Khamis, 22 Julai 2010

Kehancuran Ummah & Melayu.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tamadun Manusia telah berevolusi dan berkembang dengan pesat, semenjak ALLAH s.w.t menzahirkan antara ciptaan nya yang Agung.Kehadiran sejenis mahluk bernama MANUSIA adalah satu Rahmat ALLAH kepada DUNIA,dan juga kepada MANUSIA itu sendiri.

002 Surah AL-Baqaarah:

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Manusia kemudian mula mengenali. APA ITU KUASA,KEHENDAK,KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN. Dan kebanyakkan antara mereka mulai lupa AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. Terjadilah krisis yang tidak tamat, ditambahkan lagi dengan kekuatan Pengaruh IBLIS dan Pengikutnya SYAITAN, manusia mulai hilang pertimbangan dan kewarasan.

006 Surah AL- AN'AM:

165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sayangnya ALLAH pada hambanya, kerana kekeliruan dan kepincangan yang telah berlaku.ALLAH mengirimkan Nabi dan Rasulnya. Hadir mereka mendidik dan menjadi contoh teladan bagaimana mengenal penciptanya dan bersyukur dengan nya.

007 Surah AL-A'AARAF:

69. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".

Manusia dianugerahkan dengan kelebihan dapat menguasai Ilmu. Tapi kebanyakkan diantara mereka mulai BUTA dan PEKAK semula,setelah menguasai sebahagian dari Ilmu tersebut,mungkin Iblis dengan tentera-tenteranya telah berjaya mempengaruhi mereka atau kerana sikap-sikap mereka sendiri menolak KEBENARAN dan YANG HAK.

007 Surah AL-A'AARAF:

74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya Yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. maka Kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".

Sikap yang buruk,kalau dah tegar. Amat payah untuk dilenturkan dan dibentuk semula, kecuali kesedaran dibina dengan rakus, dan HIDAYAH dari ALLAH yang paling UNGGUL.

007 Surah AL-A'AARAF:

129. mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum Engkau datang kepada Kami dan sesudah Engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian ia akan memerhati Bagaimana pula perbuatan kamu?"

Setelah kewafatan Nabi s.a.w. Umat Islam mulai berpecah-belah atas sebab-sebab yang mereka sendiri ketahui. Perpecahan Ummah terus-menerus berlaku sehingga ke hari ini, tidak terkecuali Ummat Islam di Malaysia yang didokongi Bangsa Melayu.Apakah mereka telah lupa dengan ayat dibawah atau mereka tidak pernah menjumpainya, lalu tertinggal untuk beriman dengannya;

003 Surah Al-Imran:

103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

SEDARLAH DAN BANGKITLAH BANGSA KU! Kalaulah Pengurusan Islam menjadi kamu semua berbalah dan bercerai-berai, diatas satu entiti bernama POLITIK (bagi memperlihatkan SIAPA yang lebih Berjaya Menguasi Bangsa Melayu dengan kekuasan POLITIKnya).

Untuk menyelesaikan kerumitan yang anda semua hadapi tersebut,dan masih belum berjumpa dengan solusinya. Saya sarankan APA KATA ,KITA PINDA PERLEMBAGAAN MALAYSIA, dengan mamasukkan "SANDARAN DAN RUJUKAN BAGI PERLEMBAGAAN INI ADALAH DARI AL-QURAN DAN SUNNAH NABI s.a.w "

Setelah di PINDA PERLEMBAGAAN tersebut. Sesiapa yang Berjaya Menguasi Kekuasaan Memerintah Malaysia, wajib bertindak mengikut perlembagaan pada semua aktiviti-aktiviti bernegara. Jangan terlalu drastik,sudahlah!

003 Surah Al-Imran:

115. dan apa sahaja kebajikan Yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang Yang bertaqwa.

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: