Isnin, 22 September 2008

PILIH ANTARA SATU- BANGSA ATAU ISLAM?

In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  

PILIH ANTARA SATU- BANGSA ATAU ISLAM?

   

Topik yang paling hangat dibicarakan dan didebatkan dipelbagai peringkat masyarakat di Malaysia kini ialah Isu Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Pelbagai Tafsiran dan andaian-andaian yang dibuat mengenai isu ini, sehingga pada kebanyakkan masa kesan yang ditinggalkan boleh mengakibatkan ketidakfahaman dan kesalahfahaman mengenai asas- asas isu. Isu ini sering dipolitikkan oleh pelbagai peringkat yang mempunyai agenda peribadi yang tersendiri; yang tidak mampu ditanggapi oleh masyarakat umum. Mereka –mereka yang berkepentingan ini telah menggunakan pelbagai terma-terma yang mampu memberikan impak yang cukup berkesan keatas individu-individu (yang kurang arif ). Terma-terma tersebut digunakan secara meluas bagi mewajarkan tindakan dan perbincangan mereka, agar ianya lebih diyakini lagi oleh individu-individu samada dari kelompok nya sendiri atau kepada masyarakat umum yang lain.

 

Saya amat tertarik dengan Rencana yang dikupas oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ( Mingguan Malaysia bkth 21hb September 2008). Kecenderungan oleh kebanyakkan manusia menyalahgunakan dan menjual agama (Islam) ini sudah tidak terkawal lagi sejak akhir-akhir ini, demi satu perjuangan dan halatuju yang tidak jelas. Sebenarnya kalau dituruti perkembangan individu-individu yang berkaitan sebenarnya mereka sendiri tidak tahu atau kurang arif dengan perjalanan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada nya itu. Mereka ini perlu kembali bertaubat kepada Allah, bagi mendapatkan Hidayah dan Rahmat dari Nya. Mungkinkah petanda- petanda kiamat kian hampir telah pun diperlihatkan oleh Allah yang menguasai keatas semuanya.

 

Masyarakat kita yang sedia ada perlu mencari dan menetapkan keputusan yang terbaik pada keluarga, masyarakat, dan diri mereka sendiri dengan segera, sebelum kehadiran pelbagai musibah dan bencana menanti di ambang pintu individu-individu yang berkaitan dan juga masyarakat yang cuba dibentuknya. Janji ALLAH kepada mereka yang engkar dan kufur tetap akan berlaku, jika tindakan yang sebaik-baiknya gagal dilaksanakan dengan berkesan.

 

Saya ingin mengambil kesempatan yang terbatas ini untuk mengingatkan diri saya dan anda semua yang membaca catatan rengkas saya , agar kembalilah kepada setiap tuntutan yang telah digariskan oleh Allah, dalam kitabnya (AlQuran). Semoga keberkatan Ramadhan dan Pencarian Lailatul- Qadr; dapat direalisasikan dengan berkesan.

 

Sekian dari saya

http://sripanji.blogspot.com/

 

0 comments: