Isnin, 30 Mac 2009

SISTEM DEMOKRASI DIUJI- SATU TINJAUAN.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bulan March dan April 2009, akan menyaksikan satu ujian yang getir buat sistem demokrasi di Malaysia. Ia akan diuji dengan jelas samada perlaksanaan demokrasi itu berada pada sebuah Institusi atau kepada sebuah Negara yang senantiasa didesak untuk mempelajari sesuatu dari amalan-amalan yang bersesuaian. Apakah satu pentafsiran semula "Demokrasi" perlu diusahakan?.

Pada Institusi politik ia telah diuji berulangkali tapi rakyat masih tidak memahami dan mengambil iktibar, dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka sepertimana yang dituntut pada Surah Al-Talaq, ayat 2-3, diatas.

Kecelaruan dan kemungkaran amanah dibidang politik berlaku pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO, dimana sabjek yang mempunyai satu catatan yang telah disahkan ( walaupun telah dilepaskan ( Kerana konsep Keadilan yang tidak jelas ), akhir nya dilantik oleh golongannya untuk memegang satu amanah yang berat.Ini mengambarkan bahawa dikalangan pemuda kita, masih ada tertanam didalam benak mereka, bahawa kemungkaran itu satu soal yang kecil dan tidak apa. Kalau sikap ini yang wujud, maka akan terdapatlah ciri-ciri kefasikan. Jika seorang itu telah fasik, dia tidak diharuskan menjadi saksi, apatah lagi untuk memegang amanah untuk kemashalatan rakyat. Dibimbangi, jika isu ini tidak ditangani dan dilupuskan dalam pemikiran pemuda, kita bakal diwarisi oleh pemuda yang akan merosakkan sistem itu sendiri.

Juga terdapat pada orang-orang yang moralnya dipertikaikan, mereka masih tetap dipilih dan dilantik untuk menduduki kerusi pemimpin dan sahkan juga sebagai seorang peimipin. Kalaulah isu-isu ini berlaku pada orang-orang yang tidak mempunyai sebarang tauhid, ia tidaklah menjadi isu yang perlu difikirkan kerana pembinaan asas dan kelansungan hidup hamba ALLAH ini tidak berada pada landasan yang betul ( mereka masih belum memahami dan mendapat hidayah ALLAH), tapi jika ini berlaku keatas seorang hamba ALLAH ynag muslim, bagaimana?

Sebagai seorang muslim tertanggung atas kita untuk menunjukkan contoh akhlak dan tauladan yang baik, agar dia ( yang belum mendapat hidayah ALLAH ) mendapat hidayah ALLAH. Saya harap kita tidak mahu mempunyai pemimpin-pemimpin yang diwarisi dengan akhlak dan tauladan yang bakal merosakkan sitem bernegara.

Semalam sejarah baru dicatatkan lagi, di DUN Bukit Selambau. Terdapat seramai 15 calon menawarkan diri untuk bertanding dan mewakili rakyat dikawasan tersebut. Majoriti calonnya dari calon-calon bebas. Apakah isyarat yang hendak diperlihatkan? Apakah Sistem amalan demokrasi kita subur dan berkembang? Kalau subur dan berkembang, kemana ia?

Apakah yang dapat calon tersebut lakukan jika mereka memenangi kerusi tersebut?. Apakah ukuran pencapaian yang boleh diharapkan?

Kalau calon BN atau PR ( bukan pertubuhan yang disahkan ), memenangi kerusi tersebut, sekurang-kurang nya mereka dapat membuktikan; bagi BN – mereka telah kembali dan jika atau akan melaksanakan perubahan seperti yang dituntut rakyat, bagi PR – mereka tetap utuh dan disokong oleh rakyat tempatan dalam Kerajaan Negeri yang dikuasai mereka, tapi bagi calon-calon bebas, Apakah yang dapat membuktikan kewujudan mereka, atau sekadar untuk mencari tapak-tapak kelansungan politik; samada pengiktirafan dalam bentuk Ekonomi, Status, atau Ruang?. Saya tidak nampak sebarang keadan-keadah yang lain yang boleh dimenafaatkan rakyat, jika calon bebas terpilih kecuali sepertimana yang diutarakan.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih terumbang-ambing, Faktor pendesak ekonomi selalunya menjadi tajuk agenda yng utama. Ditambahkan lagi dengan manusia yang kebanyakkannya telah pun menjerumuskan diri mereka dengan bertuhankan "WANG".

Sepertimana yang pernah saya nyatakan dalam post-post saya yang terdahulu, pembaziran berlaku dimana-mana sekarang ini.Malaysia perlu duduk dengan tenang dan berfikir, Apakah Ciri-Ciri Terbaik untuk sesaorang itu dilantik sebagai seorang "PEMIMPIN". Apakah amalan-amalan yang baik yang boleh dilaksanakan dalam memertabatkan "Demokrasi".

Hanya ALLAH YANG MENGETAHUI.

 

 

0 comments: