In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Benarkah semakin maju sesebuah tamadun manusia itu semakin bercelaru pemikiran nya?;
Bagaimana dengan Pendekatan dan Keadah Penilian mereka terhadap sesuatu isu itu?;
Adakah kebanyakkan manusia semakin hari semakin jauh dari tuntutan penciptanya iaitu ALLAH s.w.t?; atau
Hanya dari kelompok-kelompok terasing, atau dari Golongan Ilmuan dan Cediakiawan sahaja ?
Ooo.. Mungkin ini adalah salah satu petanda, bahawa Kiamat telah hampir; Bila Ilmu telah diangkat!
Manusia, mungkin telah lupa atau lalai mengapa Allah menurunkan syariat atau Agama itu. Manusia kini kehilangan arahpandu dalam mengintrepretasikan dan melaksanakan Agama; dimana kehadiran Agama adalah untuk bertaqwa kepada ALLAH sahaja dan membimbing kemashalatan manusia itu.
Manusia telah dianugerahkan dengna MASA, bagi menjalankan segala urusan nya; tertakluk kepada penyempurnaan ruang-ruang waktu pasti ,bagi melengkapkan AMANAH itu. Manusia diwajib membuktikan kadar keimanan atau dengan lain perkataan membuktikan pegangan TAUHID kita ; yang telah dilafazkan semasa di Alam Roh lagi.
Hadir nya Rasullullah s.a.w adalah menyampaikan amanah dan amanat tersebut, bersama mukjizat terulung nya Al-Quran. Jika didibaca dan diteliti Surah Asy-Shams, ia adalah di antara surah-surah yang menggambarkan tuntutan itu.
Tapi semenjak mutakhir ini; dalam dunia menghampiri ajalnya. Manusia amat cenderung untuk mempelbagaikan dan mencampuradukkan ragam kehidupan mereka. Pada masa ini kita akan lihat Keadah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"; selalu mendatangi kehidupan manusia itu termasuk dikalangan orang-orang Islam . Rahmat dan Bonus dari keanekaragaman masyarakat itu tidak dipergunakan dengan sewajarnya.
Perbedaan diantara ADAT, BUDAYA , DAN AGAMA , tidak mampu diperjelaskan dengan sempurna. Malangnya golongan-golongan yang dikatakan agamawan itu juga turut bersekongkol dalam mengaharuskan sesuatu aktiviti itu yang dikatakan sebagai adat dan budaya itu; tapi samada disedari atau tidak, pada keadaan dan detik-detik tertentu ia disulami dengan perkara-perrkara yang bersifat khurafat; khususnya yang boleh mendatangkan SYIRIK kepada ALLAH, atau terganggunya atau tergugatnya AQIDAH .
Saya ingin menyarankan kepada umat Islam Khususnya dan kepada bukan Islam amnya. Perkara pertama yang perlu di berikan perakuan dengan sebenarnya ialah ISLAM ITU SEMPURNA DAN LENGKAP, TIADA YANG LAIN YANG LEBIH HAK,BENAR DAN LENGKAP DARI SYARIAT ISLAM ITU. Ini bermakna ap-apa jua aktiviti-aktiviti dalam kehidupan manusia itu dalam memenuhi tuntutan nya, ia tidak boleh lari dari melaksanakan TUNTUTAN AL-QURAN DAN SUNNAH, samada ia berkaitan dengan WAKTU, KEADAAN DAN LOKASI. ALLAH tidak memberikan kebenaran untuk kita mengenepikan syariat yang telah diturunkan bersama kalam nya itu.
Mungkin kita mampu untuk menjenamakan terma-terma, untuk disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti kehidupan kita, tapi tuntutan yang disarankan AL Quran, bahawa penciptaan manusia itu adalah semata-mata untuk BERTAQWA KEPADA ALLAH s.w.t tidak boleh samasekali dipandang remeh dan sinis. Terma yang popular digunakan masa kini ialah "HORMAT" ( Perpaduan dalam Keanekaragaman ); yang pada banyak ketika nya ia disalahtafsirkan, malah diselewangkan, sekadar memenuhi sesuatu matlamat dan agenda individu yang berkaitan. Dalam memenuhinya kita sering berdusta terhadap ALLAH dan Rasulnya; dengan mengungkapkan nya bahawa Agama membenarkannya dan Nabi Muhammad ada melakukannya.
Sila betulkan (jika saya silap ). Agama Islam memang membenarkannya, malah menggalakkannya' tapi tidak sehingga ke peringkat meraikannya ( membenarkan kepercayaan dan keyakinan BERagama SELAIN DARI Islam ). Sila baca dan Fahamkan, Apa yang diperkatakan dalam Surah Al-Kafirrun.
Kalaulah salah satu dari Sirah Nabi Muhammad s.aw. hendak dijadikan sebagai rujukan dan sandaran dengan menyatakan bahawa Rasullulah s.aw. pernah melakukan nya. Dalam konteks "Perpaduan dalam Kemajmukan", Ia hanyalah setakat berdiri menghormati mayat seorang hamba ALLAH yang diusung lalu dihadapan beliau. Dan pada ketika itu Para Sahabat telah menegur Rasullulah, dengan memaklumkan bahawa mayat itu adalah seorang Yahudi. Rasullulah s.a.w. menyatakan Baginda hanya menghormati sekujur mayat seorang hamba ALLAH.
Disini kita seharusnya telah boleh berfikir, bahawa Baginda tidak meraikan mayat tersebut hingga keperingkat mengiringinya ke perkuburannya atau sebarang aktiviti agama yang berkaitan dengan pengurusan mayat Yahudi tersebut.
Pada kebanyakkan masa,kita selalunya lalai dalam mentafsirkan BUDAYA DAN ADAT dengan terperinci. Pada kebanyakkan BUDAYA DAN ADAT itu, perkara-perkara yang bersifat ritual atau dengan lain perkataan;yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan menjadi intipati perlaksanaan dan perlakuan sesuatu itu diasaskan. ApaKah ini tidak melibatkan perkara-perkara AQIDAH dan SYIRIK, yang perlu dibenteras dan dinyahkan dari SIKAP tidak apa kita.
Perkara yang sepatutnya kita lakukan ( Tanggungjawab Seorang Muslim ) itu, kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam, ialah dengan membawa dan mengajak mereka kembali kepada Fitrah mereka sebenarnya ; dengan membenarkan yang benar dan mengambalikan yang hak. Kita seharusnya mampu melaksanakannya dengan penuh berkhemah dan bijaksana. Terangkan dengan sebenarnya, bahawa mereka tidak sekali-kali masuk Islam, tapi mereka sebenarnya kembali kepada Islam. Mereka tidak wajar dipersalahkan, kerana mereka JAHIL ( tidak mengetahui ) dan masih belum mendapat HIDAYAH ALLAH s.w.t. Dengan kita meraikan bersama-sama mereka berkaitan dengan perayaan Agama atau Budaya ( yang mempunyai unsur-unsur keagamaan ) , secara dibawah sedar kita telah menghantarkan satu isyarat bahawa APA YANG MEREKA TELAH,SEDANG, DAN AKAN LAKUKAN ITU ADALAH BENAR DAN MEMPUNYAI HAK. Tapi Islam berulangkali telah menjelaskan dalam AL-QURAN dan SUNNAH RASUL s.aw. , bahawa ia tidak benar , malah satu perbuatan SYIRIK yang tidak akan mendapat PENGAMPUNAN ALLAH s.w.t., jika tidak BERTAUBAT dengan SATU TAUBAT NASUHA ( Taubat yang tidak berulang ).
Fikir-fikirkanlah !
Terima kasih.
Thank You.
" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"
"ONLY ALLAH KNOWS"
Sabtu, 3 Julai 2010
ANTARA BUDAYA & AGAMA, DIMANA KITA?
Posted by SRI PANJI- WORLD OF TRUST. at 12:36 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan