Jumaat, 2 Mei 2008

MELAYU KEHILANGAN BAHASA.

Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim.

MELAYU KEHILANGAN BAHASA.

Dengar cerita sebuah pertubuhan akan menganjurkan perhimpunan Bangsa Melayu dalam satu kongres, yang akan membincangkan masalah – masalah terkini dalam dunia Melayu Malaysia; sejak dunia politik Melayu berada dalam keadaan terumbang ambing dilanda gelombang Tsunami buatan sendiri. Amat malang maruahnya telah diaibkan oleh ALLAH s.w.t., kerana kegagalan pemimpin-pemimpin Bangas Melayu itu mendakap prinsip-prinsip Islam dengan teguh dan yakin dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah. 2. Apa yang difahamkan, Satu kongres yang sama juga telah dilaksanakan pada tahun 2005 yang lalu. Dan mereka telah berjaya menghasilkan sebanyak 20 resolusi tindakan. Sedihnya sampai ke hari ini, tiada sebarang tindakn diambil untuk mengrealisasikan resolusi-resolusi tersebut. Nampak gaya nya kepimpinan kogress tersebut umpama HIDUP SEGAN MATI TAK MAU. 3. Baru-baru ini dunia Melayu dikejutkan lagi dengan berita , bahawa harapan seorang Tokoh di Negara Melayu dan Tanah Melayu ini, mencadangkan agar Bahasa Inggeris diberikan perhatian dan sentuhan yang lebih jitu lagi, bagi mempertingkatkan kebolehan penguasaan bahasa tersebut. Kononnya rakyat akan mati digelanggang pertandingan jika tidak dapat mengguasai bahasa tersebut. Tidakkah pemikiran yang sebegini akan menghancurkan pembinaan dan martabat Bahasa Melayu?. Nampaknya Bahasa Melayu akan ditendang lagi dibumi nya sendiri. Sudahlah ia diketepikan dengan begitu memalukan dalam penggunaan dan amalannya seharian di Negara ini; dengan sikap tokoh-tokoh ternama yang senantiasa merasa malu untuk berbahasa Melayu disetiap kesempatan yang ada; Mereka bimbang darjat mereka akan jatuh apabila memberikan ucapan mereka dalam Bahasa Melayu di khalayak ramai dan dipersidangan-persidangan umum didalam Negara.Dimanakah Slogan “Kepimpinan Melalui Teladan “ yang dicanangkan setiap masa. 4. Saya ingin bertanya, Dimanakah letaknya kedudukan Bahasa Melayu yang dibangga-banggakan, kononya dipertahankan didalam Perlembagaan Malaysia, nampaknya hanya dipertahankan didalam Kanun Perlembagaan Malaysia sahaja ( yang sudah tentu tidak boleh berbuat apa-apa ). Dimana letak jati diri mereka ini? Setelah 50 tahun Merdeka, Rakyat Malaysia masih tidak mempunyai Jati Diri yang kental. Kalau inilah sikap yang diperlihatkan, apakah yang boleh diharapkan dari kepimpinan yang sebegini. Lama- kelamaan dunia melayu akan kehinlangan banyak perkara ; bermula dengan Bahasa Nya, kemudian akan dituruti dengan perkarra –perkara lain, dan akhirnya dunia melayu akan kehilangan agama rasmi nya. 5. Apakah yang boleh diharapkan lagi pada perhimpunan dan persidangan Kongres Bangsa Melayu yang akan diadakan nanti. Kalau yang dikatakan tokoh-tokoh kepimpinan dunia melayu hari ini, asyik berretorik dengan kuasa dan kepentingan diri, tanpa sedikit pun rasa malu, akan APA YANG BOLEH MEREKA LAKSANAKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN MARUAH AGAMANYA, BAHASANYA DAN BANGSA NYA.; belum lagi disentuh dengan negaranya atau dengan lebih khususnya dunia melayu secara keseluruhannya. Atau yang lebih menarik lagi tentang saudara-saudaranya yang dikorbankan setiap hari di serata dunia. 6. Bahasa Melayu masih terumbang-ambing ditanah kelahirannya tanpa sebarang halatuju yang jelas. Dimanakah sekarang , Juara-Juara dan Pejuang-Pejuang nya yang sedikit waktu dulu begitu lantang di persidangan-persidangan dipelbagai peringkat dan di media-media sediada. Nampaknya dunia kita ini masih ada pejuang – pejuang bermusim. 7. Kenapa Ya! Bangsa Perancis, Jepun, Jerman, China, dan banyak lagi kecuali Melayu boleh begitu berjaya dalam pelbagai aktiviti-aktiviti mereka, tanpa mengorbankan Bahasa mereka? 8. Bagi saya cukup-cukuplah kempimpinan Melayu ( yang sedia ada)berebut, bergaduh dan berretorik sekadar mencari kuasa yang tidak pernah akan menyelamatkan kita di alam akirat esok, kecuali kita memegang amanah tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. BAHASA ITU JIWA BANGSA.

0 comments: