Ahad, 19 Oktober 2008

WARKAH BUAT DR.MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum,

 

 

Tahniah diucapkan kepada saudara yang telah pun melaksanakan sebahagian dari tanggungjawab saudara kepada Allah dan Rasulnya, dengan baik; dalam memberikan input-input yang mampu menggerakkan minda masyarakat dengan kekuatan dan keberanian yang telah dikurniakan oleh Allah, jua.

 

Apa pun perjuangan muslim sejati tidak akan berakhir dengan sebarang bentuk perpindahan atau penghijrahan. Yang benar berakhirnya sesuatu perjuangan itu ialah, apabila ALLAH menetapkan saat kembalinya seorang hamba itu kepada Khalidnya.

 

Kita masih mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan, menanti kita di sepanjang perjalanan hidup yang dikurniakan oleh ALLAH ini, moga dengan limpahan Hidayah dan Rahmat Nya, dapat kita melaksanakan nya.Insyaallah.

 

Jika tidak keterlaluan untuk saya memperkatakan, bahawa dengan dunia dan masyarakat Islam kini yang semakin bercelaru dan tanpa arahtuju yang jelas dan benar. Kita dituntut oleh ALLAH dan Rasulnya, untuk mengerakkan sesuatu demi untuk kebaikan muslimin dan muslimah.Saya ingin mencadangkan ( Kalau wajar untuk saya berbuat demikian, kerana ilmu yang ada tidaklah setinggi mana pun )Apa salah nya (Kalau setuju ) untuk kita mengerakkan satu entiti yang mampu mengerakkan muslimin dan muslimah dalam semua bidang ( Setakat yang larat;bergantung kepada keadaan dan pelbagai faktor dengan izin ALLAH )dalam satu perkumpulan yang tidak menafikan prinsip-prinsip Islam sebagaimana yang dituntut oleh ALLAH dalam kitabnya Al-Quran, dan kupasan-kupasan yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam sirah dan hadithnya.

 

Sebagimana yang saudara telah perkatakan "Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan". Hakikat kebenaran itu adalah Hak ALLAH, ianya tidak boleh dimanupulasikan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Dan kalau terjadinya demikian, maka kita umpama akan dan telah mempersekutukan ALLAH; sebagaimana yang dinyatakan dalam:

Surat Al-Ikhlas; " Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

 

Oleh itu, saya bersedia untuk melasanakannya sekadar dengan apa yang saya ada;yang dikurniakan ALLAH itu, Insyaallah.Bentuk dan Cara tindakan, boleh difikirkan bersama; dalam satu syura yang dipersetujui.

 

Akhir kalam, semoga ALLAH senantiasa merahmati dan melimpahkan hidayahnya untuk saudara, agar saudara dapat meneruskan perjuangan yang dipertanggungjawabkan itu dalam dunia yang saudara pilih, Insyaallah.

 

Selawat dan salam pada Rasulullah s.a.w sebagai akhir bicara.

 

Terima kasih. Insyaallah, Jumpa Lagi.

 

 

0 comments: