Ahad, 4 Mei 2008

SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI.

Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim. SISTEM KEHAKIMAN ATAU KEADILAN – BENARKAH SATU FANTASI. Sebenarnya apa yang Malaysia cari? Adakah suatu Sistem Kehakiman tanpa sebarang kelompangan, atau suatu Sistem Penetapan Keadilan yang memberikan YANG HAK? Pengkhianatan didalam sebuah Institusi Keadilan yang melibatkan para-para petugas dan para pengendalinya, dari serendah-rendah petugas hingga ke peringkat yang lebih tinggi, bukanlah suatu perkara yang baru didalam sejarah kehakiman dan keadilan diserata dunia. Dipercantikkan lagi dengan dipertontonkan watak-watak menarik dengan kecenderungan menyelami kebolehupayaan syaitan-syaitan yang nyata dalam membentuk dan mengolah dunia ini. Pengkhianatan Pertama yang telah disedari oleh warga Malaysia dan telah diperlihatkan oleh sejarahnya ialah kejadian pemecatan hakim-hakim pada tahun 1980an. Kejadian ini telah disahkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, didalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia. YAB Perdana Menteri telah meluluskan satu Geran Penghormatan kepada hakim-hakim yang terlibat. Tindakan ini telah memberikan gambaran bahawa pihak kerajaan akhirnya akur, dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya. Kini Malaysia telah digemparkan lagi, dengan satu scenario yang paling menarik didalam sistem kehakiman dan keadilannya; apabila kejadian “Klip Video “ disebarluaskan sebagai suatu pengkhianatan yang tidak pernah dijangkakan akan berlaku di bumi bertuah, Malaysia ini. Walaupun isu ini masih diperingkat penyiasatan oleh sebuah Suruhanjaya Diraja, tapi pendedahan – pendedahan yang telah dibuat oleh para penyaksi, telah pun memperlihatkan akan senario sebenarnya, dimana penyalahgunaan kuasa boleh berlaku di pelbagai peringkat jua didalam sesebuah Sistem atau Institusi; apabila keadilan yang sebenarnya tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Desakan demi desakan telah dilontarkan oleh kebanyakkan rakyat sejak sekian lama.Akhirnya kerajaan akur dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaannya dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya, khusus bagi mengawalselia berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim dan bayaran emolumen-emolumen menarik. Sebenarnya atau boleh dikatakan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan ialah Membentuk dan Melaksanakan Satu Sistem Kehakiman dan Keadilan Malaysia yang baru; agar setiap warganya tidak lagi ditindas dan diperkotakatikkan oleh satu sistem yang tidak telus dan benar. Perubahan yang harus dilakukan kerajaan, bukanlah setakat penubuhan sebuah Suruhanjaya Kehakiman sahaja ; yang hanya mengawalselia berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim dan pembayaran emolument-emolumen (yang dianggap ) wajar sahaja. Yang paling praktikal dan wajar, adalah melaksanakan satu bentuk pembaharuan yang jitu didalam Sistem Kehakiman dan Keadilan itu; bukannya proses “Touching Up”, atau tampalan-tampalan pada kelompangan yang telah diujudkan oleh sistem tersebut. Bukankan sesuatu keadilan itu, WAJIB dirasai dan dinikmati oleh pemilik dan mangsanya. Tamadun Keadilan ini sehingga ke hari ini, telah gagal memenuhi kehendak seperti yang dinyatakan diatas tadi, kecuali ianya telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya dan jitu pada zaman Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w. dan para sahabatnya sahaja. Rasullulah s.aw. berjaya melaksanakan nya kerana ia telah dibimbing oleh Allah s.w.t. melalui Al Quran (Kalam Allah ) dengan diperlihatkan cara dan keadah-keadahnya, yang wajib dituruti oleh sekelian mahkluknya. Hari ini, jika diteliti, mereka yang telah menjadi mangsa-mangsa keadilan; dimana mereka ini telah dicerobohi, dirosakan, dirobek, dilucuthakan, dan dinafikan Akalnya, Maruahnya, Nyawanya, Hartanya, dan Keturunannya tidak pernah mendapatkan balasan yang setimpalnya dari satu sistem keadilan yang dianggap ampuh pada hari ini.  Sistem yang ada sudah pasti gagal memberikan KEADILAN nya. Dan ia hanya dapat memperlihatkan akan kecenderungannya untuk berlaku ADIL; kerana mereka ini tidak yakin dengan PENGADILAN SEBENAR di Hadapan ALLAH s.w.t. di akhirat nanti. Sistem yang ada telah gagal memberikan penumpuannya dengan jelas keatas perkara –perkara dibawah ini:-  1)Sistem prosedur Kehakiman yang digunapakai dan dilaksanakan oleh hakim-hakim dipelbagai peringkat; 2)Sistem prosedur dan rujukan perundangan yang lebih jelas lagi ( yang terikat kepada sikap kebertanggungjawaban yang sebenar ) yang digunapakai; 3)Sistem dan Keadah-keadah yang digunapakai semasa melaksanakan dan mengendalikan sesuatu keadilan tersebut; 4) Apakah undang-undang yang sedia ada masih lagi berkaitan dengan dunia masakini, yang berubah setiapmasa dengan pantas sekali?; 5) Apakah keputusan-keputusan penghakiman yang dibuat itu memenuhi kehendak manusia atau Penetepan Hukum ALLAH s.w.t.?; 6) Apakah sistem aturletak aktiviti-aktiviti didalam sesebuah mahkamah itu sesuai dengan pencarian keadilan yang sebenarnya nya?; 7) Apakah keadah-keadah yang digunapakai sekarang mampu memenuhi tuntutan keadilan, yang semakin banyak dan parah. Tidakkah prinsip “Justice delayed Justice denied” diberikan pertimbangan?; 8) Bukankah “Innocent before Provent Guilty” menjadi satu pegangan prinsip mereka yang berada di dunia KEADILAN?; 9) Apakah keputusan penghakiman dalam menjatuhkan sesuatu hukuman itu kepada pesalah-pesalah hari ini masih sesuai, samada ia masih lagi bergantung pada had-had undang-undang terikat atau satu sikap kebertanggungjawaban sebenar?; 10) Apakah sistem pemulihan pesalah-pesalah yang sediada masih lagi sesuai dan mencapai matlamat KEADILAN bagi pihak mangsanya, pelakunya dan pemiliknya?; 11) Adakah Konsep “Contemp of Court” masih wajar ( yang diketengahkan oleh pemikir lampau ) digunapakai sedangkan tuntutan memenuhi keadilan dan hak fitrah manusia amat dituntut oleh KEADILAN?.  

0 comments: