ALLAH , adalah yang terbaik dan selamat dari kemurkaan ALLAH, ini telah ditunjukkan dan diperlihatkan oleh Rasullullah s.a.w. Murka manusia tidak menghasilkan apap-apa. Murka ALLAH akan mengakibatkan kita dihumban ke Neraka Jahanam.
Islam sebenarnya , telah mengariskan banyak perkara berkaitan dengan kehidupan ini ( Dalam setiap aktiviti manusia ). Kebanyakkan manusia gagal kerana senantiasa kufur dan berlaku syirik terhadap ALLAH pada setiap aktiviti dan masa yang diberikan ALLAH.
Bagi Kerusi Speaker,Rakyat perlu dikembalikan kuasa untuk mencalonkan dan melantik dengan syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan dalam AL-Quran.
Hanya Allah yang mengetahui.
Isnin, 2 Mac 2009
Tinjauan: Kembalikan Hak Rakyat.
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 10:07 PG 0 comments
Labels: hak, kembalikan, rakyat
Selasa, 17 Februari 2009
KECELARUAN RAKYAT MALAYSIA
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Malaysia dari pelbagai peringkat telah bersuara keatas pelbagai isu-isu yang dikaitkan dengan Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Negeri (Undang-Undang Tubuh Negeri ), Hak-Hak Bersuara Dan Di Dengar, Hak Kebebesan Diri, Pemimpin Kepimpinan dan Pemerintahan; dan banyak lagi. ( Insyaallah, akan saya ulas dari semasa kesemasa dengan keizinan ALLAH,jua; ( Ada yang telah pun diulas dalam blog-blog saya yang lalu) )
Terdapat pelbagai kecelaruan fakta, emosi, falsafah, prinsip dan pendekatan berlaku, apabila setiap rakyat Malaysia mulai bersuara melalui pelbagai media yang ada.
Kita akan dapat lihat kekecohan dan keceleruan ini berlaku pada setiap kelompok dan kumpulan masyarakat yang ada disebabkan kerana terdapat nya banyak kekurangan dan kelemahan dari pihak pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan dengan setiap isu-isu yang disentuh. Kegagalan dan penafian kekurangan ini secara tidak rasional telah mengakibatkan rakyat Malaysia semakin huru-hara , dan hilang segala prinsip-prinsip kehidupan.
Saya berpandangan jika segala kekecohan dan kerumitan ini hendak diselesaikan dengan segera. Pihak –pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan perlu bertindak secara proaktif dan pragmatik. Jangan ada semua yang terlibat senantiasa bersikap pasif dan emosi dalam membicarakan sesuatu isu itu.
Penafian dan kekurangan Ilmu senantiasa menjadi dalang-dalang pertembungan dan perosak kepada sesuatu situasi itu. Oleh itu ruang dan melengkapkan penyebaran ilmu ( Maklumat) tersebut perlu diberikan keutamaan didalam ruang –ruang yang telah sedia ada.
Rakyat Malaysia perlu bermuhasabah diri dengan jelas. Agama telah membuka jalan nya. Yang perlu ialah mencari dan terus mencari kepada sesuatu yang hak dan diletakkan dan dimertabatkan di tempat nya dengan betul dan tepat
Benar, adalah sesuatu yang merumitkan dan menyusahkan, tapi yang benarnya adalah menempatkan sesuatu yang benar itu di tempatnya yang sebenar. Oleh itu untuk menjadi orang yang benar, hanya perlu memohon dari ALLAH!
Hanya ALLAH yang mengetahui.
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 12:41 PTG 0 comments
Labels: KECELARUAN, MALAYSIA, rakyat
