Rabu, 8 April 2009

BN KALAH LAGI-TINJAUAN.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Keputusan terbaharu pilahanraya tidak mengejutkan, mungkin bagi umno dan bn yang selalu sangat suka terkejut atas kegagalan dan kepincangan mereka dalam banyak perkara.

Saranan tim.presiden umno untuk melantik satu badan bebas mrmbuat penyelidikan dan analisa kegagalan tersebut.

Saya menyarankan tidak perlu lagi UMNO membuang dan membazirkan wang lagi. Cukuplah dengan pembaziran yang telah dilakukan , apa yang perlu dilaksanakan umno ialah :

  1. Bertahajud dan memohonlah limpah hidayah dan rahmat allah;

     

  2. Perlembagaan umno perlu digubal semula supaya ia berteraskan al-quran dan sunnah; ambil perhatian bahawa dalam al-quran terdapat ayat-ayat hukum yang muktamad ( yg tidak boleh dipertikaikan dengan sebarang alasan, dan terdapat ayat –ayat yang samar-samar ( yg selalu dijadikan modal oleh yang berkepentingan untuk tujuan menghalalkan cara ; perlu diketahui bahawa yang samar itu hanya allah s.w.t. yang mengetahui nya. Jika perlukan kupasan rujuk sunnah rasullullah s.aw );

     

  3. Pandang semula islam hadhari mereka ( islam yang membina kepada suatu tamadun)apakah ciri-ciri nya telah dibentuk dan digubalkan dengan jayanya;

     

  4. Umno perlu kembali kepada matlamat perjuangan sebenar iaitu memerdekakan diri dan membentuk masyarakat dalam acuan islam sebenar;

     

  5. Akhlak dan perwatakan umno dan ahlinya perlu digarap dan digilap semula;

     

  6. Bermuzakarahlah dengan kepimpinan baru ( yg dikatakan sebagai saf; tapi realiti nya ia bukan suatu saf, kerana pengertian sebuah saf cukup signifikan dengan individu-individu.);

     

     

  7. Walaupun barisan kepimpinan telah dilantik dan dibentuk, itu tidak bermakna umno telah berjaya memperolehi barisan kepimpinan yang mamtap, mungkin ada dikalangan ahli-ahli nya yang tidak mempunyai pemgaruh, wang, populariti yang tidak dipandang dan dilantik mempunyai asas-asas kewibawaannya yang lebih cemerlang untuk memimpin; yang telah dinafikan hak – hak nya.

 

Umno perlu bangkit sekarang dari dibuai mimpi-mimpi indah nya yang dibawakan oleh tiupan-tiupan dan dorongan-dorongan palsu. Jika tidak ! pada pilihanraya ke 13 nanti, malaysia akan mencatatkan satu sejarah barunya dimana kecundangnya kemepimpinan 63 tahun (hanya pada usia sahaja ).

 

Maka akan bermula semula episode-episode meratapi kekesalan seperti mana yang telah berlaku pada kesultanan Melaka oleh sultan dan rakyat jelata, akibat kealpaan sendiri untuk memenuhi amanah allah.

 

Allah menciptakan hambanya yang bernama manusia sebagai khalifah, dimana manusia perlu membantu diantara sama lain dalam memakmurkan dunia dan kehidupan ini, bukan menguasai dan menindas. Perlu diketahui manusia tiada daya cipta ( mencipta adalah hak allah ), yang ada ,hanyalah daya memenafaatkan sesuatu ilmu yang baru ditemui ( hidayah allah )kepada kemakmuran kehidupan. Manusia juga disarankan kepada setiap muslim dan muslimah untuk menyebarkan islam seluas-luasnya dengan disertai doa-doa agar mana-mana manusia yang kufur kembali semula ke jalan yang lurus dengan hidayah dan rahmat allah.

 

Pedulikan apa orang lain nak kata, umno perlu mentazkirah dan bermuhasabah pada dirinya sendiri. Umno perlu membentuk jati dirinya dengan kental tanpa hidup bergantung dengan sabjek lain kecuali allah s.w.t.

 

Umno tak perlu hidup bermewah-mewah kerana ia perlu sedar diawal pembentukkan nya , hartanya datang dari orang-orang yang hidup nya susah, bergadai dan bersedekah kerana untuk menyelamatkan maruah bangsa dan agamanya. Kembalikan hak-hak mereka yang ditindas dan yang dinafikan.

 

Semoga umno berjaya menemui jalan pulangnya dengan izin allah s.w.t

 

Hanya allah yang mengetahui.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 comments: