Isnin, 22 September 2008

RASUAH – CAKAP ATAU TINDAKAN?

Oó¡Î0 «!$# ÇuH÷q§9$# ÉÏm§9$#

In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Rasuah! Satu sabjek yang menjadi daya penarik yang menghambat setiap orang yang mencari nilai hidup masa kini. Ia boleh dijelekkan dan juga boleh sanjungkan ( bergantung kepada keadah-keadah yang digunapakaikan ), bagi mereka –mereka yang ARIF saja.

Akhir ini, sabjek ini begitu diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Baik ianya hanya cakap-cakap atau dijadikan topik bicara dengan tujuan mengaibkan atau menghina sesaorang atau sesebuah organisasi. Pada kebiasaan nya ianya hadir pada waktu-waktu tertentu dan musim-musim tertentu dengan pelbagai persepsi. Kebayakkannya ia datang dari pelbagai kumpulan atau kelompok masyarakat yang ada dengan membawa satu agenda yang khusus sahaja . Bagi kumpulan yang menaruh minat yang mendalam; pelbagai tafsiran dan nilai diterapkan bagi mencari populariti sementara.

Jarang sekali ia dijadikan modal bualan dan perbincangan berkaitan Bagaimana ianya harus diselesaikan atau dinoktahkan dalam catatan perjalanan hidup individu atau organisasi yang berkaitan.

Bagi yang mempunyai kepentingan. Isu sejauh mana wajar nya tindakan –tindakan yang akan diambil oleh individu atau organisasi yang berkaitan; berdasarkan kepada citarasa dan kesesuaian kehendak dan keperluan masa yang ada pada kebanyakkan masa.

Bagi pihak yang menguatkuasakan suatu Akta yang digubal khusus bagi mencari titik-titik penyelesaian ini, sepatutnya tiada lagi alasan demi alasan yang perlu digembar-gemburkan bagi tidak melaksanakan semangat dan kehendak Akta ini. Sebarang kelemahan pentadbiran atau opearasi organisasi tidak wajar dijadikan bahan untuk menidakkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak amanah organisasi yang diharapkan oleh setiap wargenegara.

Kini telah timbul suasana dimana; sesaorang yang melibatkan diri dalam sesuatu yang bersifat mungkar , tidak akan rasa bersalah kerana apa yang dilakukan tidak dilakukan secara jelas. Persoalan membenarkan sesuatu perlakuan mungkar itu berlaku tanpa sebarang tindakan pembetulan yang ia berhak dan mampu laksanakan; telah didefinasikan sebagai BUKAN penglibatan dan tidak perlu dikenakan sebarang tindakan.

Arahaliran persepi yang songsang ini perlu diperbetulkan dengan segera. Kalau tidak banyak yang akan menjadi mangsa dibawah prinsip-prinsip keadilan yang jelas.

Saya rasa yang benar nya, samada sesaorang atau organisasi itu yang membenarkan atau dengan lain perkataan memejamkan mata keatas sesuatu perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai yang mungkar, boleh dianggap sebagai telah turut melakukan perkara itu tanpa sebarang pengecualian yang dibenarkan oleh ALLAH.

 

PILIH ANTARA SATU- BANGSA ATAU ISLAM?

In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  

PILIH ANTARA SATU- BANGSA ATAU ISLAM?

   

Topik yang paling hangat dibicarakan dan didebatkan dipelbagai peringkat masyarakat di Malaysia kini ialah Isu Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Pelbagai Tafsiran dan andaian-andaian yang dibuat mengenai isu ini, sehingga pada kebanyakkan masa kesan yang ditinggalkan boleh mengakibatkan ketidakfahaman dan kesalahfahaman mengenai asas- asas isu. Isu ini sering dipolitikkan oleh pelbagai peringkat yang mempunyai agenda peribadi yang tersendiri; yang tidak mampu ditanggapi oleh masyarakat umum. Mereka –mereka yang berkepentingan ini telah menggunakan pelbagai terma-terma yang mampu memberikan impak yang cukup berkesan keatas individu-individu (yang kurang arif ). Terma-terma tersebut digunakan secara meluas bagi mewajarkan tindakan dan perbincangan mereka, agar ianya lebih diyakini lagi oleh individu-individu samada dari kelompok nya sendiri atau kepada masyarakat umum yang lain.

 

Saya amat tertarik dengan Rencana yang dikupas oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ( Mingguan Malaysia bkth 21hb September 2008). Kecenderungan oleh kebanyakkan manusia menyalahgunakan dan menjual agama (Islam) ini sudah tidak terkawal lagi sejak akhir-akhir ini, demi satu perjuangan dan halatuju yang tidak jelas. Sebenarnya kalau dituruti perkembangan individu-individu yang berkaitan sebenarnya mereka sendiri tidak tahu atau kurang arif dengan perjalanan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada nya itu. Mereka ini perlu kembali bertaubat kepada Allah, bagi mendapatkan Hidayah dan Rahmat dari Nya. Mungkinkah petanda- petanda kiamat kian hampir telah pun diperlihatkan oleh Allah yang menguasai keatas semuanya.

 

Masyarakat kita yang sedia ada perlu mencari dan menetapkan keputusan yang terbaik pada keluarga, masyarakat, dan diri mereka sendiri dengan segera, sebelum kehadiran pelbagai musibah dan bencana menanti di ambang pintu individu-individu yang berkaitan dan juga masyarakat yang cuba dibentuknya. Janji ALLAH kepada mereka yang engkar dan kufur tetap akan berlaku, jika tindakan yang sebaik-baiknya gagal dilaksanakan dengan berkesan.

 

Saya ingin mengambil kesempatan yang terbatas ini untuk mengingatkan diri saya dan anda semua yang membaca catatan rengkas saya , agar kembalilah kepada setiap tuntutan yang telah digariskan oleh Allah, dalam kitabnya (AlQuran). Semoga keberkatan Ramadhan dan Pencarian Lailatul- Qadr; dapat direalisasikan dengan berkesan.

 

Sekian dari saya

http://sripanji.blogspot.com/