Khamis, 22 Julai 2010

MATLAMAT ILMU.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Keterbatasan dan kecelaruan manusia semakin rakus dan drastik bersama dengan perkembangan ilmu; yang mungkin sudah akan sampai penghujung nya.

096. Surah Al 'Alaq

  1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

     

Pernahkah diantara kita bertanya:

 

  1. Kenapa kita wajib berlajar?;
  2. Untuk apa kita belajar?;
  3. Apakah yang kita belajar?;
  4. Bagaimana kita belajar?; dan
  5. Matlamat Pembelajaran Kita.

 

Renungkan dan dalamilah ayat diatas. BACALAH; baca disini adalah pada apa yang tercatat dan yang tidak tercatat. Yang tercatat telah jelas,manakala yang tidak tercatat adalah Pengalaman dan HIDAYAH ALLAH.

Kajian mendapati manusia sudah kurang menumpukan masa mereka untuk membaca kerana pelbagai sebab. Ada yang menyalahkan MASA,Teknologi, dan Bahan.

029. Al 'Ankabuut

45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

Keadah membaca juga menjadi faktor penting dalam menggarap ilmu-ilmu yang diperolehi. Samada Ilmu yang diperolehi tersebut dibaca dengan PENGALIHAN, MENDALAM, atau MEMIKIRKAN.Yang penting, "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan".

Bagi Ilmu yang dicatatkan kini terdapat dalam pelbagai media cetak dan digital, dan juga dalam pelbagai bentuk pekakasan. Ilmu yang tidak dicatatkan juga, terdapat dalam pelbagai media dan dalam bentuk pelbagai persepsi.Apa pembelajaran kini lebih pantas dan menarik.Keadah Interaktif dan mesra pengguna menjadi pendokong kepada dayatarik penggunaannya.

Ilmu yang digapai dan diolah tidak bermakna,jika tidak diamalkan dengan sempurna dan berkesan.Amalan yang baik,ialah amalan yang IKHLAS dan HANYA KERANA ALLAH; bukan atas tujuan-tujuan yang lain.Oleh Itu mulakanlah setiap amalan itu dengan ucapan "BISMILLAH HirRAhman NirRahim".

017. Surah Al Israa'

14. (lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)".

Dan akhir sekali, Ilmu yang mesti dipohon ialah HIDAYAH ALLAH, kerana tanpanya. Apa yang dikejar ,dicari, dan diamalkan, tidak akan mendatangkan menafaat sedikit pun; baik pada diri sendiri, keluarga ,masyarakat, Negara, dan khasnya AGAMA.

017. Surah Al Israa'

15. sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. dan seseorang Yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).

Tidak berapa lama lagi ,Bulan Pengiktirafan Pelajar akan bermula Kita akan lihat, mereka –mereka yang terlibat akan mula bergerak aktif melakukan pelbagai perkara bagi menjayakannya dengan meriah dan Gah. Bagi keluarga pelajar, Pengiktirafan yang diberikan oleh Institusi yang berkaitan, amat-amat disanjung.

Maka Telah hadir ditangan Segulung Sijil,Diploma, dan Ijazah. Mulai saat itu SiPenerima harus bangkit dari lamunan mimpinya itu. Apakah itu suatu kesedaran atau suatu perubahan taraf yang GAH.

006 Surah AL- AN'AM

165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 comments: