Sabtu, 11 Oktober 2008

“DATUK” - Penganugerahan dan Kewajarannya ?

 

In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

 

 

Hari ini kebanyakan media-media di Malaysia, menguar-uarkan berita Penanugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka (Datuk) kepada Pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan, yang dikatakan telah memberikan perkhidmatan yang baik dibidang perfileman di rantau Asia, sebagai satu-satunya kriteria yang mewajarkan penganugerahan tersebut dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka.

   

Tujuan penulisan ini adalah untuk mengerakkan seluruh rakyat Malaysia dari semua peringkat masyarakat ; untuk membuat renungan dan tafsiran yang jelas berkaitan dengan perkara yang disebut. Sejak akhir- akhir ini perlaksanaan hak penganugerahan oleh Institusi-Institusi yang berkaitan, kerapkali boleh dipersoalkan dan di pertikaikan oleh masyarakat. Kita bukannya hendak mempersoalkan hak-hak yang ada pada institusi-instutusi tersebut, tapi Apakah sebenarnya criteria- criteria yang wajar , yang perlu menjadi asas-asas yang tidak mampu dipersoalkan oleh masyarakat yang tidak mempunyai hak langsung dalam menentukan criteria-kriteria yang perlu.

 

Bagi saya Kriteria yang paling utama dalam membuat sebarang anugerah adalah individu yang berkaitan telah pun memberi dan telah menunjukkan satu perkhidmatan yang terbaik (perlu di definasikan secara jelas) kepada Rakyat dan Negara di Malaysia.

 

Satu masa dulu, banyak orang –orang yang bergelar ini boleh dipersoalkan kewibawaan dan akhlak nya , dalam membawa gelaran – gelaran yang disandang itu.Pelbagai keranah dan tingkah laku yang tidak disenangi dan yang membawa kepada hilang rasa kepercayaan dan penghormatan masyarakat kepada mereka ini. Apabila ini berlaku nilai yang ada pada gelaran tersebut telah menjadi satu momokan dan tiada nilai yang sebenarnya. Gambaran tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Institusi-institusi berkaitan.

Malangnya mereka-mereka yang berkaitan tidak peka dengan situasi yang telah diperlihatkan itu. Kerana sikap masyarakat Malaysia yang begitu ( Tidak endah ); kerana tidak mahu menyemakkan fikiran. Telah menjadi isu itu di tong sampahkan saja.

Setelah 50 tahun Merdeka, sudah sewajarnya kita mempunyai pemikiran dan halatuju yang jelas dalam perkara ini. Di Malaysia kini banyak individu yang sebenarnya telah layak untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Negara atau Negeri mengikut pengkhususan bidang yang diwakili nya. Namun kerana ketiadaan berberapa factor (yang dianggap penting oleh mereka yang berkepentingan ), individu yang berkaitan telah dinafikan HAK nya.

Harus diingat HAK yang diperkatakan itu sebenarnya adalah HAK ALLAH. Dan ianya harus digunakan dengan AMANAH yang kuat.

0 comments: