Isnin, 1 November 2010

GURU DAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 3

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

 

 

008 Surah AL-ANFAAL

 

28. dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar.

 

Selamat kembali ke kajian semula berkaitan dengan tajuk diatas.

 

Kita dah sedia maklum berkaitan dengan kewajaran yang sepatutnya diambil samada dalam mengwujudkan sistem dan asas sandaran dan rujukan yang bertepatan dan dituntut iaitu:

 

Yang Utama ialah AL-Quran

Yang Kedua Baru Hadith Rasul s.a.w.

 

Utamanya Al-Quran itu adalah kerana, Ia merupakan pusat sumber bagi pelbagai displin ilmu. Jika diteliti secara telus ( Dengan Hidayah ALLAH ), sudah pasti kita akan menemui beberapa jalinan atau gabungan pelbagai displin ilmu didalamnya.

 

Pada kebanyakan ketika ia saling berkait dan berhubungan diantara satu displin dengan displin yang lain; Jika PEMBACA nya bersedia untuk bertaffakur sebentar pada setiap baris dan ayat, sudah pasti kesan nya akan terasa begitu indah sekali. Dan jika ianya diulang-ulang renungannya, pembacanya akan mendapati pada titik-titik waktu tertentu ia akan member kesan yang begitu mendalam sekali sepanjang proses penghayatan tersebut dilaksanakan.Dari kesan rangsangan tersebut, sudah pasti Al-Quran, mampu melahirkan orang-orang yang secara sedar dan insaf, yang berkeupayaan untuk dalam realitinya, menghubungkan Dunia Dan Akhirat dalam tuntutan semasa.

 

Wajar disedari dengan penuh keinsafan, bahawa Al-Quran tidak pernah memisahkan kebertanggungjawaban HAMBA ALLAH dalam memenuhi keperluan mengapai Ilmu Dunia dan Akhirat, Kerana pada setiap AYAT adalah KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRAT.

 

Pada awal surah Al Baqarah, Displin Tauhid dan Kemasyarakatan dibicarakan dengan jelas sekali. Disini, boleh kita rumuskan bahawa dalam pencarian sesuatu ilmu itu; Perkara mengenai Akhirat dan Dunia perlu disekalikan, ia samasekali tidak boleh diasing-asingkan.Al Quran tidak memisahkan ilmu tauhid dan ilmu kemasyarakatan.Malah displin Tauhid menjadi ASAS yang kukuh, dalam membicarakan displin-displin ilmu yang lain.

 

Mari kita ambil contoh yang lain; Dalam Al-Quran displin Ekonomi tidak memisahkan hubungkait Alam Syurga dan Neraka,kerana jika ia dipisahkan; maka akan terjadi pelbagai keadah dan pendekatan "Matlamat Menghalalkan Cara", sebagaimana yang didokong oleh mereka-mereka yang mencari DUNIA.Khusus oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani; "THE HIDDEN HAND".Ini akan mengakibatkan pemasalahan ekonomi sesuatu tempat itu tidak akan mampu diselesaikan dengan bijaksana.

 

ALLAH maha bijaksana, SYURGA DAN NERAKA menjadi sandaran GANJARAN DAN ANCAMAN yang ampuh dalam menguruskan pemasalahan EKONOMI.

 

Jadi jika sesiapa yang teringin mendalami displin Ilmu, belajarlah melalui kaedah gabungan ilmu yang Al Quran lakukan. InsyaALLAH, sesaorang itu mampu menjadi seorang pakar ekonomi, dalammasa yang sama menjadi seorang jutawan yang sangat takut tercampak ke Neraka dan sangat ingin sekali ke Syurga.

 

Inilah Keadah atau Methodologi yang sebenarnya, yang perlu dijadikan asas dalam Sistem Pendidikan kita.

 

 

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: