Khamis, 7 Mei 2009

DUN PERAK SATU CATATAN SEJARAH.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Pagi ini Negeri Perak melakarkan satu lagi catatan sejarah dalam sebuah Buku Sejarah Tamadun Rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, Perak senantiasa begitu teruja untuk mencorak dan melakarkan sejarah nya dengan acuan nya sendiri, tidak kira lah Warna apa yang akan digunakan dan karikatur-karikatur apakah yang akan dipersembahkan; asalkan ia mampu menjadi juara kepada pencatat sejarah yang terulung.

Peristiwa di dalam Dewan ( yang selalu disebutkan sebagi "Yang Mulia" ). Dimanakah kemuliaan yang diperkatakan itu?

Rakyat Malaysia telah menyaksikan adegan-adegan dan lagak-lagak Pendokong-Pendokong Dewan tersebut yang sering digelar sebagai Yang Berhormat. Dimanakah Hormat nya itu?

Begitulah yang akan berlaku , jika Speaker nya dipilih dan dilantik (dikatakan )oleh kuasa yang mempunyai majoriti dalam dewan. Sampai kiamat pun masalah tidak akan selesai. Kerana Speaker yang dilantik dari majoriti, samada suka atau pun tidak , lama-kelamaan akan cenderung untuk condong kepada yang memiliki majoriti.

Maha Suci ALLAH dan Maha Besar ALLAH, yang telah memperlihatkan akan ketidakadilan dan kesaksamaan yang berlaku di dalam dewan yang pernah dan akan menguasai majoriti.

Jika benarlah Yang Berhormat dan Dewan tersebut diwujudkan untuk kepentingan rakyat dan Negeri, maka konsep dan semangat kewujudannya diteliti dan diteropong semula dengan terperinci.

Speaker Dewan perlu dilantik oleh rakyat melalui satu undian rahsia. Calon-calon Speaker mestilah tidak menganggotai mana-mana parti politik. Calon-calon tidak dibenarkan berkempen. Maklumat dan Biodata Calon hendaklah disebarkan secara sekata dalam semua bentuk media yang ada berberapa hari sebelum hari pengundian dijalankan. Speaker wajib beragama Islam, Lelaki, dan tidak Fasik.

Peranan , Fungsi dan Tanggungjawab nya perlu diolah semula menurut prinsip yang telah ditetapkan dalam AL-QURAN.

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

 

 

ADAKAH ANDA MENCARI PERISIAN?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Jika Kami Tak Ada,

Kami akan dapatkannya!

 

S.R.I. Enterprise

 

 

 

Pakar dalam membekalkan dan memasang PERISIAN (Software)

 

  • Apa-apa perisian yang mengikut kesesuian dan keperluan anda.
  • Sekarang! Dalam simpanan sejumlah 45gig perisian-perisian yang pelbagai fungsi dan matlamat.

Kami Pastikan anda gunakan yang Ori dan mempunyai Lesen yang sah.

 

 

  • Khidmat berterusan.
  • Anda akan diberikan potongan harga yang sesuai.
  • Anda juga mampu menjana pendapatan dari nya.

 

Sila mailto: sripanji@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

S.R.I. Enterprise

Phone (+60125586820) atau Skype : Sri Panji