Sabtu, 22 November 2008

ETIKA, TIDAK PERLU YANG BARU!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Maka telah berbunyilah paluan-paluan menyarankan supaya penulis-penulis blog di Malaysia mengadakan Kod Etika mereka ; kerana mereka ini tidak terlatih dan tidak dilatih sepertimana lagak seorang wartawan,kerana dibimbingi corak penulisan mereka boleh mempergaruhi masyarakat, katanya.

   

Jawapan saya :

   

Saya nak sarankan pada masyarakat supaya mengambil pendekatan berikut dalam melayani blog-blog yang ada di Malaysia ini atau pun mana-mana blog yang ada!

   

  1. Teliti Latar belakang penulis blog tersebut
  2. Teliti anutan agama nya. Yang benar hanyalah Islam; lihat pendekatan dan perlaksanaan mereka keatas agama yang dianuti. Ada tak terdapat sifat-sifat yang tercela yang menjadi keseronokkan nya untuk dirinya selalu mengulangi perbuatan mungkar tersebut.
  3. Teliti arahtuju yang dibawa dalam tulisan-tulisan blognya. Perlu diberikan perhatian " Yang benar tetap benar, walau apa pun keadaan atau cara persembahan nya; samada fakta nya benar atau tidak hanyalah bergantung kepada Ilmu dan persepsi yang ada pada pembaca tersebut"
  4. Perlu difahami muslim terikat dengan tanggungjawab dan perlu bersikap kebertanggungjawaban pada ALLAH s.w.t. pada setiap saat, apa pun mereka tidak boleh lari dari hakikat hari pembalasan.
  5. Ingat! Allah telah menentukan tanggungjawab dan peranan setiap hambanya; ujian demi ujian akan ditentukannya sehingga ALLAH memanggilnya kembali untuk dihisab peranan nya itu.

 

Kesimpulannya disini, tidak perlu etika baru. Islam telah pun menetapkan etika yang mesti dilaksanakan oleh setiap manusia.

 

Pastikan anda semua berada didalam kategori mana?:

 

  1. Kufur
  2. Munafiq
  3. Fasik, atau pun
  4. Beriman.

 

Dan Ingatlah, setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu Islam, maka bila masa nya sesaorang itu kembali kepada Islam, ditentukan oleh:

 

  1. Hidayah Allah
  2. Rahmat Allah
  3. Ibu-bapa nya
  4. Ilmu nya
  5. Persekitaran nya, dan
  6. Masyrakat yang ia bentuk dan digauli.

     

Oleh itu, bertaubat, bertafakur, sujud dan mohon lah kepada ALLAH, kerana ALLAH saja yang mempunyai kekuasaan dikeseluruhan kehidupan ini.

 

Sekian, Hanya ALLAH yang lebih mengetahui.

   

0 comments: