Selasa, 5 Januari 2010

KEHILANGAN ENJIN F5E- SIASATAN DAN KEADILAN SATU KONSPIRASI.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Semalam 4/01/2010 jam 2011 hrs Bulletin Utama . Kenyataan Akhbar Peguam Negara di Putrajaya; keputusan hasil siasatan yang dijalankan oleh PDRM. Setelah diteliti oleh Pejabat Peguam Negara , maka didapati terdapat berlakunya kehilangan aset milik tentera udara seperti yang dinyatakan, tapi kehilangan tersebut tidak melibatkan mana-mana Pegawai Kanan Tentera Udara; ia hanya melibatkan anggota-anggota Pangkat Rendah Sahaja. Alahai, Apakah aku masih bermimpi di Siang Hari?

HA…ha…..ha….. Dunia sedang mentertawakan aku, atau mereka yang mentertawakan Rakyat Malaysia.

Rentetan dari Kenyataan tersebut. Saya ingin menyarankan agar Peguam Negara bersedia untuk melepaskan Jawatan nya sertamerta sebelum NASI MENJADI BUBUR, atau dalam lain perkataan MALAYSIA HANCUR, akibat dari Kenyataan Akhbar tersebut yang boleh ditafsirkan sebagai satu kesalahan dalam Perintah Am Bab D iatu Sesaorang Pegawai didapati " Tidak Bertanggungjawab". Atau yang lebih praktik lagi SEMUA KEPIMPINAN DI JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PDRM , PERLU MELETAKKAN JAWATAN MEREKA ( Bagi yang masih ada deriarasa; yang masih mempunyai HARGA DIRI atau MARUAH ); yang sepatutnya mempunyai sekelumit sikap kebertanggungjawaban diatas kenyataan Akhbar tersebut. Kerana suka atau tidak mereka-mereka ini mempunyai keupayaan mengetahui apa yang sebenarnya ada dalam fail-fail yang berkaitan.

Oops! Lupa, Ini ialah untuk mereka –mereka yang masih menduduki kerusi AMANAH , dan ditambah pula yang boleh dikategorikan sebagai PEMIMPIN tertinggi, kesalahan yang dilakukan tersebut jika boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan "TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" adalah satu kesalahan yang kecil dan remeh; yang masih boleh dicanaikan, agar akhir nya ia akan menghasilkan satu kelebihan yang terbaik kepada mereka. Adalah lebih wajar agar mereka ini dituduh sebagai TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN MENGKHIANATI NEGARA. Dunia pernah menipu kita, dengan menjadikan pembelot, pengkhianat, dan banyak lagi PENG…nya itu, dengan menjadikan mereka-mereka ini sebagai Ikon, Mentor, Orang Bergelar, dan pelbagai lagi.

Pembaca tentu tergelak besar dengan saranan saya diatas ; " SIAPA KAMU ( WHO ARE YOU; bahasa elit ).

Persoalannya bukan SIAPA KAMU?, tapi disini saya lemparkan persoalan ini kepada RAKYAT dan MALAYSIA, APA YANG HENDAK KAMU BUAT SEKARANG?

Sudah terang lagi bersuluh diatas Kenyataan Akhbar yang dibuat oleh PEGUAM NEGARA. Intergriti nya masih boleh dipersoalkan. Ia penuh dengan pemalsuan fakta dan tidak bertanggungjawab. Aduhai Malaysia Kenapakah, Kamu benarkan ia jadi begini?

Keadilan hilang, dan kewibawaan PDRM masih menjadi Tanda-tanya, apabila AMANAH yang diberikan di khianati dan dimomokkan sedemikian rupa.

Semasa saya menulis blog ini , hati saya merintih kesedihan diatas APA YANG TELAH ,SEDANG, DAN AKAN BERLAKU!

Benarlah dunia kini menuju atau mencipta kehancuran nya, tanpa sedar. DIMANA PERGI NYA NILAI SEBUAH AMANAH.

Budaya mengkambing hitam kan sesuatu isu itu masih kekal, kental dalam sanubari sebilangan rakyat Malaysia. Artikel Saya " DUNIA YANG MENIPU ATAU KITA YANG MENIPU, amat-amatlah berkaitan. Bagi Mereka –mereka ini; Misi dalam pencarian mereka untuk mengkambing hitamkan sesuatu isu telah Berjaya dilaksnakan. Mereka Berjaya Meletakkan dan Melabelkan Pegawai Rendah TUDM sebagai KAMBING HITAM yang wajar dikorbankan untuk mereka. Tapi tanpa mereka sedar, APAKAH MEREKA JUGA TELAH DI KAMBING HITAMKAN?.

Saya nak Tanya kepada wargakerja TUDM yang berpangkat rendah. DIMANA MARUAH KAMU? Apakah Islam pernah mendidik kamu, bahawa MARUAH itu boleh diinjak-injakkan. Atau Kamu masih diulik dan dibuai MIMPI yang diacuankan untuk kamu. Dan Bagi wargakerja Malaysia. Beginikah hasilnya yang hendak dibanggakan diatas sebuah Profesion atau Kerjaya.

Malaysia cukup gah dengan slogan-slogan ISLAM HADHARI, MODAL INSAN, RAKYAT DUNIA MAJU, RAKYAT SATU MALAYSIA, dan pelbagai lagi. Saya nak Tanya DIMANAKAH NILAI-NILAI NYA?

Tahukah ANDA bahawa kes ini telah meletup pada Tahun 2006 lagi, bukan nya pada 22hb Mei 2008 seperti yang dipropakan. Murah nya Intrigriti Warga ATM . Pada suatu masa dulu Maruah Warga PDRM digadaikan dan dilelong dengan harga yang cukup murah. Lihatlah kini, APa yang telah terjadi pada PDRM? Apakah saya masih perlu menjawab bagi pihak anda semua.

Sebelum saya meneruskan komentar saya ini, Saya ingin melihat RAKYAT MALAYSIA bangkit dan sedar, bahawa telah tiba masa nya kita tidak diperbodohkan dan diperbudakkan. Malaysia telah berusia 53 tahun, relatifnya rakyat-rakyatnya telah cukup matang dan berwibawa. Tidak sepatutnya ada dikalangan kita yang masih bersikap keanak-anakkan.

Saya pernah mendengar, ( Kalau tak silap lah) . Ada Ungkapan di Zaman kegemilangan Islam; 'JANGAN DILIHAT PADA SIAPA YANG BERKATA,LIHATLAH PADA APA YANG DIPERKATAKAN", tapi ungkapan ini sudah tidak lagi relevan untuk diaplikasikan pada dunia hari ini. Ungkapan yang boleh digunakan ialah " LIHATLAH SIAPA YANG BERKATA, KEMUDIAN APA YANG DIKATAKAN"; Bukan maksud saya mengajak saudara dan saudari melihatkan kepada STATUS DAN POPULARITI INDIVIDU, tapi kepada APA YANG ADA DIBELAKANG PERWATAKKAN TERSEBUT. Artikel saya Etika, Tidak Perlu Yang Baru atau Ethics! DO WE NEED A NEW ONE, adalah amat berkaitan.

Pengalaman saya selama 30 tahun dalam perkhidmatan kerajaan dalam pelbagai disiplin , telah banyak mengajar dan membantu saya untuk membuat penilaian akan apa, yang akan berlaku seterusnya. Malaysia tidak wajar untuk membohongi saya dengan kerenah kebudak-budakkan wargakerja nya.

Ingatlah Apa yang dinyatakan pada Surah Al-Asr.

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Isnin, 4 Januari 2010

UMAT ISLAM BERSATU ATAU ..DIAM.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dunia telah lama kehilangan rasional dan tolenransi nya. Kerana itu adalah petanda –petanda masa telah hampir untuk dunia yang akan hancur. Kini di sebuah Negara yang bernama Malaysia ; dimana lahirnya masyarakat majmuk, yang penuh dengan sikap toleransi hingga mampu menghadiahkan satu KEMERDEKAAN nya, tanpa sebarang keganasan yang melampau. Berjaya memupuk dan mengawal ketenteraman dan keamanannya selama lebih dari 50 tahun, dari acuan dan dasar yang ditulis oleh orang lain.

Kini sikap tolenransi masyarakat tersebut khususnya dikalangan masyarakatdan entiti bukan Islam sudah dinodai, dicemari dan jelas bibit-bibit Kehilangan tersebut makin dirasai. Kehilangan tersebut mulai dikesan semenjak dasar kebebasan yang tidak jelas diberikan oleh Kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah. Bukan nya Kerajaan pimpinan Pak Lah yang patut dipersalahkan dalam hal ini, tapi hakikatnya; masyarakat dan entiti bukan Islam lah yang sudah keterlaluan dan kehilangan punca dalam menuntut hak-hak mereka, ditambah lagi dengan dokongan dan sokongan oleh pihak-pihak berkepentingan dan dari parti parti politik picisan .

Berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi , membenarkan pihak Kristian menggunakan perkataan ALLAH dalam akhbar edaran mereka. Walaupun keputusan tersebut adalah satu keputusan yang mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia. Tapi ia masih sebuah keputusan yang sah yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya, kerana ia dibuat dibawah satu autoriti yang dibenarkan melalui Perlembagaan yang sedia ada. Walaupun Masyarakat Islam dan Kerajaan mempunyai ruang-ruang merayu yang masih terbuka dalam sistem yang sedia ada, tapi apakah ia nya akan selesai sepenuh nya atau ia masih menunggu pada satu masa yang lain; untuk bangkit semula dengan keadaan, wajah dan tindakan yang berlainan dari sudut pandang dan kacamata yang berlainan. Persoalannya IA tidak akan SELESAI.

Sekarang anda tentu telah jelas atau masih kabur.

Ya! Amat Jelas kelihatan apabila sesuatu asas itu tidak kukuh, maka anasir-anasir yang berkepentingan akan mengambil kesempatan dalam apa jua kesempatan atau kelompangan yang diperolehi atau yang dicarigali. Oleh itu sudah tiba masa nya untuk seluruh umat Islam bangkit bagi mencadangkan dan menyokong usul pindaan perlembagaan Malaysia; supaya ia lebih jelas dan terang.

Perkara yang perlu di catatkan Dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah.

  1. Asas Rujukan dan Penelitian Perlembagaan Malaysia ialah :-

Pertama Al- Quran,

Kedua Al – Sunnah Rasullullah Nabi Muhammad s.a.w ,

Ketiga . Sebarang bentuk penerbitan, atau pendapat, pandangan, kaljian ilmiah atau sebarang ijmak atau apa-apa yang dirujuk mestilah berasaskan atau bersandarkan kepada AlQuran dan Sunnah.

  1. Sistem Kehakiman dan Keadilan Malaysia, perlu digubal semula, dimana Malaysia perlu menwujudkan Dwi Sistem Kehakiman yang dijalankan secara berasingan dan pilihan. :-

Semua Umat Islam dan apa-apa yang berkaitan dengan atau atas Nama Agama Islam di Malaysia, adalah wajib dibicarakan dan diadili dengan sistem perundangan, kehakiman dan keadilan Islam. Kerjasama dari semua Sultan , Raja dan Yang di Pertua perlu dalam merealisasikan perkara ini.

Pentadbiran dan Pengurusan Islam perlu diselaraskan dalam Satu Entiti yang Jelas.

Bagi masyarakat dan sebarang entiti bukan Islam mereka boleh membuat pilihan samada ingin menggunakan sistem kehakiman dan Keadilan Jenayah dan Sivil yang sedia ada, atau Sistem Kehakiman dan Keadilan Islam. Pilihan mereka akan gugur secara otomatis, apabila apa-apa perkara yang ingin diadili terdapat perkaitan dengan Umat Islam, atau sebarang perkara yang dibawah pengurusan dan pentadbiran Islam samada ia dilakukan dengan disedari atau tidak disedari.

Perlaksanaan Dwi Sistem Ini nanti masih boleh menggunakan pakai semua undang-undang yang telah dipraktikkan di peringkat Negeri dan Persekutuan, dengan berberapa pindaan kepada TataCara dan Perlaksanaan Hukuman atau Keputusan Hakim menurut keperluan Islam sepertimana prinsip-prinsip kehakiman dan keadilan yang ada dalam Islam.

Insyaallah, Kemurniaan dan Keadilan Islam akan terserlah dimata bukan Islam apabila ia dilaksanakan dengan jelas.

Dan saya cukup YAKIN, Masalah-Masalah yang dihadapi Malaysia kini akan selesaikan dalam jangka waktu yang pantas, Jika Malaysia MAMPU dan SANGGUP untuk BERUBAH dengan apa yang disarankan ini .

Artikel-artikel dalam blog ini masih berkaitan dengan apa yang diperjelaskan sekarang.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"