Selasa, 21 Julai 2009

Manchester United Bagi Muka.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Hari ini saya ada secubit waktu untuk membicarakan berkaitan dengan Sukan Negara, tumpuan dikhususkan kepada Bolasepak Malaysia (Tidak bermakna, Sukan yang lain tidak berkaitan )Bolasepak sebagai satu contoh klasik sahaja.

Malaysia gembira dengan kekalahan Pasukan Kebangsaan kepada MU dengan jaringan yang sedikit ( diluar Jangkaan ), hanya 2-0.

Saya ingin tahu dari Rakyat Malaysia:-

Apakah kita telah berpuashati dengan apa yang disuapkan;

Apakah kita telah mampu menaikkannya ke taraf yang sepatutnya;

Apakah FAM telah berjaya dengan misi dan visi nya;

Adakah Sistem dan Perlaksaan FAM keatas peningkatan piawaian bolasepak negara berkesan;

Apakah kita masih gah dalam isu ini; jika kita masih tidak mampu memperlihatkan peningkatan dalam sesuatu suasana yang tidak dijangkakan; ( tak terfikir kah kita, kadangkala keputusan-keputusan yang diluar jangka, mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi)

Apakah Malaysia senantiasa sedia ditipu secara bijaksana;

Bangunlah! Sedarlah! Malaysia, dimana kamu?

Apakah itu, JATI DIRI MALAYSIA ( Malaysia Boleh ).

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.

0 comments: