Ahad, 11 Januari 2009

BOIKOT ATAU SEKADAR CAKAP

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

  1. Dunia kini menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang berlaku di bumi Palestine.

     

  2. Dimana-mana didunia yang menentang setiap kekejaman itu, berpakat menganjurkan demonstrasi jalanan dan dikuti dengan penyerahan momarandum bantahan kepada Duta Negara yang dikatakan terlibat samada secara lansung atau tidak lansung dalam proses kezaliman dan kekejaman tersebut. Harus diingat tindakan-tindakan seperti ini telah berlaku selama 60 tahun sejak bumi Palestine dijajah, tapi akhir nya ia akan reda setelah Perjanjian Baru ditangani. Maka berlansunglah gencatan senjata untuk berberapa bulan, bagi mereka-mereka yang terlibat menyiapkan diri dengan pelbagai persediaan, sebelum memulakan semula episod-episod kekejaman dan kezaliman yang baru. Perlakuan dan tindakan retorik ini akan berlaku, selagi umat Islam tidak berpegang kepada amalan tauhid yang jitu.

     

     

  3. Kini dunia disarankan dengan keadah baru menentang kezaliman dan kekejaman tersebut; dengan mengambil tindakan tekanan ekonomi.

     

  4. Pejuang-pejuang dan ahli-ahli politik telah membuat saranan agar rayat mengambil tindakan pemboikotan barangan dan perkhidmatan dari mereka yang bersubahat. Kita lihat orang yang bercakap tu buat tak sebagaimana yang dikatakan nya.

     

  5. Media Massa kelihatan tidak aktif dalam kempen pemboikotan ini. Mereka hanya aktif menyediakan tabung untuk kutipan derma dari rakyat. Disarankan mereka ini aktif dengan menyiarkan dan menghebahkan barangan dan perkhidmatan yang wajib diambil tindakan, agar rakyat tahu dan boleh bertindak dengan betul. Inilah masa nya media massa di Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa mereka juga sanggup berkorban demi kepentingan matlamat tercapai.Media massa tidak perlu gentar dengan kehilangan punca pendapatan daripada ruangan iklan yang dibeli oleh agensi-agensi yang mewakili barangan dan perkhidmatan yang wajib diboikotkan.

     

  6. Pihak Kerjaan sekarang perlu juga aktif dari sekarang. Jika betul pemboikotan itu benar-benar akan terjadi, maka kesan akibat nya ialah indeks pengganguran akan meningkat disebabkan oleh kesan tindakbalas. Kerajaan wajib mencari ruang-ruang baru dalam memberikan bantuan yang sewajarnya, akibat dari kesan tindak balas tersebut.

     

  7. Apakah kita telah bersedia dengan "Apa yang kita cakapkan".Janganlah diantara kita menjadi orang-orang yang fasik dalam perbuatan dan tindakan. Jika ini tidak mampu dilakukan, hentikan lah segala cakap-cakap kosong tersebut.

     

  8. Jiwa Muslim dan Muslimah, adalah jiwa yang tegoh dan kental dalam mempratikkan Islam.

     

  9. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui!

 

0 comments: