Selasa, 20 Julai 2010

ANTARA ESQ DAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Isu terhangat dipasaran ketika ini,ialah Pengharaman Aktiviti ESQ Training disemua kawasan Pentadbiran Wilayah Persekutuan Oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Pertama Pertikian ini adalah diantara 2(Dua)Authoriti yang mempunyai HAK yang berbedza dari sudut Undang-Undang dan Kebenaran Syariat (Agama ).Sebelum saya memberi pandangan saya pula,mari kita susuri Hujah-Hujah pedebatan mereka.

WARTA KERAJAAN MALAYSIA JIL 54 NO 12 BERTARIKH 17HB JUN 2010.P.U.(B) 276 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)1993.

PENJELASAN ESQ FASA 3 BERTARIKH 14HB APRIL 2010 (DISEMAK OLEH PANEL SYARIAH MALAYSIA)

Dari hujah-balas kedua-dua pihak, saya mendapati banyak berlaku salahfaham dan sangkaan-sangkaan yang tidak wajar.Inilah yang menjadi penyebab kekalutan dan kekeliruan berlaku. Islam agama yang telah sempurna,telah pun mendidik kita,agar meletakkan sillatulrahim sebagai asas perbincangan dan musyawarah terhadap apa-apa isu yang berbangkit;dengan tidak mengenepikan AL-Quran dan Sunnah sebagai sandaran dan rujukan kita.

004 Surah An-Nisaa'

1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

047 Surah Muhammad

22. (kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang Kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim Dengan kaum kerabat?

Kepelbagaian ragam dalam pentadbiran Islam di Malaysia khususnya ( Setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan mempunyai Enakmen Undang-Undang Islam dan Majlis Agama Islam sendiri),menyebabkan seringkali berlaku kerumitan dan kesalahafahaman berkaitan keadah-keadah perlaksaan amalan dan peraturan-peraturan yang dimaktubkan.

Ini belum lagi kecelaruan dan pengaruh politik disesuatu kawasan atau sektor pentadbiran Islam

003 Surah Al-Imran

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

160. jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri.

Kecenderungan sesetengah pihak bermain dengan pembentangan hujah,dan dengan mengemukakan fakta yang separuh lengkap, juga tanpa dalil yang kuat,menampakkan kekurangan kekuatan dalam prinsip-prinsip berhujah mereka.

Apa yang mengejutkan saya,ialah hanya Mufti Wilayah Persekutuan sahaja yang tidak bersetuju dengan methodologi yang digunakan oleh ESQ dalam penyampaian Latihan tersebut. Mufti dan Timbalan Menteri dari Negeri dan Wilayah di Malaysia yang lain tidak membantah (persetujuan yang diberikan juga tidak konklusif),dan menghalang.Malah ada yang telah pun menjadi Ahli Panel Syariah ESQ.Difahamkan (Pengesahan oleh ESQ) juga hanya Mufti Wilayah yang tidak mengikuti Latihan tersebut (Mungkin beliau mempunyai alasan-alasan tersendiri).Begitu juga terdapat berberapa ketinggalan dan kekhilafan yang berlaku daripada Jurulatih-Jurulatih ESQ. Apa pun kita perlu bersangka baik,dan mencari jalan tengah dengan mengadakan perbincangan seperti diatas.

Hadith 090 Nabi s.a.w.(Shahih Bukhari)Vol.8 Jilid 73. Good Manners and Form (Al-Adab):

Narrated By Abu Huraira: The Prophet said, "Beware of SUSPICION , for SUSPICION is the worst of false tales; and do not look for the others' faults and do not spy, and do not be jealous of one another, and do not desert (cut your relation with) one another, and do not hate one another; and O Allah's worshipers! Be brothers (as Allah has ordered you!")

Dalam Islam tiada yang harus memiliki sifat-sifat Ujub,Riak,Jumud,dan Taksub;kerana sifat ini ada pada Yahudi dan Zionisme;akhirnya mereka telah dilaknat ALLAH.

Pintu Itjihad senantiasa terbuka sehingga ke suatu masa yang telah ditetapkan,asalkan Prinsip-Prinsip Islam (165) yang dijadikan jenama oleh ESQ tidak diketepikan begitu sahaja.

Sudah sampai masanya Institusi-Institusi Islam di Malaysia, Khasnya. Malah diseluruh Dunia amnya,harus tidak menjadikan Institusi-Institusi mereka sebagaimana Institusi kepaderian (kelemahan saya; saya tak mampu menjumpakan hadith Nabi s.a.w. berkaitan dengan perkara ini,tapi saya yakin ia ada.Kalau ada yang dapat membantu,Lagi Baik!)

Penyelarasan Institusi perlu dipertimbangkan,agar ummah tidak bercakaran dan senantiasa dalam keadaan curiga-mencurigai. Isu-Isu berbangkit perlu dibincangkan dengan HATI YANG TERBUKA, HANYA KERANA ALLAH DAN AGAMA.Insyaallah, ummah akan kembali bersatu dan bertambah teguh.

Bijak Pandai dan Ilmuan Islam,kini harus duduk "BERMUSYAWARAH DI MEJA BULAT",bagi mendapatkan keadah dan pendekatan terbaik mengamankan dan memakmurkan ummah,bersandarkan pada Al-Quran dan Sunnah.

Diharap mereka ini,dapat menjadi contoh teladan yang baik untuk generasi muda.

Kalau lah AHLAK Nabi s.a.w adalah AL-Quran.

Agaknya! dengan apa kita nak bandingkan, AKHLAK KITA?.

Jika Tuan/Puan tidak berjaya mendapatkan salinan dokumen yang berkaitan,Sila hubungi saya.Saya sedia membantu.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

0 comments: