Ahad, 4 Mei 2008

SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI.

Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim. SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI. Sebenarnya apa yang Malaysia cari? Adakah suatu Sistem Kehakiman tanpa sebarang kelompangan, atau suatu Sistem Penetapan Keadilan yang memberikan YANG HAK? Pengkhianatan didalam sebuah Institusi Keadilan yang melibatkan para-para petugas dan para pengendalinya, dari serendah-rendah petugas hingga ke peringkat yang lebih tinggi, bukanlah suatu perkara yang baru didalam sejarah kehakiman dan keadilan diserata dunia. Dipercantikkan lagi dengan dipertontonkan watak-watak menarik dengan kecenderungan menyelami kebolehupayaan syaitan-syaitan yang nyata dalam membentuk dan mengolah dunia ini. Pengkhianatan Pertama yang telah disedari oleh warga Malaysia dan telah diperlihatkan oleh sejarahnya ialah kejadian pemecatan hakim-hakim pada tahun 1980an. Kejadian ini telah disahkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, didalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia. YAB Perdana Menteri telah meluluskan satu Geran Penghormatan kepada hakim-hakim yang terlibat. Tindakan ini telah memberikan gambaran bahawa pihak kerajaan akhirnya akur, dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya. Kini Malaysia telah digemparkan lagi, dengan satu scenario yang paling menarik didalam sistem kehakiman dan keadilannya; apabila kejadian “Klip Video “ disebarluaskan sebagai suatu pengkhianatan yang tidak pernah dijangkakan akan berlaku di bumi bertuah, Malaysia ini. Walaupun isu ini masih diperingkat penyiasatan oleh sebuah Suruhanjaya Diraja, tapi pendedahan – pendedahan yang telah dibuat oleh para penyaksi, telah pun memperlihatkan akan senario sebenarnya, dimana penyalahgunaan kuasa boleh berlaku di pelbagai peringkat jua didalam sesebuah Sistem atau Institusi; apabila keadilan yang sebenarnya tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Desakan demi desakan telah dilontarkan oleh kebanyakkan rakyat sejak sekian lama.Akhirnya kerajaan akur dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaannya dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya, khusus bagi mengawalselia berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim dan bayaran emolumen-emolumen menarik. Sebenarnya atau boleh dikatakan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan ialah Membentuk dan Melaksanakan Satu Sistem Kehakiman dan Keadilan Malaysia yang baru; agar setiap warganya tidak lagi ditindas dan diperkotakatikkan oleh satu sistem yang tidak telus dan benar. Perubahan yang harus dilakukan kerajaan, bukanlah setakat penubuhan sebuah Suruhanjaya Kehakiman sahaja ; yang hanya mengawalselia berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim dan pembayaran emolument-emolumen (yang dianggap ) wajar sahaja. Yang paling praktikal dan wajar, adalah melaksanakan satu bentuk pembaharuan yang jitu didalam Sistem Kehakiman dan Keadilan