Khamis, 3 Disember 2009

2012 SUATU IGAUAN DUNIA.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Semalam saya berkesempatan menonton filem yang menjadi tarikan masyarakat dunia,sejak ia ditayangkan kepada umum. Filem tersebut ialah 2012 (2009),olahan dan garapannya dari kacamata pendokong-pendokong industri filem barat.

Kini imbauan kenangan lalu, membawa saya kembali ke era tahun 70an; diwaktu dimana hiburan utama masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya adalah dengan berhibur di Pawagam- Pawagam; sewaktu menyambut hari hari Istimewa dan hari Santai mereka.Saya masih ingat ketika itu, untuk masuk ke Pawagam tidaklah semudah hari ini, walaupun nilai tukaran matawang diketika itu ,bolehlah dikatakan agak rendah, tapi mempunyai nilai apresiasi yang tinggi.Dahulu dengan nilai wang minima 50 atau 65 sen, sudah dapat membiayai anda berada didalam Pawagam di Kelas Tiga ( Nilai itu cukup bermakna kepada yang tiada, tapi tidak membawa apa-apa erti kepada Kakitangan Kerajaan dan yang berada).Bagi anak-anak muda yang masih kecil dan berkemahiran tinggi memujukrayu dan mencelah, mampu untuk menonton dengan percuma filem-filem Menarik.

Nostalgik nya, Anda perlu mendongak atau sedikit berbaring untuk mendapatkan sudut pandang yang boleh dianggap selesai untuk berberapa ketika ( Saya gerenti, selepas selesai menonton, anda akan pulang dengan rasa sakit ditengkok).Bagi yang masuk percuma, kerusi nya adalah dilantai simen (laluan).

Setelah melalui berberapa fasa pembangunan, fisikal dan teknologi dalam industri Perfilemen; agak janggal saya rasa kerana, situasi yang pernah saya lalui masih wujud lagi. Agak nya, begitulah dunia kapitalis.

Menyusur kepada dedahan yang cuba disampaikan oleh Penulis,Pengarah dan Syarikat Produksi filem 2012, mungkin apa yang cuba saya selusuri ini benar atau tidak, hanyalah ANDA yang pasti dapat menentukkan nya.

Kebanyakkan diantara kita selepas menonton filem ini, tidak banyak sedikit mempunyai suatu perasaan gusar dan kebimbimbangan yang relatif akan kesan akibat nya apabila tidak bertaubat atau tidak sempat bertaubat, jika hari KIAMAT hadir.

Maka ada yang berazam untuk mengubah prinsip, pendirian,malah kepercayaan kerana bimbang atau takut digulungkan dalam golongan orang-orang yang KUFUR dan MUSYHRIK. Kalau dulu cuai dan leka, kini mereka membina taat dan keyakinan.

Bagi Golongan yang KAFIR dan KUFUR; atau sememang nya yang telah menolak HIDAYAH dan RAHMAT ALLAH, mereka ini memperlihatkan, Adanya kepercayaan dan Keyakinan mengenai hari KIAMAT; tak kira lah dari mana mereka hadir atau dari agama mana anutan mereka samada Agama Samawi atau Agama Theologi

Ayat 148 Surah AL-Baqarah

148. dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ayat 9 Surah A'li "Imraan:

9. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Kesan Visual, Teknik Sinimatografi dan Penggunaan Pendekataan CGI, amat-amat membanggakan; dan ia telah memberikan gambaran kesan secara langsung kepada Golongan Atheis, Kufur dan yang menolak HIDAYAH, akan begitulah keadaan nya apabila berlaku nya hari KIAMAT itu.

Ayat 123 Surah Al-Baqarah:

123. dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang Yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

Tapi Kapitalis, kemana pergi pun tetap Kapitalis, Peluang dan Kesempatan akan digunakan sebaik mungkin ( Semaksima yang boleh), Jelas seperti yang digambarkan dalam Ayat

86. mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

Golongan Kapitalis dan Kufur tidak berdiam diri, malah setiap ruang dan kesempatan digunakan sepenuh nya. Malah mereka telah mempropagandakan dengan meluas bahawa Hari Kiamat akan berlaku mengikut perkiraan-perkiraan mereka yang tertentu, ia jauh terpesong dari apa yang diterangkan oleh ALLAH s.w.t. dalam ayat-ayat berikut;

Ayat 87 Surah Al-Nisa'a:

ยช87. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) Yang tidak ada syak padanya. dan siapakah pula Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

Malah dalam filem itu dipaparkan ( disarankan ) kepada semua manusia supaya berusaha melarikan diri dari bencana dan ancaman-ancaman yang sedang dihadapi. Maka berebut-rebutlah manusia berikhtiar melarikan diri dari bencana-bencana tersebut. Sedangkan Islam telah menggariskan adab-adab menghadapi bencana atau musibah. Islam menyarankan supaya umatnya mendirikan solat sunat gerhana, bila terjadi nya gerhana.

Sewajarnya lah setiap Muslimin dan Muslimah, bertaubat dan bersujud memohon limpahan Rahmah dan Hidayah ALLAH dari bencana dan ancaman yang mendatang sepertimana yang disarankan pada ayat berikut;

Ayat 194 Surah A'li "Imraan:

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Lihatlah bagaimana Golongan Kufur dan Kapitalis menjual dunia baru mereka dengan nilai 1 Billion Euro sekadar untuk menempahkan tempat dalam bahtera binaan mereka ; kepada orang dan kumpulan yang terpilih sahaja.Begitulah mereka menanamkan benih-benih kekufuran diluar kesedaran manusia.

Dunia ini masih boleh dibeli dan diuruskan dengan wang.

Wang dan Status menjadi kayu ukur keselamatan.

Ayat 19 Surah Yunus :

19. dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama Yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa Yang mereka perselisihkan itu.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"