Selasa, 11 November 2008

KEK EKONOMI SEMASA- UNTUNG KE RUGI?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Assalammualaikum, wbkth.

 

Sejak berberapa ketika ini setelah sessi-sessi penerunnan harga minyak dunia bergerak dengan bebas daripada tekanan-tekanan puak kapitalis, akibat dari kekuasaan Allah; yang memberi pertunjuk kepada dunia dan manusia bahawa, pengkhianatan dan kezaliman tidak harus diwujudkan dalam situasi apa-apa pun bilamana manusia melaksanakan amanah nya dalam pembahagian kek ekonomi setempat atau pun sejagat.

Pendefinasian mikro dan makro ekonomi yang membabitkan unsur-unsur penganiayaan pada mana-mana peringkat tidaklah boleh dibenarkan sama sekali kerana ia adalah suatu punca riba yang telah diharamkan; Hakikatnya Allah s.w.t. menggalakkan perniagaan dengan amanah, dan pada setiap waktu ALLAH memberikan rahmat dan hidayah nya, melalui limpahan rezeki?

Dunia dan Malaysia khususnya semakin gawat setelah minyak turun, tambah gawat lagi bila dikatakan minyak naik.Tapi Ya!, Sebenarnya masalah nya dimana dan bagaimana harus di selesaikan masalah rumit ini?

Jawapan nya ada pada Individu,Masyarakat,Institusi,Organisasi,Kerajaan dan Negara itu perlu faham dan melaksanakan amanah tanggungjawab dengan satu sikap kebertanggunjawaban terhadap Allah s.w.t

Bagi Malaysia, saya ingin mencadangkan agar kerajaan dan kepimpinan mengkaji semula dasar-dasarnya yang menggariskan kepada sesuatu tindakan.Tak kiralah samada ia dilaksanakan dalam bentuk perundangan, penwujudan keadaan dan industri, atau pengagihan dalam konteks ilmu ekonomi (salah satu punca rezeki ).

Bagi sebahagian rakyat marhaen, mereka senantiasa berada didalam situasi tekanan dan stres yang berpanjangan. Seringkali diulik igauan harga barang, perkhidmatan dan pelbagai lagi kek ekonomi yang dikatakan senantiasa naik, dan tidak pernah mahu turun; kononya dikatakan akan mengalami kerugian kerana stok minggu atau bulan lepas masih belum habis diniagakan.

Jadi konsep susut nilai, permintaan dan penawaran telah menjadi suatu yang obsolete. Pada hakikat nya penyerotan barangan menjadi suatu amalan yang biasa kerana pihak yang bertanggungjawab dengan penguatkuasaan sentiasa tidak cukup gunatenaga atau pun sumber untuk melaksanakan nya.

Jadi dimana P&P Institusi terbaik pergi, mungkin dalam dunia imiginasi yang tidak kesampaian atau ke dalam bakul sampah sebagai sebahagian bahan untk dikitar semula sebagai menyahut: Jagalah Persekitaran Kita untuk Genearai akan datang.

Hairan nya, Bentangan dan cadangan budget senantiasa di perbahaskan dan di perdebatkan dari pelbagai peringkat masyarakat.

Letih, saya untuk berceloteh panjang lebar, berkaitan dengan perkara-perkara yang sepatutnya tidak menjadi masalah yang besar kepada pemimpin dan kepada yang telah diberikan amanah tersebut. Banyak Dalil yang bersumberkan dari Al_Quran dan Sunnah Rasul, memperkatakan dan menerangkan pemasalahan ini.Tugas s/audari, memahami dan melaksanakan nya.

Hanya Allah lah yang mengetahui!

0 comments: