Selasa, 21 Julai 2009

Manchester United Bagi Muka.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Hari ini saya ada secubit waktu untuk membicarakan berkaitan dengan Sukan Negara, tumpuan dikhususkan kepada Bolasepak Malaysia (Tidak bermakna, Sukan yang lain tidak berkaitan )Bolasepak sebagai satu contoh klasik sahaja.

Malaysia gembira dengan kekalahan Pasukan Kebangsaan kepada MU dengan jaringan yang sedikit ( diluar Jangkaan ), hanya 2-0.

Saya ingin tahu dari Rakyat Malaysia:-

Apakah kita telah berpuashati dengan apa yang disuapkan;

Apakah kita telah mampu menaikkannya ke taraf yang sepatutnya;

Apakah FAM telah berjaya dengan misi dan visi nya;

Adakah Sistem dan Perlaksaan FAM keatas peningkatan piawaian bolasepak negara berkesan;

Apakah kita masih gah dalam isu ini; jika kita masih tidak mampu memperlihatkan peningkatan dalam sesuatu suasana yang tidak dijangkakan; ( tak terfikir kah kita, kadangkala keputusan-keputusan yang diluar jangka, mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi)

Apakah Malaysia senantiasa sedia ditipu secara bijaksana;

Bangunlah! Sedarlah! Malaysia, dimana kamu?

Apakah itu, JATI DIRI MALAYSIA ( Malaysia Boleh ).

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

Ahad, 19 Julai 2009

BENG HOCK – SS, WAJAR KAH?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi, kerana masih mengizinkan saya menulis diblog ini. Agak sudah lama saya tidak menulis, bukan kerana tidak ada sabjek Cuma masa yang agak terbatas.

Tapi kali ini, saya agak tertarik dengan isu yang dibincangkan oleh kebanyakkan masyarakat Malaysia sejak mutakhir ini iaitu berkaitan dengan Kematian Beng Hock ( tak kira lah siapa dia, tapi dia tetap seorang manusia dan hamba Allah ( yang masih belum kembali atau menjumpai jalannya atau lebih senang; mendapat hidayah dari ALLAH ).

Pelbagai peringkat kini mendesak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja bagi menyiasat kematian ini.

Persoalan ini perlu dijawab oleh setiap masyarakat Malaysia; atas dasar apa yang perlunya sebuah Suruhanjaya Di-Raja Siasatan;

Apakah Pihak-Pihak Berkuasa yang berkaitan dengan siasatan telah hilang kewibawaannya?

Apakah ianya hanya bersifat, dorongan dan desakan perkauman?

Apakah mangsa lebih penting dari kematian-kematian yang lain, yang perlu kepada badan khusus?

Malaysia perlu kuat dan memiliki satu dasar tindakan yang jelas dan adil dalam mengurus setiap isu yang timbul. Kalau sebuah badan siasatan ditubuhkan berdasarkan persoalan-persoalan diatas. Maka Malaysia perlu aktif mengenalpasti pemasalahan nya dan diselesaikan secara tuntas.

Prinsip KEADILAN Malaysia harus jelas dimata masyarakat tempatan dan antarabangsa. Masa dan Maklumat bergerak pantas dalam dunia hari ini. Apakah kita masih dalam dunia tersendiri, setiap tindakan dan perlakuan oleh setiap rakyat, akan menghasil kesan timbalbalas yang boleh samada meningkatkan atau meruntuhkan darjat Negara Malaysia.

Apa pun Prinsip-Prinsip KEADILAN yang telah digariskan oleh Islam mesti didokong dan dilaksanakan dengan TEGAS,BERHEMAH, Dan TEPAT.

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.