Khamis, 8 Julai 2010

Antara Pemimpin dan Pengkhianat?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Indahnya bumi ini apabila ia memperolehi Rahmat dan Hidayah dari ALLAH s.w.t. kerana telah hadir pelbagai Tamadun , Umat yang mewakili sebahagian dari mahkluknya.Kerana kesempurnaanya mahkluk yang bernama MANUSIA, dibawah kekuasaan ALLAH s.w.t.

Pada setiap sessi, sesuatu sejarah tersebut dicatatkan, kita akan diperlihatkan bahawa Tamadun manusia bertukar dari abad ke abad; kerana pemimpinnya atau pengkhianatnya.

Pemimpin boleh hadir dalam pelbagai watak dan wajah, tapi selalunya mempunyai kehendak dan matlamat yang berbeza-beza bergantung pada pengaruh dan pembentukkan siasah, prinsip, falsafah, pengalaman dan tidak boleh diketepikan ialah pengaruh masyarakat setempat .

PEMIMPIN; senonimnya dengan Ketua, Bos, Pemerintah dan pelbagai lagi terma-terma ( yang dijumpai atau masih belum dijumpai lagi), kecuali KHALIFAH.

Terma-terma yang digunapakai masakini. Apa pun antara fungsi utamanya ialah bertanggungjawab dan mereka ini telah di AMANAH kan untuk melaksanakan apa-apa aktiviti di dunia ini yang berkaitan dengan kemashalatan manusia (samada dengan benar atau batil, dan atau disulamnya sekali). Selalunya, yang mana agaknya?

Tapi bagi SEORANG KHALIFAH itu, mengambil, memegang, ,memikul dan melaksanakan AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB diatas berpandukan yang HAK dengan perkara yang HAK iaitu BENAR!

Suatu masa dahulu perlantikkan atau pengiktirafan sesaorang itu sebagai "APA YANG DISEBUT" ,diatas, berdasarkan kepada KEKUATAN FIZIKAL DAN PENGARUH KELUARGA. Ini berdasarkan catatan-catatan sejarah . Amalan ini masih didapati di kebanyakkan NEGARA atau Komposisi Masyarakat yang berkaitan.

Amalan memilih pemimpin didapati pelbagai, bergantung pada PENGARUH DAN BUDAYA, samada ia untuk memilih pemimpin keluarga, Masyarakat, Bangsa, Dearah, Bandar, Wilayah, Negeri,Negara.Apatah lagi dalam menentukan kepimpinan pada sesuatu entiti atau Institusi.

Bagi KEPIMPINAN sesebuah Negara, juga dilihat terdapat kepelbagaiannya.Tapi PRINSIP KEKUATAN DAN PENGARUH KELUARGA masih menjadi tunjang akar penentunnya. Amalan –amalan dahulu kala kini sudah dijenamakan semula dengan Istilah "DEMOKRASI"; dimana percalonan dan pemilihan pemimpin ditentukan dengan sistem pengundian; yang disebut sebagai PILIHANRAYA , dibawah suatu entiti yang mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan had-had kuasa yang ditentukan NEGARA ( Istilah yang digunakan bagi mewajarkan tindakan sahaja, tapi tidak tepat ; kerana yang mengusul dan meluluskan penggunaan dan perlaksanaannya ,mempunyai unsur-unsur "BIAS" ( Ketidakadilan dari segi prinsip). Persoalan: Mengapa entiti ini tidak diberikan kuasa Autonomi , dan diletakkan dibawah satu entiti pengawas ( Pilihan dibuat oleh Rakyat: dengan satu mekanisma sistem pencalonan dan pemilihan, boleh menjadi tanda soal bagi mereka yang berfikir).

Bagi dunia masa kini ( Dunia Moden, Dunia Teknologi Tinggi), Kepimpinan Baru cuba diuar-uarkan dan diketengahkan secara semaksima yang mungkin oleh pelbagai entiti dengan maksud dan tujuan tertentu. Agenda nya WANITA layak diangkat dan dijulangkan sebagai PEMIMPIN pada semua sektor. Untuk makluman perkara ini bukan satu perkara yang baru dalam sejarah peradaban manusia, kerana telah ada PEMIMPIN Wanita pada pelbagai Tamadun dan Umat Manusia seperti Putri Kisra, Nabi Wanita , Imam Wanita, Hakim Wanita dan banyak lagi.

Sila lihat ayat dari surah Al-Baqarah dibawah,berkaitan dengan kewajaran Wanita sebagai pemimpin dalam ertikata yang sebenarnya.Sedangkan untuk menjadi saksi sahaja perlu mendatangkan DUA (2) saksi bagi membolehkan sesuatu perkara itu diputuskan.Belum lagi kriteria-kriteria yang perlu diikuti dengan ketat sebelum kesaksian sesaorang boleh diterimapakai.

Surah Al-Baqarah Ayat 282:

282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Berikut diantara pendapat dan pandangan dari blog-blog yang dikesan:

 

  1. by adek demuk on Thu Oct 28, 2004 1:32 pm = Intipatinya; bagi adek demuk, konklusi isu ini adalah selagi peranan wanita sebagai pemimpin; boleh melancarkan sesuatu kerja, dan bukan merumitkan, maka adek demuk amat menggalakkan. pun there is no clear text from quran and sunnah prohibiting on this.bahkan Allah mengangkat darjat wanita dengan adanya surah anNisa' dan Maryam misalnya. juga sewaktu hembusan nafas terakhir, Rasul menyebut tiga benda, solatukum, nisaukum dan ummati; [wanita yang disebut baginda].

 

JAWAPAN SAYA: Terdapat kekhilafan dalam menafsir oleh beliau. Pengiktirafan tidak boleh disamakan dengan Penentuan atau Kelayakkan sebagai Pemimpin.

Bagi tafsiran Hadith dibawah yang berkaitan dengan "urusan" masih pelbagai, atau perkara –perkara lain yang berkaitan.

Dari Hadith : Dari Abu Bakar berkata: " Allah memberikan manfaat kepada ku dengan suatu kalimat pada Perang Jamal. Tatkala sampai khabar kepada Nabi bahawa bangsa Parsi mengangkat Putri Kisra sebagai Pemimpin, beliau bersabda: "Tidak akan berbahagia suatu kaum yang menyerahkan urusan ( kepimpinan ) mereka kepada seorang wanita".

Bagi KEPIMPINAN ENTITI ATAU INSTITUSI, penentuannya lebih cenderung kepada PENGARUH DAN KEBOLEHAN(?). Ungkapan entiti menentukan atau mengiktirafkannya adalah perbuatan dan sikap retorik kepimpinan mereka yang cuba atau cenderung untuk menidakkan yang "HAK". Barah yang sedang merebak dalam entiti dan Institusi berkaitan boleh dirawat dan disembuhkan, dengan amalan dan prinsip yang telah digarispandukan, tanpa mengenepikan Prinsip Keadilan dan Hak.

Surah An-Nisaa' Ayat 58 ;

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Semua orang tahu, Apa itu PENGKHIANAT!, kecuali pada mereka-mereka yang tidak mahir berbahasa Melayu.Ungkapan ini menarik perhatian saya: "Dalam dunia Manusia ADA Haiwan, Dalam dunia Haiwan TIADA Manusia". Fikir dan renungkannya, semoga anda semua mendapat pengajaran dari nya. Ini ungkapan saya pula: " Dalam Dunia KEPIMPINAN ADA PENGKHIANAT, Dalam Dunia PENGKHIANAT ADA PEMIMPINNYA".

PENGKHIANAT adalah mana-mana orang atau entiti yang melaksanakan apa-apa aktiviti di dunia ini yang berkaitan dengan kemashalatan manusia samada dengan batil dan atau disulamnya sekali- sekala dengan istilah benar yang tidak jelas. Atau Penggunaan "Matlamat menghalalkan cara" bagi memenuhi keperluan tersebut.

Solusinya ialah dalam AL-QURAN ada terma-terma seperti berikut:

  1. Fasiq;
  2. Munafiq;
  3. Kufur;
  4. Murtad; dan
  5. Kafir.

 

Berikan tumpuan dan perhatian yang mendalam, fikir dan renungkanlah dengan hati yang tulus dan pohonlah RAHMAT DAN HIDAYAH ALLAH s.w.t. Agaknya, DimanaKah kedudukan Kita?

Islam telah meletakkan garispanduan dan neraca yang jelas dalam memilih pemimpin.

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: