Ahad, 26 Oktober 2008

Komen Balas –“Jangan Bohong Guna Nama Rasullulah”

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Assalamualaikum,wbkth.

 

Menarik artikel saudara, dan perlu renungan yang mendalam kepada setiap pembaca.Jadi, konklusi nya, dalam dunia hari ini, Individu yang memakai kopiah Iman, Bilal, Ustaz, Ustazah, malah yang berkerja di Pejabat dan Jabatan yang menguruskan hal-ehwal Agama Islam ini; maksud nya sesiapa sekali pun yang memperkatakan apa-apa perkara yang ada kaitan dengan Agama Islam ,perlu diawasi dengan teliti dan jujur.

Hakikatnya, Segala perlakuan dan perjalanan hidup setiap hamba ALlAH itu , ada kaitan dengan Agama Islam, sebab itulah adalah wajar disebut jika seorang yang telah mendapat hidayah dan Taufik AlLAH; memilih Islam sebagai agamanya, atau sesaorang yang kembali menuruti segala amanat Rasullulah s.a.w. , serta menurut semua tuntutan Al-Quran (tanpa berbelah bagi); Boleh kita gambarkan nya telah KEMBALI KEPADA FITRAH NYA (ISLAM).

"Narated By Abu Dhar : That he heard the Prophet saying, "If somebody accuses another of Fusuq (by calling him 'Fasiq' i.e. a wicked person) or accuses him of Kufr, such an accusation will revert to him (i.e. the accuser) if his companion (the accused) is innocent.""

Perlu juga difahami, adalah menjadi tanggungjawab mutlak (Wajib)bagi setiap hamba ALLAH itu mencari dan Mempelajari Ilmu.

Jika dikaitkan dengan realiti dunia hari ini, dimana pencarian ilmu hanya dihujung jari sahaja, tapi keperluan menapis maklumat dan Ilmu itu, menuntut satu sikap Jatidiri yang benar-benar mamtap.

Jadi berpegang pada premis tersebut, saya berpendapat , Manusia harus mengiktiraf kekurangan dan Kelemahan (salah satu nya Tiada Ilmu Bahasa Arab ) sesaorang itu sebagai garis ukuran yang jelas, menuntut kepada satu sikap Kebertanggungjawaban untuk membantu mempermudahkan cara dimana yang perlu, agar sikap keakraban dan sillatulrahim senantiasa dijaga.

Narated By Abu Said Al-Khudri : The Prophet delivered a sermon and said, "Allah gave a choice to one of (His) slaves either to choose this world or what is with Him in the Hereafter. He chose the latter." Abu Bakr wept. I said lo myself, "Why is this Sheikh weeping, if Allah gave choice to one (of His) slaves either to choose this world or what is with Him in the Here after and he chose the latter?" And that slave was Allah's Apostle himself. Abu Bakr knew more than us. The Prophet said, "O Abu Bakr! Don't weep. The Prophet added: Abu- Bakr has favored me much with his property and company. If I were to take a Khalil from mankind I would certainly have taken Abu Bakr but the Islamic brotherhood and friendship is sufficient. Close all the gates in the mosque except that of Abu Bakr.

Juga perhatikan hadith ini:

Remembrance of Allah is the foundation of good deeds. Whoever succeeds in it is blessed with the close friendship of Allah. That is why the Prophet, peace be upon him, used to make remembrance of Allah at all times. When a man complained, "The laws of Islam are too heavy for me, so tell me something that I can easily follow," the Prophet, peace be upon him, told him, "Let your tongue be always busy with the remembrance of Allah." The Prophet, peace be upon him, would often tell his Companions, "Shall I tell you about the best of deeds, the most pure in the sight of your Lord, about the one that is of the highest order and is far better for you than spending gold and silver, even better for you than meeting your enemies in the battlefield where you strike at their necks and they at yours?" The Companions replied, "Yes, O Messenger of Allah!" The Prophet, peace be upon him, said, "Remembrance of Allah.'' (Reported by Tirmizhi, Ahmad, and Al-Hakim, who considers its chain of narrators sound)

Dan perhatikan dan fahamkan, dari Surah Al-Imran, ayat 103:

 

103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

 

Saya ingin mencadangkan pihak yang berkuasa, mengambil inisiatf untuk mewujudkan satu portal (Laman Sesawang Khusus )yang kandungan nya mempunyai Hadith – Hadith yang sahih dan muktabar saja (Sudah pasti dalam Bahasa Malaysia, bahasa yang difahami oleh majoriti rakyat), agar rakyat biasa dapat membuat membuat rujukan dan menambah ilmu mereka, termasuk mereka yang disebut dalam artikel ini.

Dunia hari ini menuntut setiap pemasaalahan itu diselesaikan dengan pantas dan berkesan. Kalau tidak ia umpama "Anjing menyalak bukit sahaja" atau "Cakap tak serupa bikin".

 

Saya rasa itu sahajalah, buat setakat ini ulasan saya; yang tak seberapa ini, dari kelemahan dan kekurangan diri saya.

Hakikatnya : "YANG BENAR HANYA DARI ALLAH; YANG SILAP DAN KEKURANGAN DARI HAMBANYA INI YANG HINA".

   

   

Terima Kasih.

 

 

 

 

 

Selasa, 21 Oktober 2008

SOLVING PROBLEM COMPREHENSIVELY

HAVE PROBLEMS THAT CANNOT BE SOLVED. Please contact us through email, and provided details as: 1. Name; 2. Your Location; 3. Problems ex: Legal, Marriage, Finding Jobs, ext; 4. Interview Location; 5. Date and Time of Meeting. If agreed, Please do send your email to sripanji@gmail.com.   Your secret is kept as a trust to us. Guaranty, problem solved, period.  

Ahad, 19 Oktober 2008

WARKAH BUAT DR.MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum,

 

 

Tahniah diucapkan kepada saudara yang telah pun melaksanakan sebahagian dari tanggungjawab saudara kepada Allah dan Rasulnya, dengan baik; dalam memberikan input-input yang mampu menggerakkan minda masyarakat dengan kekuatan dan keberanian yang telah dikurniakan oleh Allah, jua.

 

Apa pun perjuangan muslim sejati tidak akan berakhir dengan sebarang bentuk perpindahan atau penghijrahan. Yang benar berakhirnya sesuatu perjuangan itu ialah, apabila ALLAH menetapkan saat kembalinya seorang hamba itu kepada Khalidnya.

 

Kita masih mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan, menanti kita di sepanjang perjalanan hidup yang dikurniakan oleh ALLAH ini, moga dengan limpahan Hidayah dan Rahmat Nya, dapat kita melaksanakan nya.Insyaallah.

 

Jika tidak keterlaluan untuk saya memperkatakan, bahawa dengan dunia dan masyarakat Islam kini yang semakin bercelaru dan tanpa arahtuju yang jelas dan benar. Kita dituntut oleh ALLAH dan Rasulnya, untuk mengerakkan sesuatu demi untuk kebaikan muslimin dan muslimah.Saya ingin mencadangkan ( Kalau wajar untuk saya berbuat demikian, kerana ilmu yang ada tidaklah setinggi mana pun )Apa salah nya (Kalau setuju ) untuk kita mengerakkan satu entiti yang mampu mengerakkan muslimin dan muslimah dalam semua bidang ( Setakat yang larat;bergantung kepada keadaan dan pelbagai faktor dengan izin ALLAH )dalam satu perkumpulan yang tidak menafikan prinsip-prinsip Islam sebagaimana yang dituntut oleh ALLAH dalam kitabnya Al-Quran, dan kupasan-kupasan yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam sirah dan hadithnya.

 

Sebagimana yang saudara telah perkatakan "Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan". Hakikat kebenaran itu adalah Hak ALLAH, ianya tidak boleh dimanupulasikan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Dan kalau terjadinya demikian, maka kita umpama akan dan telah mempersekutukan ALLAH; sebagaimana yang dinyatakan dalam:

Surat Al-Ikhlas; " Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

 

Oleh itu, saya bersedia untuk melasanakannya sekadar dengan apa yang saya ada;yang dikurniakan ALLAH itu, Insyaallah.Bentuk dan Cara tindakan, boleh difikirkan bersama; dalam satu syura yang dipersetujui.

 

Akhir kalam, semoga ALLAH senantiasa merahmati dan melimpahkan hidayahnya untuk saudara, agar saudara dapat meneruskan perjuangan yang dipertanggungjawabkan itu dalam dunia yang saudara pilih, Insyaallah.

 

Selawat dan salam pada Rasulullah s.a.w sebagai akhir bicara.

 

Terima kasih. Insyaallah, Jumpa Lagi.

 

 

Sabtu, 11 Oktober 2008

“DATUK” - Penganugerahan dan Kewajarannya ?

 

In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

 

 

Hari ini kebanyakan media-media di Malaysia, menguar-uarkan berita Penanugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka (Datuk) kepada Pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan, yang dikatakan telah memberikan perkhidmatan yang baik dibidang perfileman di rantau Asia, sebagai satu-satunya kriteria yang mewajarkan penganugerahan tersebut dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka.

   

Tujuan penulisan ini adalah untuk mengerakkan seluruh rakyat Malaysia dari semua peringkat masyarakat ; untuk membuat renungan dan tafsiran yang jelas berkaitan dengan perkara yang disebut. Sejak akhir- akhir ini perlaksanaan hak penganugerahan oleh Institusi-Institusi yang berkaitan, kerapkali boleh dipersoalkan dan di pertikaikan oleh masyarakat. Kita bukannya hendak mempersoalkan hak-hak yang ada pada institusi-instutusi tersebut, tapi Apakah sebenarnya criteria- criteria yang wajar , yang perlu menjadi asas-asas yang tidak mampu dipersoalkan oleh masyarakat yang tidak mempunyai hak langsung dalam menentukan criteria-kriteria yang perlu.

 

Bagi saya Kriteria yang paling utama dalam membuat sebarang anugerah adalah individu yang berkaitan telah pun memberi dan telah menunjukkan satu perkhidmatan yang terbaik (perlu di definasikan secara jelas) kepada Rakyat dan Negara di Malaysia.

 

Satu masa dulu, banyak orang –orang yang bergelar ini boleh dipersoalkan kewibawaan dan akhlak nya , dalam membawa gelaran – gelaran yang disandang itu.Pelbagai keranah dan tingkah laku yang tidak disenangi dan yang membawa kepada hilang rasa kepercayaan dan penghormatan masyarakat kepada mereka ini. Apabila ini berlaku nilai yang ada pada gelaran tersebut telah menjadi satu momokan dan tiada nilai yang sebenarnya. Gambaran tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Institusi-institusi berkaitan.

Malangnya mereka-mereka yang berkaitan tidak peka dengan situasi yang telah diperlihatkan itu. Kerana sikap masyarakat Malaysia yang begitu ( Tidak endah ); kerana tidak mahu menyemakkan fikiran. Telah menjadi isu itu di tong sampahkan saja.

Setelah 50 tahun Merdeka, sudah sewajarnya kita mempunyai pemikiran dan halatuju yang jelas dalam perkara ini. Di Malaysia kini banyak individu yang sebenarnya telah layak untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Negara atau Negeri mengikut pengkhususan bidang yang diwakili nya. Namun kerana ketiadaan berberapa factor (yang dianggap penting oleh mereka yang berkepentingan ), individu yang berkaitan telah dinafikan HAK nya.

Harus diingat HAK yang diperkatakan itu sebenarnya adalah HAK ALLAH. Dan ianya harus digunakan dengan AMANAH yang kuat.