Khamis, 15 Julai 2010

YAHUDI DIMANA?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dunia seakan-akan terkejut dengan tindakan rejim zionis terhadap Misi Bantuan Kemanusiaan GAZA.

Dunia kini mula berRetorik terhadap tindakan-tindakan tersebut, sepertimana juga kita. Begitulah Dunia Politik dengan Ragamnya, Dunia NGO's dengan Ragamnya, Dunia Pengguna juga dengan Ragamnya.Masing-masing berlumba-lumba, berusaha untuk meletakkan nama di Carta-Carta Populariti dan Ekonomi Dunia, bagi mendapatkan suntikan GAH. AGAKNYA KEMANA KESUDAHAN ITU?.

Pepatah ada menyatakan "KEJAYAAN SESEBUAH PERJUANGAN ITU IALAH, SIAPA TERLEBIH DAHULU MENGENALI MUSUHNYA"; amat-amat releven untuk DI BERI PERHATIAN dan bertindak.

Baca dan fahamilah SEJARAH DAN PERADABAN MEREKA SECARA telus dan jujur. Rujukan Catatan dan kalam yang terbaik adalah dari KALAM ALLAH s.w.t.

Ingin diperingatkan Bangsa Yahudi ada dimana-mana, begitu juga zionisme. Jangan terperanjat, kalau saya katakan bahawa ia juga senantiasa berada di kalangan dan persekitaran kita.

Kalau ditinjau dari konsep dan perjuangan zionisme ini, penyebaran dan penyerapan telah berlaku sejak dahulu lagi. Fitnah yang ditaburkan kepada Dunia, Khususnya pada Dunia Islam. Sasaran strategi yang dilemparkan amat-amat bersesuaian dengan keperluan nafsu syahwat manusia yang senantiasa mencarinya. Slogan "KEPENTINGAN DUNIA DIDAHULUKAN DARI KEPENTINGAN AKHIRAT, AKHIRAT TIDAK NAMPAK, DUNIA JELAS TERBENTANG", menjadi SLOGAN, yang dipropakan pada setiap saat dan ketika.

Bangsa Yahudi dan Zionisme amat perihatin dengan "semangat Kebangsaan mereka (Asobhiah)", dengan kata-kata ; bahawa mereka adalah bangsa pilihan dan terbaik.

Diantara prinsip-prinsip Zionisme yang telah dikenalpasti ialah:

1.jika seorang dari ahli masyarakat mereka cedera atau mati kerana mempertahankan ideologi mereka, Mereka akan segera bertindak terhadap seribu orang yang menyebabkan kecederaan dan kematian tersebut, tidak kira dari mana datangnya;

2.Jika urusan perniagaan dijalankan diantara mereka, kadar keuntungan yang diambil tidak keperin gkat memudharatkan diantara satu sama lain, tapi jika urusan tersebut dijanlankan dengan bangsa –bangsa yang tidak bersekutu dengannya. Satu amaun keuntungan yang boleh memudharatkan akan dikenakan diluar sedar.

3.Masyarakat setempat perlu dikucarkacirkan, agar penempatan semula masyarakat boleh dibuat dengan membawa masuk masyarakat mereka secara terancang.Tindakan-Tindakan bersifat perkauman perlu dijanakan dan diberikan suntikan baru pada setiap masa.

4.Bangsa-Bangsa atau Negara terpilih akan di lekakan dengan hiburan dan keseronokkan, agar bangsa tersebut mudah dijajah minda nya.kemudian sifat-safat tegar yang ada pada Yahudi tersebut akan disalurkan secara perlahan untuk dijadaikan satu budaya.

Cuba kita teliti dalam ayat-ayat dalam surah-surah Al-Quran yang membicarakan tentang sikap-sikap kufur bangsa Yahudi ini. Apakah sifat-sifat mungkar tersebut tidak ada pada kita. Saya pasti jawapan nya mampu diberikan oleh setiap orang diantara kita.

ALLAH s.w.t. telah melaknatkan bangsa Yahudi ini Selepas kehadiran Nabi Musa dan Nabi Harun, disebabkan kerna sifat ANGKUH,SOMBONG, MUNGKAR DAN KUFUR mereka keatas ALLAH s.w.t. sepertimana yang digambarkan dalam ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah: Tak dapat saya bentangkan disini kerana almaklum Surah Baqarah adalah diantara surah yang terpanjang.

Saya berpendapat , sudah pasti Tuan/Puan mampu membaca dan memahaminya. Bangsa Yahudi dari sifat-sifat tegar tersebut,telah membawa mereka memiliki satu SIKAP yang dimurkai ALLAH sw.t. iaitu sikap menidakkan dan meminda Kitab Taurat , dan berlaku syirik kepada ALLAH semasa Nabi Musa Ke Gunung Tursina.

Cukuplah Ya! Dengan sejarah rengkas ini mengenai Bangsa Yahudi dari Al-Quran.

Apa yang ingin saya perkatakan ialah sifat-sifat yang ada pada Bangsa Yahudi tersebut, juga ada pada kebanyakkan Bangsa. Cuma yang tinggal samada "SIKAP" Yahudi tersebut diwarisi oleh kita atau tidak;bergantung kepada "TAQWA" kita pada ALLAH s.w.t.

 

AGAKnya, Apakah Jawapannya?

 

Yahudi dan Zionisme tidak akan pupus, sehingga pada suatu masa sebelum datangnya HARI KIAMAT.

Sepatutnya, Umat Islam samada secara individu organisasi, atau Negara Islam mengambil kesempatan yang diberikan oleh ALLAH ini, untuk berjihad dan SYAHID, khususnya di TANAH PALESTINE; sepertimana yang telah dijanjikan oleh ALLAH pada :

Surah AL-Imran

169. dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;

Saya juga ingin menyarankan kepada mereka-mereka yang seringkali cenderung untuk menunjukkan atau menguji kekuatannya, atau yang sering cenderung untuk melakukan perkara –perkara mungkar dan maksiat; agar dapat menyahut seruan ALLAH ini bagi mendapatkan ganjaran lumayan yang telah disediakannya ( Dengan syarat, mereka ini perlu beristighfar dan bersahadah terlebih dahulu, dan perlu pastikan NIAT ditanam dengan jitu,bahawa perkhidmatan ini adalah KERANA ALLAH semata-mata, bukan pada yang lain atau alas an yang lain; Insyaallah).

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Khamis, 8 Julai 2010

Antara Pemimpin dan Pengkhianat?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Indahnya bumi ini apabila ia memperolehi Rahmat dan Hidayah dari ALLAH s.w.t. kerana telah hadir pelbagai Tamadun , Umat yang mewakili sebahagian dari mahkluknya.Kerana kesempurnaanya mahkluk yang bernama MANUSIA, dibawah kekuasaan ALLAH s.w.t.

Pada setiap sessi, sesuatu sejarah tersebut dicatatkan, kita akan diperlihatkan bahawa Tamadun manusia bertukar dari abad ke abad; kerana pemimpinnya atau pengkhianatnya.

Pemimpin boleh hadir dalam pelbagai watak dan wajah, tapi selalunya mempunyai kehendak dan matlamat yang berbeza-beza bergantung pada pengaruh dan pembentukkan siasah, prinsip, falsafah, pengalaman dan tidak boleh diketepikan ialah pengaruh masyarakat setempat .

PEMIMPIN; senonimnya dengan Ketua, Bos, Pemerintah dan pelbagai lagi terma-terma ( yang dijumpai atau masih belum dijumpai lagi), kecuali KHALIFAH.

Terma-terma yang digunapakai masakini. Apa pun antara fungsi utamanya ialah bertanggungjawab dan mereka ini telah di AMANAH kan untuk melaksanakan apa-apa aktiviti di dunia ini yang berkaitan dengan kemashalatan manusia (samada dengan benar atau batil, dan atau disulamnya sekali). Selalunya, yang mana agaknya?

Tapi bagi SEORANG KHALIFAH itu, mengambil, memegang, ,memikul dan melaksanakan AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB diatas berpandukan yang HAK dengan perkara yang HAK iaitu BENAR!

Suatu masa dahulu perlantikkan atau pengiktirafan sesaorang itu sebagai "APA YANG DISEBUT" ,diatas, berdasarkan kepada KEKUATAN FIZIKAL DAN PENGARUH KELUARGA. Ini berdasarkan catatan-catatan sejarah . Amalan ini masih didapati di kebanyakkan NEGARA atau Komposisi Masyarakat yang berkaitan.

Amalan memilih pemimpin didapati pelbagai, bergantung pada PENGARUH DAN BUDAYA, samada ia untuk memilih pemimpin keluarga, Masyarakat, Bangsa, Dearah, Bandar, Wilayah, Negeri,Negara.Apatah lagi dalam menentukan kepimpinan pada sesuatu entiti atau Institusi.

Bagi KEPIMPINAN sesebuah Negara, juga dilihat terdapat kepelbagaiannya.Tapi PRINSIP KEKUATAN DAN PENGARUH KELUARGA masih menjadi tunjang akar penentunnya. Amalan –amalan dahulu kala kini sudah dijenamakan semula dengan Istilah "DEMOKRASI"; dimana percalonan dan pemilihan pemimpin ditentukan dengan sistem pengundian; yang disebut sebagai PILIHANRAYA , dibawah suatu entiti yang mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan had-had kuasa yang ditentukan NEGARA ( Istilah yang digunakan bagi mewajarkan tindakan sahaja, tapi tidak tepat ; kerana yang mengusul dan meluluskan penggunaan dan perlaksanaannya ,mempunyai unsur-unsur "BIAS" ( Ketidakadilan dari segi prinsip). Persoalan: Mengapa entiti ini tidak diberikan kuasa Autonomi , dan diletakkan dibawah satu entiti pengawas ( Pilihan dibuat oleh Rakyat: dengan satu mekanisma sistem pencalonan dan pemilihan, boleh menjadi tanda soal bagi mereka yang berfikir).

Bagi dunia masa kini ( Dunia Moden, Dunia Teknologi Tinggi), Kepimpinan Baru cuba diuar-uarkan dan diketengahkan secara semaksima yang mungkin oleh pelbagai entiti dengan maksud dan tujuan tertentu. Agenda nya WANITA layak diangkat dan dijulangkan sebagai PEMIMPIN pada semua sektor. Untuk makluman perkara ini bukan satu perkara yang baru dalam sejarah peradaban manusia, kerana telah ada PEMIMPIN Wanita pada pelbagai Tamadun dan Umat Manusia seperti Putri Kisra, Nabi Wanita , Imam Wanita, Hakim Wanita dan banyak lagi.

Sila lihat ayat dari surah Al-Baqarah dibawah,berkaitan dengan kewajaran Wanita sebagai pemimpin dalam ertikata yang sebenarnya.Sedangkan untuk menjadi saksi sahaja perlu mendatangkan DUA (2) saksi bagi membolehkan sesuatu perkara itu diputuskan.Belum lagi kriteria-kriteria yang perlu diikuti dengan ketat sebelum kesaksian sesaorang boleh diterimapakai.

Surah Al-Baqarah Ayat 282:

282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Berikut diantara pendapat dan pandangan dari blog-blog yang dikesan:

 

  1. by adek demuk on Thu Oct 28, 2004 1:32 pm = Intipatinya; bagi adek demuk, konklusi isu ini adalah selagi peranan wanita sebagai pemimpin; boleh melancarkan sesuatu kerja, dan bukan merumitkan, maka adek demuk amat menggalakkan. pun there is no clear text from quran and sunnah prohibiting on this.bahkan Allah mengangkat darjat wanita dengan adanya surah anNisa' dan Maryam misalnya. juga sewaktu hembusan nafas terakhir, Rasul menyebut tiga benda, solatukum, nisaukum dan ummati; [wanita yang disebut baginda].

 

JAWAPAN SAYA: Terdapat kekhilafan dalam menafsir oleh beliau. Pengiktirafan tidak boleh disamakan dengan Penentuan atau Kelayakkan sebagai Pemimpin.

Bagi tafsiran Hadith dibawah yang berkaitan dengan "urusan" masih pelbagai, atau perkara –perkara lain yang berkaitan.

Dari Hadith : Dari Abu Bakar berkata: " Allah memberikan manfaat kepada ku dengan suatu kalimat pada Perang Jamal. Tatkala sampai khabar kepada Nabi bahawa bangsa Parsi mengangkat Putri Kisra sebagai Pemimpin, beliau bersabda: "Tidak akan berbahagia suatu kaum yang menyerahkan urusan ( kepimpinan ) mereka kepada seorang wanita".

Bagi KEPIMPINAN ENTITI ATAU INSTITUSI, penentuannya lebih cenderung kepada PENGARUH DAN KEBOLEHAN(?). Ungkapan entiti menentukan atau mengiktirafkannya adalah perbuatan dan sikap retorik kepimpinan mereka yang cuba atau cenderung untuk menidakkan yang "HAK". Barah yang sedang merebak dalam entiti dan Institusi berkaitan boleh dirawat dan disembuhkan, dengan amalan dan prinsip yang telah digarispandukan, tanpa mengenepikan Prinsip Keadilan dan Hak.

Surah An-Nisaa' Ayat 58 ;

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Semua orang tahu, Apa itu PENGKHIANAT!, kecuali pada mereka-mereka yang tidak mahir berbahasa Melayu.Ungkapan ini menarik perhatian saya: "Dalam dunia Manusia ADA Haiwan, Dalam dunia Haiwan TIADA Manusia". Fikir dan renungkannya, semoga anda semua mendapat pengajaran dari nya. Ini ungkapan saya pula: " Dalam Dunia KEPIMPINAN ADA PENGKHIANAT, Dalam Dunia PENGKHIANAT ADA PEMIMPINNYA".

PENGKHIANAT adalah mana-mana orang atau entiti yang melaksanakan apa-apa aktiviti di dunia ini yang berkaitan dengan kemashalatan manusia samada dengan batil dan atau disulamnya sekali- sekala dengan istilah benar yang tidak jelas. Atau Penggunaan "Matlamat menghalalkan cara" bagi memenuhi keperluan tersebut.

Solusinya ialah dalam AL-QURAN ada terma-terma seperti berikut:

  1. Fasiq;
  2. Munafiq;
  3. Kufur;
  4. Murtad; dan
  5. Kafir.

 

Berikan tumpuan dan perhatian yang mendalam, fikir dan renungkanlah dengan hati yang tulus dan pohonlah RAHMAT DAN HIDAYAH ALLAH s.w.t. Agaknya, DimanaKah kedudukan Kita?

Islam telah meletakkan garispanduan dan neraca yang jelas dalam memilih pemimpin.

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Sabtu, 3 Julai 2010

ANTARA BUDAYA & AGAMA, DIMANA KITA?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Benarkah semakin maju sesebuah tamadun manusia itu semakin bercelaru pemikiran nya?;

Bagaimana dengan Pendekatan dan Keadah Penilian mereka terhadap sesuatu isu itu?;

Adakah kebanyakkan manusia semakin hari semakin jauh dari tuntutan penciptanya iaitu ALLAH s.w.t?; atau

Hanya dari kelompok-kelompok terasing, atau dari Golongan Ilmuan dan Cediakiawan sahaja ?

Ooo.. Mungkin ini adalah salah satu petanda, bahawa Kiamat telah hampir; Bila Ilmu telah diangkat!

Manusia, mungkin telah lupa atau lalai mengapa Allah menurunkan syariat atau Agama itu. Manusia kini kehilangan arahpandu dalam mengintrepretasikan dan melaksanakan Agama; dimana kehadiran Agama adalah untuk bertaqwa kepada ALLAH sahaja dan membimbing kemashalatan manusia itu.

Manusia telah dianugerahkan dengna MASA, bagi menjalankan segala urusan nya; tertakluk kepada penyempurnaan ruang-ruang waktu pasti ,bagi melengkapkan AMANAH itu. Manusia diwajib membuktikan kadar keimanan atau dengan lain perkataan membuktikan pegangan TAUHID kita ; yang telah dilafazkan semasa di Alam Roh lagi.

Hadir nya Rasullullah s.a.w adalah menyampaikan amanah dan amanat tersebut, bersama mukjizat terulung nya Al-Quran. Jika didibaca dan diteliti Surah Asy-Shams, ia adalah di antara surah-surah yang menggambarkan tuntutan itu.

Tapi semenjak mutakhir ini; dalam dunia menghampiri ajalnya. Manusia amat cenderung untuk mempelbagaikan dan mencampuradukkan ragam kehidupan mereka. Pada masa ini kita akan lihat Keadah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"; selalu mendatangi kehidupan manusia itu termasuk dikalangan orang-orang Islam . Rahmat dan Bonus dari keanekaragaman masyarakat itu tidak dipergunakan dengan sewajarnya.

Perbedaan diantara ADAT, BUDAYA , DAN AGAMA , tidak mampu diperjelaskan dengan sempurna. Malangnya golongan-golongan yang dikatakan agamawan itu juga turut bersekongkol dalam mengaharuskan sesuatu aktiviti itu yang dikatakan sebagai adat dan budaya itu; tapi samada disedari atau tidak, pada keadaan dan detik-detik tertentu ia disulami dengan perkara-perrkara yang bersifat khurafat; khususnya yang boleh mendatangkan SYIRIK kepada ALLAH, atau terganggunya atau tergugatnya AQIDAH .

Saya ingin menyarankan kepada umat Islam Khususnya dan kepada bukan Islam amnya. Perkara pertama yang perlu di berikan perakuan dengan sebenarnya ialah ISLAM ITU SEMPURNA DAN LENGKAP, TIADA YANG LAIN YANG LEBIH HAK,BENAR DAN LENGKAP DARI SYARIAT ISLAM ITU. Ini bermakna ap-apa jua aktiviti-aktiviti dalam kehidupan manusia itu dalam memenuhi tuntutan nya, ia tidak boleh lari dari melaksanakan TUNTUTAN AL-QURAN DAN SUNNAH, samada ia berkaitan dengan WAKTU, KEADAAN DAN LOKASI. ALLAH tidak memberikan kebenaran untuk kita mengenepikan syariat yang telah diturunkan bersama kalam nya itu.

Mungkin kita mampu untuk menjenamakan terma-terma, untuk disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti kehidupan kita, tapi tuntutan yang disarankan AL Quran, bahawa penciptaan manusia itu adalah semata-mata untuk BERTAQWA KEPADA ALLAH s.w.t tidak boleh samasekali dipandang remeh dan sinis. Terma yang popular digunakan masa kini ialah "HORMAT" ( Perpaduan dalam Keanekaragaman ); yang pada banyak ketika nya ia disalahtafsirkan, malah diselewangkan, sekadar memenuhi sesuatu matlamat dan agenda individu yang berkaitan. Dalam memenuhinya kita sering berdusta terhadap ALLAH dan Rasulnya; dengan mengungkapkan nya bahawa Agama membenarkannya dan Nabi Muhammad ada melakukannya.

Sila betulkan (jika saya silap ). Agama Islam memang membenarkannya, malah menggalakkannya' tapi tidak sehingga ke peringkat meraikannya ( membenarkan kepercayaan dan keyakinan BERagama SELAIN DARI Islam ). Sila baca dan Fahamkan, Apa yang diperkatakan dalam Surah Al-Kafirrun.

Kalaulah salah satu dari Sirah Nabi Muhammad s.aw. hendak dijadikan sebagai rujukan dan sandaran dengan menyatakan bahawa Rasullulah s.aw. pernah melakukan nya. Dalam konteks "Perpaduan dalam Kemajmukan", Ia hanyalah setakat berdiri menghormati mayat seorang hamba ALLAH yang diusung lalu dihadapan beliau. Dan pada ketika itu Para Sahabat telah menegur Rasullulah, dengan memaklumkan bahawa mayat itu adalah seorang Yahudi. Rasullulah s.a.w. menyatakan Baginda hanya menghormati sekujur mayat seorang hamba ALLAH.

Disini kita seharusnya telah boleh berfikir, bahawa Baginda tidak meraikan mayat tersebut hingga keperingkat mengiringinya ke perkuburannya atau sebarang aktiviti agama yang berkaitan dengan pengurusan mayat Yahudi tersebut.

Pada kebanyakkan masa,kita selalunya lalai dalam mentafsirkan BUDAYA DAN ADAT dengan terperinci. Pada kebanyakkan BUDAYA DAN ADAT itu, perkara-perkara yang bersifat ritual atau dengan lain perkataan;yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan menjadi intipati perlaksanaan dan perlakuan sesuatu itu diasaskan. ApaKah ini tidak melibatkan perkara-perkara AQIDAH dan SYIRIK, yang perlu dibenteras dan dinyahkan dari SIKAP tidak apa kita.

Perkara yang sepatutnya kita lakukan ( Tanggungjawab Seorang Muslim ) itu, kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam, ialah dengan membawa dan mengajak mereka kembali kepada Fitrah mereka sebenarnya ; dengan membenarkan yang benar dan mengambalikan yang hak. Kita seharusnya mampu melaksanakannya dengan penuh berkhemah dan bijaksana. Terangkan dengan sebenarnya, bahawa mereka tidak sekali-kali masuk Islam, tapi mereka sebenarnya kembali kepada Islam. Mereka tidak wajar dipersalahkan, kerana mereka JAHIL ( tidak mengetahui ) dan masih belum mendapat HIDAYAH ALLAH s.w.t. Dengan kita meraikan bersama-sama mereka berkaitan dengan perayaan Agama atau Budaya ( yang mempunyai unsur-unsur keagamaan ) , secara dibawah sedar kita telah menghantarkan satu isyarat bahawa APA YANG MEREKA TELAH,SEDANG, DAN AKAN LAKUKAN ITU ADALAH BENAR DAN MEMPUNYAI HAK. Tapi Islam berulangkali telah menjelaskan dalam AL-QURAN dan SUNNAH RASUL s.aw. , bahawa ia tidak benar , malah satu perbuatan SYIRIK yang tidak akan mendapat PENGAMPUNAN ALLAH s.w.t., jika tidak BERTAUBAT dengan SATU TAUBAT NASUHA ( Taubat yang tidak berulang ).

Fikir-fikirkanlah !

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Jumaat, 2 Julai 2010

Antara Asobiah dan Zionisme

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Perkembangan politik dan Pengurusan Negara Malaysia menarik minat saya sejak akhir-akhir ini. Pelbagai scenario dan tindakbalas keadaan menjadikan recam situasi yang mengundang pelbagai persepsi, arahtuju dan falsafah bernegara di minupulasikan oleh pemain-pemain utama Negara dipelbagai kumpulan dan entiti.

 

Usul utama saya agar PERLEMBAGAAN MALAYSIA mesti "DIPINDA" segera, khususnya pada perkara; "AL-QURAN DAN SUNNAH RASUL s.a.w. MESTI DIJADIKAN SANDARAN DAN RUJUKAN KEPADA SEBARANG BENTUK AKTIVITI BERNEGARA DI MALAYSIA; masih tidak mendapat perhatian dari kebanyakkan masyarakat yang mengaku dirinya MUSLIM DAN MUSLIMAH. Sila perhatikan dan ambil Iktibar dari Surah Az-Zukhruf Ayat 36 hingga 38;-

 

36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya.

37. dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka Bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

38. sehingga apabila ia (yang terjerumus Dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan Yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur Dengan barat! kerana (engkau) adalah Sejahat-jahat teman".

 

USUL INI TELAH PUN SAYA BENTANGKAN DALAM BLOG INI ( BLOG SEBELUM INI ), DAN JUGA DENGAN AKTIVITI MUZAKARRAH RENGKAS DENGAN KAWAN-KAWAN, KENALAN-KENALAN, SAHABAT-SAHABAT, JIRAN-JIRAN, AHLI MASYARAKAT,AHLI POLITIK, AHLI PROFESIONAL; samada ia bersifat setempat atau sebaran am dalam pelbagai media yang sempat saya hadiri dan jangkau.

 

Antara Alasan- Alasan yang dilontarkan kepada saya ialah:

 

  1. Bukan masa nya lagi;
  2. Emosi, Moral dan Mental Politik kita tidak Kuat ( Tiada komitmen Politik );
  3. Sukar untuk dilaksanakan;
  4. Tidak sesuai kerana Malaysia adalah Negara Majmuk;
  5. Umat Islam masih berantakkan dan belum bersedia lagi;

     

Dan pelbagai lagi ( seribu satu alasan, bagi mereka yang keimanan masih boleh dipersoalkan), yang telah saya terima dan dengar.

 

Saya nak Tanya Malaysia , apakah kita masih perlu menunggu, setelah Wahyu Agung telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w; dan telah disempurnakan penyampiannya sebelum Rasullullah wafat?

 

Ingatlah bahawa Al-Quran dan Sunnah itu telah diwariskan oleh Rasullullah s.a.w. kepada setiap umatnya yang telah melafazkan syahadah dengan yakin.

 

Apakah kita masih menunggu?, mungkin yang ditunggu adalah panggilan Sakaratul-Maut! Atau yang sekata atau segambaran dengan filem 2012.

 

Asobiah adalah kecintaan sesaorang itu pada bangsa dan kaumnya. Ini tidak salah, tapi yang akan menyalahinya , apabila kecintaan itu dipesongkan atau dibutakan oleh bangsa dan kaumnya, kearah kemungkaran dan kemaksiatan; yang mana dia atau ia dengan sengaja menafikan Keagungan ALLAH s.w.t.

 

Zionisme adalah satu gagasan bangsa yang dipelopori oleh bangsa Yahudi dan Isreal( Negaranya) kearah mencapai cita-cita mereka memertabatkan bahawa bangsa Yahudi itu adalah bangsa yang terulung dan terbaik di dunia ini, tidak kira apa pun keadah dan cara untuk memperolehinya " Matlamat Menghalalkan Cara".

Jajaan mereka bahawa bangsa mereka adalah bangsa pilihan tuhan ( Mereka merujuk tuhan mereka(?)), tapi kalau mereka merujuk kepada ALLAH dan berpegang pada kitab 'Taurat" dan dalam masa yang sama mengimani "AL-Quran", maka tuntutan mereka adalah benar.

 

Oleh itu saya, nak bertanya pada setiap rakyat Malaysia; yang Muslim dan Muslimah, kecuali kepada yang TIDAK; Kita dah tahu kedudukan mereka ( tapi kita semestinya tidak boleh berlapang dada dan berlepas tangan kerena kegagalan kita untuk menerangkan, menunjuk, dan melaksanakan "AKHLAK ISLAM" kepada mereka ( yang mana tertanggung oleh setiap diri kita, di HARI PEMBALASAN nanti yang merangkumi ILMU DAN USIA).

 

Pemerhatian saya mendapati KEDUA-DUA perkara tersebut sudah pun bermaharajalela dan dipraktikkan disemua peringkat aktiviti dan entiti di Malaysia, samada KITA SEDAR ATAU DILUAR SEDAR.

 

JAWAPAN SAYA IALAH " HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH'.

 

 

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Selasa, 5 Januari 2010

KEHILANGAN ENJIN F5E- SIASATAN DAN KEADILAN SATU KONSPIRASI.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Semalam 4/01/2010 jam 2011 hrs Bulletin Utama . Kenyataan Akhbar Peguam Negara di Putrajaya; keputusan hasil siasatan yang dijalankan oleh PDRM. Setelah diteliti oleh Pejabat Peguam Negara , maka didapati terdapat berlakunya kehilangan aset milik tentera udara seperti yang dinyatakan, tapi kehilangan tersebut tidak melibatkan mana-mana Pegawai Kanan Tentera Udara; ia hanya melibatkan anggota-anggota Pangkat Rendah Sahaja. Alahai, Apakah aku masih bermimpi di Siang Hari?

HA…ha…..ha….. Dunia sedang mentertawakan aku, atau mereka yang mentertawakan Rakyat Malaysia.

Rentetan dari Kenyataan tersebut. Saya ingin menyarankan agar Peguam Negara bersedia untuk melepaskan Jawatan nya sertamerta sebelum NASI MENJADI BUBUR, atau dalam lain perkataan MALAYSIA HANCUR, akibat dari Kenyataan Akhbar tersebut yang boleh ditafsirkan sebagai satu kesalahan dalam Perintah Am Bab D iatu Sesaorang Pegawai didapati " Tidak Bertanggungjawab". Atau yang lebih praktik lagi SEMUA KEPIMPINAN DI JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PDRM , PERLU MELETAKKAN JAWATAN MEREKA ( Bagi yang masih ada deriarasa; yang masih mempunyai HARGA DIRI atau MARUAH ); yang sepatutnya mempunyai sekelumit sikap kebertanggungjawaban diatas kenyataan Akhbar tersebut. Kerana suka atau tidak mereka-mereka ini mempunyai keupayaan mengetahui apa yang sebenarnya ada dalam fail-fail yang berkaitan.

Oops! Lupa, Ini ialah untuk mereka –mereka yang masih menduduki kerusi AMANAH , dan ditambah pula yang boleh dikategorikan sebagai PEMIMPIN tertinggi, kesalahan yang dilakukan tersebut jika boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan "TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" adalah satu kesalahan yang kecil dan remeh; yang masih boleh dicanaikan, agar akhir nya ia akan menghasilkan satu kelebihan yang terbaik kepada mereka. Adalah lebih wajar agar mereka ini dituduh sebagai TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN MENGKHIANATI NEGARA. Dunia pernah menipu kita, dengan menjadikan pembelot, pengkhianat, dan banyak lagi PENG…nya itu, dengan menjadikan mereka-mereka ini sebagai Ikon, Mentor, Orang Bergelar, dan pelbagai lagi.

Pembaca tentu tergelak besar dengan saranan saya diatas ; " SIAPA KAMU ( WHO ARE YOU; bahasa elit ).

Persoalannya bukan SIAPA KAMU?, tapi disini saya lemparkan persoalan ini kepada RAKYAT dan MALAYSIA, APA YANG HENDAK KAMU BUAT SEKARANG?

Sudah terang lagi bersuluh diatas Kenyataan Akhbar yang dibuat oleh PEGUAM NEGARA. Intergriti nya masih boleh dipersoalkan. Ia penuh dengan pemalsuan fakta dan tidak bertanggungjawab. Aduhai Malaysia Kenapakah, Kamu benarkan ia jadi begini?

Keadilan hilang, dan kewibawaan PDRM masih menjadi Tanda-tanya, apabila AMANAH yang diberikan di khianati dan dimomokkan sedemikian rupa.

Semasa saya menulis blog ini , hati saya merintih kesedihan diatas APA YANG TELAH ,SEDANG, DAN AKAN BERLAKU!

Benarlah dunia kini menuju atau mencipta kehancuran nya, tanpa sedar. DIMANA PERGI NYA NILAI SEBUAH AMANAH.

Budaya mengkambing hitam kan sesuatu isu itu masih kekal, kental dalam sanubari sebilangan rakyat Malaysia. Artikel Saya " DUNIA YANG MENIPU ATAU KITA YANG MENIPU, amat-amatlah berkaitan. Bagi Mereka –mereka ini; Misi dalam pencarian mereka untuk mengkambing hitamkan sesuatu isu telah Berjaya dilaksnakan. Mereka Berjaya Meletakkan dan Melabelkan Pegawai Rendah TUDM sebagai KAMBING HITAM yang wajar dikorbankan untuk mereka. Tapi tanpa mereka sedar, APAKAH MEREKA JUGA TELAH DI KAMBING HITAMKAN?.

Saya nak Tanya kepada wargakerja TUDM yang berpangkat rendah. DIMANA MARUAH KAMU? Apakah Islam pernah mendidik kamu, bahawa MARUAH itu boleh diinjak-injakkan. Atau Kamu masih diulik dan dibuai MIMPI yang diacuankan untuk kamu. Dan Bagi wargakerja Malaysia. Beginikah hasilnya yang hendak dibanggakan diatas sebuah Profesion atau Kerjaya.

Malaysia cukup gah dengan slogan-slogan ISLAM HADHARI, MODAL INSAN, RAKYAT DUNIA MAJU, RAKYAT SATU MALAYSIA, dan pelbagai lagi. Saya nak Tanya DIMANAKAH NILAI-NILAI NYA?

Tahukah ANDA bahawa kes ini telah meletup pada Tahun 2006 lagi, bukan nya pada 22hb Mei 2008 seperti yang dipropakan. Murah nya Intrigriti Warga ATM . Pada suatu masa dulu Maruah Warga PDRM digadaikan dan dilelong dengan harga yang cukup murah. Lihatlah kini, APa yang telah terjadi pada PDRM? Apakah saya masih perlu menjawab bagi pihak anda semua.

Sebelum saya meneruskan komentar saya ini, Saya ingin melihat RAKYAT MALAYSIA bangkit dan sedar, bahawa telah tiba masa nya kita tidak diperbodohkan dan diperbudakkan. Malaysia telah berusia 53 tahun, relatifnya rakyat-rakyatnya telah cukup matang dan berwibawa. Tidak sepatutnya ada dikalangan kita yang masih bersikap keanak-anakkan.

Saya pernah mendengar, ( Kalau tak silap lah) . Ada Ungkapan di Zaman kegemilangan Islam; 'JANGAN DILIHAT PADA SIAPA YANG BERKATA,LIHATLAH PADA APA YANG DIPERKATAKAN", tapi ungkapan ini sudah tidak lagi relevan untuk diaplikasikan pada dunia hari ini. Ungkapan yang boleh digunakan ialah " LIHATLAH SIAPA YANG BERKATA, KEMUDIAN APA YANG DIKATAKAN"; Bukan maksud saya mengajak saudara dan saudari melihatkan kepada STATUS DAN POPULARITI INDIVIDU, tapi kepada APA YANG ADA DIBELAKANG PERWATAKKAN TERSEBUT. Artikel saya Etika, Tidak Perlu Yang Baru atau Ethics! DO WE NEED A NEW ONE, adalah amat berkaitan.

Pengalaman saya selama 30 tahun dalam perkhidmatan kerajaan dalam pelbagai disiplin , telah banyak mengajar dan membantu saya untuk membuat penilaian akan apa, yang akan berlaku seterusnya. Malaysia tidak wajar untuk membohongi saya dengan kerenah kebudak-budakkan wargakerja nya.

Ingatlah Apa yang dinyatakan pada Surah Al-Asr.

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Isnin, 4 Januari 2010

UMAT ISLAM BERSATU ATAU ..DIAM.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dunia telah lama kehilangan rasional dan tolenransi nya. Kerana itu adalah petanda –petanda masa telah hampir untuk dunia yang akan hancur. Kini di sebuah Negara yang bernama Malaysia ; dimana lahirnya masyarakat majmuk, yang penuh dengan sikap toleransi hingga mampu menghadiahkan satu KEMERDEKAAN nya, tanpa sebarang keganasan yang melampau. Berjaya memupuk dan mengawal ketenteraman dan keamanannya selama lebih dari 50 tahun, dari acuan dan dasar yang ditulis oleh orang lain.

Kini sikap tolenransi masyarakat tersebut khususnya dikalangan masyarakatdan entiti bukan Islam sudah dinodai, dicemari dan jelas bibit-bibit Kehilangan tersebut makin dirasai. Kehilangan tersebut mulai dikesan semenjak dasar kebebasan yang tidak jelas diberikan oleh Kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah. Bukan nya Kerajaan pimpinan Pak Lah yang patut dipersalahkan dalam hal ini, tapi hakikatnya; masyarakat dan entiti bukan Islam lah yang sudah keterlaluan dan kehilangan punca dalam menuntut hak-hak mereka, ditambah lagi dengan dokongan dan sokongan oleh pihak-pihak berkepentingan dan dari parti parti politik picisan .

Berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi , membenarkan pihak Kristian menggunakan perkataan ALLAH dalam akhbar edaran mereka. Walaupun keputusan tersebut adalah satu keputusan yang mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia. Tapi ia masih sebuah keputusan yang sah yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya, kerana ia dibuat dibawah satu autoriti yang dibenarkan melalui Perlembagaan yang sedia ada. Walaupun Masyarakat Islam dan Kerajaan mempunyai ruang-ruang merayu yang masih terbuka dalam sistem yang sedia ada, tapi apakah ia nya akan selesai sepenuh nya atau ia masih menunggu pada satu masa yang lain; untuk bangkit semula dengan keadaan, wajah dan tindakan yang berlainan dari sudut pandang dan kacamata yang berlainan. Persoalannya IA tidak akan SELESAI.

Sekarang anda tentu telah jelas atau masih kabur.

Ya! Amat Jelas kelihatan apabila sesuatu asas itu tidak kukuh, maka anasir-anasir yang berkepentingan akan mengambil kesempatan dalam apa jua kesempatan atau kelompangan yang diperolehi atau yang dicarigali. Oleh itu sudah tiba masa nya untuk seluruh umat Islam bangkit bagi mencadangkan dan menyokong usul pindaan perlembagaan Malaysia; supaya ia lebih jelas dan terang.

Perkara yang perlu di catatkan Dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah.

  1. Asas Rujukan dan Penelitian Perlembagaan Malaysia ialah :-

Pertama Al- Quran,

Kedua Al – Sunnah Rasullullah Nabi Muhammad s.a.w ,

Ketiga . Sebarang bentuk penerbitan, atau pendapat, pandangan, kaljian ilmiah atau sebarang ijmak atau apa-apa yang dirujuk mestilah berasaskan atau bersandarkan kepada AlQuran dan Sunnah.

  1. Sistem Kehakiman dan Keadilan Malaysia, perlu digubal semula, dimana Malaysia perlu menwujudkan Dwi Sistem Kehakiman yang dijalankan secara berasingan dan pilihan. :-

Semua Umat Islam dan apa-apa yang berkaitan dengan atau atas Nama Agama Islam di Malaysia, adalah wajib dibicarakan dan diadili dengan sistem perundangan, kehakiman dan keadilan Islam. Kerjasama dari semua Sultan , Raja dan Yang di Pertua perlu dalam merealisasikan perkara ini.

Pentadbiran dan Pengurusan Islam perlu diselaraskan dalam Satu Entiti yang Jelas.

Bagi masyarakat dan sebarang entiti bukan Islam mereka boleh membuat pilihan samada ingin menggunakan sistem kehakiman dan Keadilan Jenayah dan Sivil yang sedia ada, atau Sistem Kehakiman dan Keadilan Islam. Pilihan mereka akan gugur secara otomatis, apabila apa-apa perkara yang ingin diadili terdapat perkaitan dengan Umat Islam, atau sebarang perkara yang dibawah pengurusan dan pentadbiran Islam samada ia dilakukan dengan disedari atau tidak disedari.

Perlaksanaan Dwi Sistem Ini nanti masih boleh menggunakan pakai semua undang-undang yang telah dipraktikkan di peringkat Negeri dan Persekutuan, dengan berberapa pindaan kepada TataCara dan Perlaksanaan Hukuman atau Keputusan Hakim menurut keperluan Islam sepertimana prinsip-prinsip kehakiman dan keadilan yang ada dalam Islam.

Insyaallah, Kemurniaan dan Keadilan Islam akan terserlah dimata bukan Islam apabila ia dilaksanakan dengan jelas.

Dan saya cukup YAKIN, Masalah-Masalah yang dihadapi Malaysia kini akan selesaikan dalam jangka waktu yang pantas, Jika Malaysia MAMPU dan SANGGUP untuk BERUBAH dengan apa yang disarankan ini .

Artikel-artikel dalam blog ini masih berkaitan dengan apa yang diperjelaskan sekarang.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Khamis, 3 Disember 2009

2012 SUATU IGAUAN DUNIA.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Semalam saya berkesempatan menonton filem yang menjadi tarikan masyarakat dunia,sejak ia ditayangkan kepada umum. Filem tersebut ialah 2012 (2009),olahan dan garapannya dari kacamata pendokong-pendokong industri filem barat.

Kini imbauan kenangan lalu, membawa saya kembali ke era tahun 70an; diwaktu dimana hiburan utama masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya adalah dengan berhibur di Pawagam- Pawagam; sewaktu menyambut hari hari Istimewa dan hari Santai mereka.Saya masih ingat ketika itu, untuk masuk ke Pawagam tidaklah semudah hari ini, walaupun nilai tukaran matawang diketika itu ,bolehlah dikatakan agak rendah, tapi mempunyai nilai apresiasi yang tinggi.Dahulu dengan nilai wang minima 50 atau 65 sen, sudah dapat membiayai anda berada didalam Pawagam di Kelas Tiga ( Nilai itu cukup bermakna kepada yang tiada, tapi tidak membawa apa-apa erti kepada Kakitangan Kerajaan dan yang berada).Bagi anak-anak muda yang masih kecil dan berkemahiran tinggi memujukrayu dan mencelah, mampu untuk menonton dengan percuma filem-filem Menarik.

Nostalgik nya, Anda perlu mendongak atau sedikit berbaring untuk mendapatkan sudut pandang yang boleh dianggap selesai untuk berberapa ketika ( Saya gerenti, selepas selesai menonton, anda akan pulang dengan rasa sakit ditengkok).Bagi yang masuk percuma, kerusi nya adalah dilantai simen (laluan).

Setelah melalui berberapa fasa pembangunan, fisikal dan teknologi dalam industri Perfilemen; agak janggal saya rasa kerana, situasi yang pernah saya lalui masih wujud lagi. Agak nya, begitulah dunia kapitalis.

Menyusur kepada dedahan yang cuba disampaikan oleh Penulis,Pengarah dan Syarikat Produksi filem 2012, mungkin apa yang cuba saya selusuri ini benar atau tidak, hanyalah ANDA yang pasti dapat menentukkan nya.

Kebanyakkan diantara kita selepas menonton filem ini, tidak banyak sedikit mempunyai suatu perasaan gusar dan kebimbimbangan yang relatif akan kesan akibat nya apabila tidak bertaubat atau tidak sempat bertaubat, jika hari KIAMAT hadir.

Maka ada yang berazam untuk mengubah prinsip, pendirian,malah kepercayaan kerana bimbang atau takut digulungkan dalam golongan orang-orang yang KUFUR dan MUSYHRIK. Kalau dulu cuai dan leka, kini mereka membina taat dan keyakinan.

Bagi Golongan yang KAFIR dan KUFUR; atau sememang nya yang telah menolak HIDAYAH dan RAHMAT ALLAH, mereka ini memperlihatkan, Adanya kepercayaan dan Keyakinan mengenai hari KIAMAT; tak kira lah dari mana mereka hadir atau dari agama mana anutan mereka samada Agama Samawi atau Agama Theologi

Ayat 148 Surah AL-Baqarah

148. dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ayat 9 Surah A'li "Imraan:

9. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Kesan Visual, Teknik Sinimatografi dan Penggunaan Pendekataan CGI, amat-amat membanggakan; dan ia telah memberikan gambaran kesan secara langsung kepada Golongan Atheis, Kufur dan yang menolak HIDAYAH, akan begitulah keadaan nya apabila berlaku nya hari KIAMAT itu.

Ayat 123 Surah Al-Baqarah:

123. dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang Yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

Tapi Kapitalis, kemana pergi pun tetap Kapitalis, Peluang dan Kesempatan akan digunakan sebaik mungkin ( Semaksima yang boleh), Jelas seperti yang digambarkan dalam Ayat

86. mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

Golongan Kapitalis dan Kufur tidak berdiam diri, malah setiap ruang dan kesempatan digunakan sepenuh nya. Malah mereka telah mempropagandakan dengan meluas bahawa Hari Kiamat akan berlaku mengikut perkiraan-perkiraan mereka yang tertentu, ia jauh terpesong dari apa yang diterangkan oleh ALLAH s.w.t. dalam ayat-ayat berikut;

Ayat 87 Surah Al-Nisa'a:

ยช87. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) Yang tidak ada syak padanya. dan siapakah pula Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

Malah dalam filem itu dipaparkan ( disarankan ) kepada semua manusia supaya berusaha melarikan diri dari bencana dan ancaman-ancaman yang sedang dihadapi. Maka berebut-rebutlah manusia berikhtiar melarikan diri dari bencana-bencana tersebut. Sedangkan Islam telah menggariskan adab-adab menghadapi bencana atau musibah. Islam menyarankan supaya umatnya mendirikan solat sunat gerhana, bila terjadi nya gerhana.

Sewajarnya lah setiap Muslimin dan Muslimah, bertaubat dan bersujud memohon limpahan Rahmah dan Hidayah ALLAH dari bencana dan ancaman yang mendatang sepertimana yang disarankan pada ayat berikut;

Ayat 194 Surah A'li "Imraan:

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Lihatlah bagaimana Golongan Kufur dan Kapitalis menjual dunia baru mereka dengan nilai 1 Billion Euro sekadar untuk menempahkan tempat dalam bahtera binaan mereka ; kepada orang dan kumpulan yang terpilih sahaja.Begitulah mereka menanamkan benih-benih kekufuran diluar kesedaran manusia.

Dunia ini masih boleh dibeli dan diuruskan dengan wang.

Wang dan Status menjadi kayu ukur keselamatan.

Ayat 19 Surah Yunus :

19. dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama Yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa Yang mereka perselisihkan itu.

Terima kasih.

Thank You.

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"