itu; bukannya proses “Touching Up”, atau tampalan-tampalan pada kelompangan yang telah diujudkan oleh sistem tersebut. Bukankan sesuatu keadilan itu, WAJIB dirasai dan dinikmati oleh pemilik dan mangsanya. Tamadun Keadilan ini sehingga ke hari ini, telah gagal memenuhi kehendak seperti yang dinyatakan diatas tadi, kecuali ianya telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya dan jitu pada zaman Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w. dan para sahabatnya sahaja. Rasullulah s.aw. berjaya melaksanakan nya kerana ia telah dibimbing oleh Allah s.w.t. melalui Al Quran (Kalam Allah ) dengan diperlihatkan cara dan keadah-keadahnya, yang wajib dituruti oleh sekelian mahkluknya. Hari ini, jika diteliti, mereka yang telah menjadi mangsa-mangsa keadilan; dimana mereka ini telah dicerobohi, dirosakan, dirobek, dilucuthakan, dan dinafikan Akalnya, Maruahnya, Nyawanya, Hartanya, dan Keturunannya tidak pernah mendapatkan balasan yang setimpalnya dari satu sistem keadilan yang dianggap ampuh pada hari ini.  Sistem yang ada sudah pasti gagal memberikan KEADILAN nya. Dan ia hanya dapat memperlihatkan akan kecenderungannya untuk berlaku ADIL; kerana mereka ini tidak yakin dengan PENGADILAN SEBENAR di Hadapan ALLAH s.w.t. di akhirat nanti. Sistem yang ada telah gagal memberikan penumpuannya dengan jelas keatas perkara –perkara dibawah ini:-  1)Sistem prosedur Kehakiman yang digunapakai dan dilaksanakan oleh hakim-hakim dipelbagai peringkat; 2)Sistem prosedur dan rujukan perundangan yang lebih jelas lagi ( yang terikat kepada sikap kebertanggungjawaban yang sebenar ) yang digunapakai; 3)Sistem dan Keadah-keadah yang digunapakai semasa melaksanakan dan mengendalikan sesuatu keadilan tersebut; 4) Apakah undang-undang yang sedia ada masih lagi berkaitan dengan dunia masakini, yang berubah setiapmasa dengan pantas sekali?; 5) Apakah keputusan-keputusan penghakiman yang dibuat itu memenuhi kehendak manusia atau Penetepan Hukum ALLAH s.w.t.?; 6) Apakah sistem aturletak aktiviti-aktiviti didalam sesebuah mahkamah itu sesuai dengan pencarian keadilan yang sebenarnya nya?; 7) Apakah keadah-keadah yang digunapakai sekarang mampu memenuhi tuntutan keadilan, yang semakin banyak dan parah. Tidakkah prinsip “Justice delayed Justice denied” diberikan pertimbangan?; 8) Bukankah “Innocent before Provent Guilty” menjadi satu pegangan prinsip mereka yang berada di dunia KEADILAN?; 9) Apakah keputusan penghakiman dalam menjatuhkan sesuatu hukuman itu kepada pesalah-pesalah hari ini masih sesuai, samada ia masih lagi bergantung pada had-had undang-undang terikat atau satu sikap kebertanggungjawaban sebenar?; 10) Apakah sistem pemulihan pesalah-pesalah yang sediada masih lagi sesuai dan mencapai matlamat KEADILAN bagi pihak mangsanya, pelakunya dan pemiliknya?; 11) Adakah Konsep “Contemp of Court” masih wajar ( yang diketengahkan oleh pemikir lampau ) digunapakai sedangkan tuntutan memenuhi keadilan dan hak fitrah manusia amat dituntut oleh KEADILAN?.  

Jumaat, 2 Mei 2008

CARA MENYELESAIKAN MASALAH

ADA MASALAH YANG TAK MAMPU DISELESAIKAN. Sila Hubungi Kami melalui email dengan menyatakan; 1. Nama; 2. Lokasi Anda; 2. Masalah ch: Perundangan,Perkahwinan,Perkerjaan,dll ( Secara Rengkas );  3. Lokasi Temujanji; 4. Tarikh dan Masa Temujanji; Jika dipersetujui, Sila email saya di sripanji@gmail.com. Rahsia anda adalah Amanah Anda kepada Kami.Dijamin penyelesian masalah secara menyeluruh.

SIARAN LANGSUNG PARLIMEN – KEBERKESANANNYA?

Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim. SIARAN LANGSUNG PARLIMEN – KEBERKESANANNYA? Alhamdulilah, keperihatinan kerajaan khusus Kementerian Penerangan untuk mengadakan siaran secara langsung persidangan parlimen bagi penggal ke 12 ini setelah sekian lama rakyat bersuara barkaitan keperluannya. Diharap penyiaran secara lansung tidak dibataskan kepada Persidangan Dewan Rakyat sahaja. Ia perlu dilanjutkan ke Persidangan Dewan Negara juga. Tahniah kepada Menteri Penerangan kerana menambahkan siarannya dari ½ jam kepada 1 jam. Sedihnya nya siaran tersebut tidak memberi dan mencapai matlamatnya kerana ruangmasa yang diberikan itu tidak dipenuhi sepertimana kehendak rakyat.Inilah yang boleh dikatakan sebagai kemandulan dan kedangkalan minda. Setelah penambahan masa diberikan. Setiap saat tersebut tidak diisikan dengan sebaik-baiknya. Segmen Ulasan dari tetamu jemputan ( Professional ), adalah satu segmen yang tidak diperlukan.kerana siaran ini adalah dari kerajaan untuk rakyat, dan biarlah rakyat membuat ulasan , persepsi dan tanggapan mereka diatas setiap saat yang dipaparkan didlam persidangan tersebut.Apa yang perlu dilaksanakan oleh Menteri Penerangan adalah memberikan penambahbaikan rancangan dari semasa ke semasa dengan data-data yang jelas tentang setiap persoalan yang dikemukakan TANPA MENGADAKAN SEBARANG BENTUK SEGMEN; yang boleh ditafsirkan sebagai untuk samada memendekkan siaran tersebut atau mensabotajkan rancangan. Adalah lebih bijaksana, jika Segmen Ulasan dari Tetamu Jemputan diberikan kepada SATU siaran khusus untuk nya seperti ULASAN SEMASA PERSIDANGAN PARLIMEN, itupun jika diperlukan dan dianggap benar-benar wajar. Dicadangkan MASA SIARAN perlu dipanjangkan lagi, kalau boleh sehingga selesai persidangan tersebut. Persoalan membasir tidak perlu ditimbulkan atau diungkit, kerana pembiayaannya adalah melalui wang rakyat, dan gunakanlah wang rakyat tersebut sebaik mungkin. Kalau Kementerian Penerangan mempunyai kepakaran dan daya inovasi yang tinggi, Soal penajaan tidak menjadi satu masalah yang besar. Peranan Pengacara rancangan perlu dihadkan kepada ucapan pembukaan siaran secara ringkas dan ucapan penamatan secara ringkas juga. Tak perlu diisi dengan komentar – komentar yang bersifat penggulangan, meleret-leret dan tidak kesampaian maksud.    Bagi memberikan malumat yang terkini kepada rakyat. Kerajaan perlu mengadakan ruang BUKU PERATURAN MESYUARAT PARLIMEN ( seperti yang ditunjukkan oleh YB-YB semasa persidangan itu )samada, didalam LAMAN SESAWANG PARLIMEN (jika ada ) atau diedarkan secara percuma melalui sistem penyampaian/penerangan kerajaan yang sedia ada, atau ditempatkan di Perpustakaan Awam, atau diedarkan secara percuma berdasarkan permintaan semasa. Jika Kementerian Penerangan berjaya mendapatkan PENAJAAN, janganlah pula siaran lansung tersebut sudah tidak jadi siaran lansung, malah diisi dengan masa pengiklanan pula dari penaja-penaja. Keutamaan pengiklanan perlu diberikan kepada penaja-penaja tersebut pada ruang masa diwaktu puncak sahaja.   

MELAYU KEHILANGAN BAHASA.

Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim.

MELAYU KEHILANGAN BAHASA.

Dengar cerita sebuah pertubuhan akan menganjurkan perhimpunan Bangsa Melayu dalam satu kongres, yang akan membincangkan masalah – masalah terkini dalam dunia Melayu Malaysia; sejak dunia politik Melayu berada dalam keadaan terumbang ambing dilanda gelombang Tsunami buatan sendiri. Amat malang maruahnya telah diaibkan oleh ALLAH s.w.t., kerana kegagalan pemimpin-pemimpin Bangas Melayu itu mendakap prinsip-prinsip Islam dengan teguh dan yakin dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah. 2. Apa yang difahamkan, Satu kongres yang sama juga telah dilaksanakan pada tahun 2005 yang lalu. Dan mereka telah berjaya menghasilkan sebanyak 20 resolusi tindakan. Sedihnya sampai ke hari ini, tiada sebarang tindakn diambil untuk mengrealisasikan resolusi-resolusi tersebut. Nampak gaya nya kepimpinan kogress tersebut umpama HIDUP SEGAN MATI TAK MAU. 3. Baru-baru ini dunia Melayu dikejutkan lagi dengan berita , bahawa harapan seorang Tokoh di Negara Melayu dan Tanah Melayu ini, mencadangkan agar Bahasa Inggeris diberikan perhatian dan sentuhan yang lebih jitu lagi, bagi mempertingkatkan kebolehan penguasaan bahasa tersebut. Kononnya rakyat akan mati digelanggang pertandingan jika tidak dapat mengguasai bahasa tersebut. Tidakkah pemikiran yang sebegini akan menghancurkan pembinaan dan martabat Bahasa Melayu?. Nampaknya Bahasa Melayu akan ditendang lagi dibumi nya sendiri. Sudahlah ia diketepikan dengan begitu memalukan dalam penggunaan dan amalannya seharian di Negara ini; dengan sikap tokoh-tokoh ternama yang senantiasa merasa malu untuk berbahasa Melayu disetiap kesempatan yang ada; Mereka bimbang darjat mereka akan jatuh apabila memberikan ucapan mereka dalam Bahasa Melayu di khalayak ramai dan dipersidangan-persidangan umum didalam Negara.Dimanakah Slogan “Kepimpinan Melalui Teladan “ yang dicanangkan setiap masa. 4. Saya ingin bertanya, Dimanakah letaknya kedudukan Bahasa Melayu yang dibangga-banggakan, kononya dipertahankan didalam Perlembagaan Malaysia, nampaknya hanya dipertahankan didalam Kanun Perlembagaan Malaysia sahaja ( yang sudah tentu tidak boleh berbuat apa-apa ). Dimana letak jati diri mereka ini? Setelah 50 tahun Merdeka, Rakyat Malaysia masih tidak mempunyai Jati Diri yang kental. Kalau inilah sikap yang diperlihatkan, apakah yang boleh diharapkan dari kepimpinan yang sebegini. Lama- kelamaan dunia melayu akan kehinlangan banyak perkara ; bermula dengan Bahasa Nya, kemudian akan dituruti dengan perkarra –perkara lain, dan akhirnya dunia melayu akan kehilangan agama rasmi nya. 5. Apakah yang boleh diharapkan lagi pada perhimpunan dan persidangan Kongres Bangsa Melayu yang akan diadakan nanti. Kalau yang dikatakan tokoh-tokoh kepimpinan dunia melayu hari ini, asyik berretorik dengan kuasa dan kepentingan diri, tanpa sedikit pun rasa malu, akan APA YANG BOLEH MEREKA LAKSANAKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN MARUAH AGAMANYA, BAHASANYA DAN BANGSA NYA.; belum lagi disentuh dengan negaranya atau dengan lebih khususnya dunia melayu secara keseluruhannya. Atau yang lebih menarik lagi tentang saudara-saudaranya yang dikorbankan setiap hari di serata dunia. 6. Bahasa Melayu masih terumbang-ambing ditanah kelahirannya tanpa sebarang halatuju yang jelas. Dimanakah sekarang , Juara-Juara dan Pejuang-Pejuang nya yang sedikit waktu dulu begitu lantang di persidangan-persidangan dipelbagai peringkat dan di media-media sediada. Nampaknya dunia kita ini masih ada pejuang – pejuang bermusim. 7. Kenapa Ya! Bangsa Perancis, Jepun, Jerman, China, dan banyak lagi kecuali Melayu boleh begitu berjaya dalam pelbagai aktiviti-aktiviti mereka, tanpa mengorbankan Bahasa mereka? 8. Bagi saya cukup-cukuplah kempimpinan Melayu ( yang sedia ada)berebut, bergaduh dan berretorik sekadar mencari kuasa yang tidak pernah akan menyelamatkan kita di alam akirat esok, kecuali kita memegang amanah tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. BAHASA ITU JIWA BANGSA.

KEGAWATAN DAN KEGAMATAN PARLIMEN. PERSIDANGAN PARLIMEN – AMANAH DAN KETELUSAN.

Assalammualaikum Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim. KEGAWATAN DAN KEGAMATAN PARLIMEN. PERSIDANGAN PARLIMEN – AMANAH DAN KETELUSAN. JUTAAN TAHNIAH MALAYSIA, kerana salah satu prinsip-prinsip demokrasi didokong dan diamalkan dengan sebaik mungkin. Mengadakan siaran secara langsung persidangan –persidangan parlimen sesuatu yang telah dinanti-natikan selama ini oleh setiap warga Malaysia yang patriotik ( yang benar-benar memiliki jati diri yang kental dan memahami aspirasi suatu kewujudan bernegara ). Diharap penyiaran secara lansung tidak dibataskan kepada Persidangan Dewan Rakyat sahaja. Ia perlu dilanjutkan ke Persidangan Dewan Negara juga. Kita begitu amat bangga sekali melihat wakil-wakil rakyat yang diamanahkan itu, begitu bersemangat dan bermoral tinggi, dalam keterjuaan mereka untuk menyertai persidangan tersebut.  Tahniah juga dihulurkan kepada YANG DIPERTUA DEWAN (YDP), kerana setakat ini berjaya melayan kerenah-kerenah wakil rakyat tersebut. Kesabaran yang jitu amat diperlukan dalam melayani kerenah-kerenah orang –orang tua yang keterlaluan matangnya. Disarankan agar YDP selalu-selalulah memohon pertolongan ALLAH s.w.t, agar kebijakasanaan dan kesabarannya selalu dipertingkatkan oleh ALLAH s.w.t. Mohon YDP menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia dengan wajar dan betul. Sepatutnya setelah mencapai kemerdekaan dan ulangtahun yang ke 50nya disambut dengan begitu patriotic. Memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia seperrti yang dituntut didalam Perlembagaan Malaysia menjadi satu perkara UTAMA. Kecenderungan wakil rakyat menggunakan Bahasa yang lain dari Bahasa Malaysia adalah satu sikap yang tidak wajar dilayan. Hari ini kita lihat kebanyakkan wakil rakyat menggunakan Bahasa Inggeris untuk menyatkan maksudnya; ch: “POINT OF ORDER”, bagi orang-orang kampong yang mengikuti siaran lansung tersebut tak faham, apa yang dimaksud dengan PERKATAAN tersebut. Sila tingkatkan dan memperkayakasakan penggunaan Bahasa Malaysia.  Disarankan juga wakil-wakil rakyat yang mengemukakan soalan-soalan bertulis atau lisan perlulah mengemukakan soalan-soalan mereka dengan jelas dan tepat. Elakkan dari menggunakan ayat-ayat berulangan sekadar untuk memberikan maksud yang jelas.Persoalan haruslah PADAT DAN TEPAT. Bagi pihak yang sepatutnya memberikan jawapan balas baik bertulis atau lisan, perlu juga mempunyai corak minda yang sama sebagaimana yang disebutkan diatas.Tak perlu jawapan yang diberikan bersifat meleret tanpa batas. JAWAB soalan itu sahaja, penghuraian jawapan hanya diberikan kepada soalan-soalan tambahan mengikut urutan tuntutan perjelasan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Seboleh-bolehnya wakil-wakil rakyat perlu mengelakkan diri dari terjebak dalam tindakan dan perbuatan membuat atau mengadakan publisiti murahan; seperti cuba mempromosikan; kecederungan ideology-ideologi kepartian masing-masing, kecederungan gender, kecenderungan kepopulariti individu-individu yang berkaiatan, dan banyak lagi akan diperlihatkan dari semasa ke semasa. Sebagaimana kata orang-orang tua-tua; HARIMAU MULA MENAMPAKKAN BELANGNYA!. Juga disarankan YDP perlu menyaringkan Soalan-Soalan Tambahan yang dikemukakan itu tidak menjadi satu pendekatan untuk menyampaikan ucapan balas, perlu diketahui APAKAH POKOK PERSOALAN YANG MENJADI SOAL. Kecenderungan untuk melaksanakan satu bentuk mempromosikan sesuatu seringkali berlaku dengan huraian-huraian yang tidak perlu.