Sabtu, 10 Januari 2009

RESPONS TERHADAP CHEDET

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Assalammualaikum, wbkth Tun.

 

1. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana telah dapat menjawat dan menduduki di kerusi pemerintahan Malaysia selama l/kuang 22 tahun; satu pencapaian yang amat susah diatasi oleh mana-mana pemimpin Malaysia yang mendatang.

 

2. Inilah pertama kali saya melayari blog saudara, setelah pelbagai publisiti negatif dan positif diberikan secara meluas, disebabkan atas asas latarbelakng saudara sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia, seorang yang dikenali di dunia, dan diatas ucapan-ucapan kontrovasi yang diluahkan.

 

3. Apa pun pendapat seorang itu masih sebagai suatu pendapat sesaorang itu. Seorang itu berhak memberikan pendapat nya pada sesiapa dan bila-bila masa sahaja , asalkan dia tidak dengan sengaja atau tidak sengaja mengugurkan hak memberikan pendapatnya. Senang cakap iaitu "CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN", atau apa-apa perkara yg dilakukan dalam kehidupan nya yang meletakkan diri nya didalam kategori sebagai sesaorang yang telah diklasifikasikan ALLAH, s.w.t. sebagai sebagai seorang yang fasik.

 

4. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah, diatas ucapan perpisahan saudara sebelum saudara melepaskan jawatan Perdana Menteri, tidak berapa lama dahulu. Antara lain saudara memberikan pengakuan bahawa saudara telah gagal mengubah minda rakyat Malaysia, dan telah gagal meletakkan orang-orang Melayu dan Bumiputra ditempat yang sewajarnya, meskipun saudara telah berjaya mengubah Infrastruktur dan fisikal Negara Malaysia setelah l/kurang 22 tahun diberikan AMAMAH oleh ALLAH, untuk melaksanakan nya. Yang benar ALLAH lebih mengetahui kenapa KEGAGALAN itu diperlihatkan.

 

5. Saya amat tertarik untuk memberikan pandangan saya diatas setiap isu yang dibicarakan diruangan blog saudara ini, tapi ruangan dan kesempatan untuk saya amat lah terhad. Oleh itu adalah wajar komen dan pandangan saya itu saya sebarkan didalam blog saya sendiri, http://www.sripanji.blogspot.com ; agar matlamat nya lebih jelas, jujur dan tidak terikat.

 

Terima Kasih.

 

Yang Benar

 

SRI PANJI BIN MOHAMED ZALI

0 comments: