In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Perkembangan politik dan Pengurusan Negara Malaysia menarik minat saya sejak akhir-akhir ini. Pelbagai scenario dan tindakbalas keadaan menjadikan recam situasi yang mengundang pelbagai persepsi, arahtuju dan falsafah bernegara di minupulasikan oleh pemain-pemain utama Negara dipelbagai kumpulan dan entiti.
Usul utama saya agar PERLEMBAGAAN MALAYSIA mesti "DIPINDA" segera, khususnya pada perkara; "AL-QURAN DAN SUNNAH RASUL s.a.w. MESTI DIJADIKAN SANDARAN DAN RUJUKAN KEPADA SEBARANG BENTUK AKTIVITI BERNEGARA DI MALAYSIA; masih tidak mendapat perhatian dari kebanyakkan masyarakat yang mengaku dirinya MUSLIM DAN MUSLIMAH. Sila perhatikan dan ambil Iktibar dari Surah Az-Zukhruf Ayat 36 hingga 38;-
36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya.
37. dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka Bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
38. sehingga apabila ia (yang terjerumus Dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan Yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur Dengan barat! kerana (engkau) adalah Sejahat-jahat teman".
USUL INI TELAH PUN SAYA BENTANGKAN DALAM BLOG INI ( BLOG SEBELUM INI ), DAN JUGA DENGAN AKTIVITI MUZAKARRAH RENGKAS DENGAN KAWAN-KAWAN, KENALAN-KENALAN, SAHABAT-SAHABAT, JIRAN-JIRAN, AHLI MASYARAKAT,AHLI POLITIK, AHLI PROFESIONAL; samada ia bersifat setempat atau sebaran am dalam pelbagai media yang sempat saya hadiri dan jangkau.
Antara Alasan- Alasan yang dilontarkan kepada saya ialah:
Dan pelbagai lagi ( seribu satu alasan, bagi mereka yang keimanan masih boleh dipersoalkan), yang telah saya terima dan dengar.
Saya nak Tanya Malaysia , apakah kita masih perlu menunggu, setelah Wahyu Agung telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w; dan telah disempurnakan penyampiannya sebelum Rasullullah wafat?
Ingatlah bahawa Al-Quran dan Sunnah itu telah diwariskan oleh Rasullullah s.a.w. kepada setiap umatnya yang telah melafazkan syahadah dengan yakin.
Apakah kita masih menunggu?, mungkin yang ditunggu adalah panggilan Sakaratul-Maut! Atau yang sekata atau segambaran dengan filem 2012.
Asobiah adalah kecintaan sesaorang itu pada bangsa dan kaumnya. Ini tidak salah, tapi yang akan menyalahinya , apabila kecintaan itu dipesongkan atau dibutakan oleh bangsa dan kaumnya, kearah kemungkaran dan kemaksiatan; yang mana dia atau ia dengan sengaja menafikan Keagungan ALLAH s.w.t.
Zionisme adalah satu gagasan bangsa yang dipelopori oleh bangsa Yahudi dan Isreal( Negaranya) kearah mencapai cita-cita mereka memertabatkan bahawa bangsa Yahudi itu adalah bangsa yang terulung dan terbaik di dunia ini, tidak kira apa pun keadah dan cara untuk memperolehinya " Matlamat Menghalalkan Cara".
Jajaan mereka bahawa bangsa mereka adalah bangsa pilihan tuhan ( Mereka merujuk tuhan mereka(?)), tapi kalau mereka merujuk kepada ALLAH dan berpegang pada kitab 'Taurat" dan dalam masa yang sama mengimani "AL-Quran", maka tuntutan mereka adalah benar.
Oleh itu saya, nak bertanya pada setiap rakyat Malaysia; yang Muslim dan Muslimah, kecuali kepada yang TIDAK; Kita dah tahu kedudukan mereka ( tapi kita semestinya tidak boleh berlapang dada dan berlepas tangan kerena kegagalan kita untuk menerangkan, menunjuk, dan melaksanakan "AKHLAK ISLAM" kepada mereka ( yang mana tertanggung oleh setiap diri kita, di HARI PEMBALASAN nanti yang merangkumi ILMU DAN USIA).
Pemerhatian saya mendapati KEDUA-DUA perkara tersebut sudah pun bermaharajalela dan dipraktikkan disemua peringkat aktiviti dan entiti di Malaysia, samada KITA SEDAR ATAU DILUAR SEDAR.
JAWAPAN SAYA IALAH " HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH'.
Terima kasih.
Thank You.
" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"
"ONLY ALLAH KNOWS"
Jumaat, 2 Julai 2010
Antara Asobiah dan Zionisme
Bukan masa nya lagi;
Emosi, Moral dan Mental Politik kita tidak Kuat ( Tiada komitmen Politik );
Sukar untuk dilaksanakan;
Tidak sesuai kerana Malaysia adalah Negara Majmuk;
Umat Islam masih berantakkan dan belum bersedia lagi;
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 11:24 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan