Sabtu, 3 Januari 2009

ISU NYA BAHASA MELAYU BUKAN MATA PELAJARAN

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Alhamdulillah, pencapaian keputusan PMR tahun 2008 amat memberangsangkan. Peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran yang tertentu telah dijadikan bahan-bahan propaganda bagi mewajarkan status bahasa.

Sila lihat blog terdahulu saya 'MELAYU KEHILANGAN BAHASA"; pandangan dari sorang yang tidak mempunyai autoriti. Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh orang yang mempunyai autoriti; Sila Rujuk Sudut Sastera Mingguan Malaysia bkth 28/12/2008, Artikel " NILAI SEBENAR BAHASA MELAYU" tulisan DR. Muhammad Haji Salleh, matlamat nya sama, Bagaimana kita Menghina Bahasa Kebangsaan kita secara terang-terangan dengan pelbagai alasan-alasan yang diketahui oleh mereka-mereka yang menghina nya.

Lihatlah Bagaimana hilangnya Jati diri Rakyat Malaysia dan Bagaimana kah pembentukan budaya baru yang diolahkan nya secara sistematik?.

Dan ruang-ruang pertikaian sering dibuka kepada mereka-mereka yang anti Bahasa Melayu yang dikatakan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, dan dipropagandakan sebagai Bahasa Perpaduan Malaysia, tapi malangnya bahasa tersebut dihina dan didiskriminasi pada setiap peringkat perlaksanaan dan penggunaan nya, baik didalam Negara atau dimana-mana Majlis Rasmi Negara.

Banyak yang memperkatakan kita tiada Akta ( hak perundangan ) untuk menguatkuasakan nya. Jadi pemimpin kita tunggu apa lagi, wujudkan akta yang diperlukan, Apakah kita perlu menunggu 50 tahun lagi untuk melaksanakan nya. Saya rasa jika ditunggu kita sudah terlalu tua dan tiada tenaga untuk melaksanakannya; itulah alasan yang akan dibentangkan.

Jika Bangsa-bangsa lain di Dunia ini mampu memartabatkan bahasa mereka dengan gah. Mengapa tidak kita, yang bahasa telah digunakan sejak berabad lama nya.

Masalah kita tetap sama, iaitu kita tiada JATIDIRI!

Kelompangan dan kerapuhan jatidiri kita telah menggerakkan mereka-mereka yang berkepentingan membuat pelbgai desakan dan tuntutan yang tidak berpegang kepada hakikat sebenar kelansungan kehidupan mereka.

Hakisan tanah melayu telah berlaku sedikit demi sedikit, penghakisan bahasa sedang memulakan geraklakunya , dan kemudian akan disusuli dengan penghakisan budaya dan agama.

Fikirlah Rakyat Malaysia, pada awal Hijrah ini!

0 comments: