Jumaat, 16 Julai 2010

DIANTARA SUARA-SUARA.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

 

Dalam dunia realiti, sering kedengaran "SUARA-SUARA" yang senantiasa bergema disetiap ruang kesempatan. Terdapat 3 Jenis SUARA yang kini menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama; iaitu:

 

  1. Suara Rakyat;
  2. Suara Media; dan
  3. Suara Kerajaan.

 

Suara Rakyat adalah satu menifestasi Rahmat ALLAH kepada manusia. Dengan pemberian suara itu ia merupakan salah satu anugerah yang tidak ternilai. Namun bagi sesaorang manusia kepentingan suara itu selalunya dijanakan mengikut keperluan emosi semasa nya, selain dari tujuan untuk berkomunikasi diantara manusia.

Surah An-Nisaa'

49. dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum Yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka Dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang Yang fasik.

Dalam dunia yang berteknologi tinggi kini, media begitu tidak terarah dalam menyampaikan matlamat suaranya.kerakusan media memperjuangkan kehendak rakyat, sambil memastikan "RATING"nya tetap menarik menjadi agenda utama. Walau apa pun keterbukaan media untuk member ruang dan perkhidmatan,amat-amatlah dihargai.

Berhati-hatilah pada suara-suara FITNAH dan ADU DOMBA.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam Surah AL-Hujuraat Ayat 6:

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Manakala Suara Kerajaan, merupakan suara-suara POLITIK, yang senantiasa bergema dalam jalur dan agenda-agendanya yang tersendiri.Suara ini pada kebanyakkan waktu adalah suara-suara harapan rakyat dan individu, tapi sayangnya suara ini selalunya tidak responsif ( tidak boleh diharapkan), kerana keutamaan nya adalah majoriti penyokong ( samada sokongan tersebut bersifat tulen atau yang berkepentingan ).Retorik dan Momokan menjadi asas untuk suara ini berkembang dan berjenama.

Perhatikan apa yang disebut Oleh Al-Quran kepada mereka-mereka yang bersifat fasik:

Surah At-Taubah

8. Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya Dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang Yang fasik.

9. mereka menukarkan ayat-ayat Allah Dengan harga Yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah kerjakan.

Apabila telah dikenalpasti tahap kefasikannya,akibatnya ,telitilah ayat-ayat dari surah dibawah:

Surah An Nuur

4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik; -

5. kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya Yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dari ketiga-tiga SUARA tersebut,anehnya SUARA RAKYAT menjadi lesu dan mudah dikesampingkan.Suatu ketika dulu SUARA ini begitu,GAH sekali, tambah-tambah lagi pada musim-musim PILIHARAYA.

Bukankah, SUARA RAKYAT merupakan suatu suara yang mempunyai HAK; untuk dipenuhi atau sekurang-kurangnya dijadikan asas untuk bertindak keatas sesuatu senario.Mungkin kini suara tersebut sudah tidak mempunyai nilai untuk dipertimbangkan. Mungkin ia memerlukan suatu suntikan GELOMBANG baru, bagi SUARA tersebut diberikan perhatian sewajarnya.

Saya nak minta pembaca membuat sedikit analisis, selepas membaca tulisan ini.:

 

  1. Diatas,Suara mana yang lebih kuat dan nyaring, atau mampu mengubah sesuatu keadaan atau suasana, sekarang?
  2. Dimana Kedudukan NILAI DAN HAK suara rakyat?
  3. Apakah kebebasan bersuara perlu ditafsirkan semula; dengan definasi baru atau ?
  4. Dimana NILAI suara individu?

 

Yang penting!

Suara-suara rintihan dan memohon bantuan perlu diberikan perhatian yang maksimun;

Suara yang melibatkan kemashalatan masyarakat, yang tidak bertentangan dengan syariat;

Suara yang menuntut "KEADILAN" dari di "ZALIMI".

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: