Sabtu, 3 Januari 2009

PALESTINE – PENGKHIANATAN ATAU GUGURNYA TAUHID?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Seminggu telah berlalu dunia melihat kekejaman dan penindasan berlaku di tanah Palestine. Penjajahan yang telah pun menjakaui 60 tahun, dengan sokongan dan bantuan dari Kuasa-Kuasa Besar Dunia dan Pengkhianat- Pengkhianat dari Dunia Islam sendiri dengan alasan-alasan yang pelbagai; tapi yang sebenarnya Ketauhidan dunia Islam terhadap ALLAH s.w.t semakin rapuh dan mereput dimamah usia, syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang memegang tampuk-tampuk kuasa dan pemerintahan.

Telah banyak para ulamak dan para ustaz membahaskan tentang konsep jihad dalam pencarian menyelesaikan isu-isu Palestine Am nya, tapi hasil nya di MANA?; sebabnya( Teruskan pembacaan anda )

Mari kita buat sedikit penyelidikan di seluruh dunia, dimana terdapatnya umat-umat Islam yang daif, ditindas, dizalimi, dan pelbagai lagi di yang boleh/mampu direnungkan. Apa kata anda bertafakur sekejap pada setiap akhir solat anda dan pohonlah Hidayah dan Rahmat Allah.Apa yang telah kita lakukan?.

Disini, saya teruja untuk membentangkan pelbagai peringkat pemasaalahan dan pendekatan yang boleh diambil dalam mencari penyelesaian isu-isu utama diatas;

Apa kata kita ambil pesanan Rasullullah s.a.w sebagai asas pendekatan yang banyak disebut oleh para ulamak dan para ustaz, apabila kita menghadapi perbuatan-perbuatan mungkar, iaitu

 

Bertindak dengan Tangan;

Bertindak dengan Lisan;

Bertindak dengan Hati;

Dan Berdoa lah memohon Hidayah dan Rahmat ALLAH kerana itulah selemah-lemah IMAN.

 

Persoalan nya, Lihat perkara diatas dan tanyakan pada diri kita, dimana kedudukan kita yang sebenarnya. Blog ini perlu dibaca bersama Blog-Blog yang terdahulu kerana terdapat nya perkaitan yang sangat rapat.

 

Apa pun isu-isu yang mendatang dalam dunia Islam, boleh diselesaikan dengan Hidayah dan Rahmat ALLAH, tertakluk kepada Prinsip-Prinsip Islam yang dipegang oleh setiap muslimim dan muslimah. Itulah janji ALLAH dalam AlQuran.

 

Ok, Tanya lagi pada diri kita dimana komitmen kita dalam menggapai jihad perjuangan tadi.Setiap peringkat kelompok masyarakat atau dunia-dunia yang wujud mempunyai kelemahan dan kekuatan yang telah ditetapkan oleh AlLAH dalam sunnatullah nya yang boleh dikaitkan dengan AMANAH.

ALLAH senantiasa menggalakkan setiap muslimin dan muslimah itu menjalankan perniagaan nya dengan ALLAH, dengan mereka menjual harta dan dunia nya dengan gantian Hidayah dan Rahmat ALLAH dengan pembalasan AKHIRAT yang tidak dapat difikir dan dibayangkan akan ganjaran dan imbuhan nya. Jika di fahami dalam AL-Quran, boleh dikatakan tidak dapat diperjelaskan limpahanya. Kalau Solat Sunat Dhuha saja, ganjaran seumpama dunia dan seluruh isinya, Apa lagi dengan galakan ALLAH agar umat berniaga lah dengan ALLAH.

Bicara kali ini saya lebih cenderung untuk merujukkan isu-isu diatas kepada mereka-mereka yang sebenarnya telah di AMANAH kan dengan KUASA.

Saya rasa sudah cukuplah kita yang kekurangan dalam pelbagai peringkat dijaja dengan Kempen,demonstrasi, penyerahan memorandum dan propaganda yang pelbagai, tapi akhir tujuan tidak kemana dan kesampaian.

Kunci utama ialah "SATU TAUHID, SATU IKTIKAD, SATU PERPADUAN,SATU JIHAD, DAN SATU MATLAMAT"

 

 

 

 

 

 

 

0 comments: