Sabtu, 23 Oktober 2010

TINJAUAN: PERLEMBAGAAN?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Kebanyakan Pemimpin di Malaysia teruja dengan perkataan "PERLEMBAGAAN", sejak akhir-akhir ini.

Ada yang begitu ghairah Untuk MENULIS SEMULA;

Ada yang teruja Untuk MEMINDA (yang ini termasuk saya)

Ada yang bersemangat Untuk MEMPERTAHANKAN SEBAGAIMANA SEDIA ADA= STATUS QUO.

Apa itu Perlembagaan?

Pertamanya ianya adalah suatu catatan yang dikanunkan dan diperundangkan;

Kedua; ia adalah catatan garispanduan,tatacara dan peraturan yang dirangkakan dan diolahkan oleh manusia;

Ketiga; ia adalah asas panduan kepada sesuatu Institusi, Organisasi atau pun yang boleh dikatakan Negeri/Negara.

Keempat; ia mampu diubah, dipinda,dibatalkan dan kadangkala disalahtafsirkan, bergantung kepada keperluan dan kepentingan individu, Institusi,Organisasi dan sesebuah Negeri atau Negara yang berkaitan.

Bila memperkatakan tentang PERLEMBAGAAN. Hanya terdapat SATU-SATU nya yang tidak tertakluk kepada perkara-perkara yang disebut diatas.

Ia adalah PERLEMBAGAAN umat Islam iaitu AL-QURAN.

Manakala SUNNAH Nabi s.a.w. merupakan suatu tafsiran kepada PERLEMBAGAAN tersebut.

Manusia adalah sebahagian daripada mahluk-mahluk ciptaan ALLAH S.W.T. Dan kehadiran manusia itu,hanyalah sebagai HAMBA-HAMBA kepda ALLAH S.W.T.

 

003 Surah Al-Imran

108. itulah ayat-ayat keterangan Allah, Kami bacakan Dia kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan benar. dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.

 

Baca dan Fahamilah ayat diatas, Moga RAHMAT dan HIDAYAH ALLAH senantiasa mengiringi kita.

 

Rentetan daripada itu, Saya nak bertanya kepada PEMBACA sekelian…..

MANA YANG LEBIH ULUNG DAN PENTING; ANTARA PERLEMBAGAAN CATATAN MANUSIA ATAU PERLEMBAGAAN KALAM ALLAH???

INGAT!

PERLEMBAGAAN MANUSIA BOLEH DI MANUPULASIKAN OLEH MANUSIA.

PERLEMBAGAAN ALLAH S.W.T. TIDAK SEKALI-KALI MAMPU DI MANUPULASIKAN OLEH MANUSIA.

 

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: