Ahad, 22 Mac 2009

ANTARA INSTITUSI DAN KEADILAN

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Situasi Keadilan dan Penguatkuasaan di Malaysia, ibarat kita mengambil sepinggan Nasi Kandar; Lihat lah dalam satu pinggan Nasi Kandar, kita masukkan pelbagai kuah dan lauk pauk, semuanya dicampur sekali ( selambak-lambak nya) sehingga pinggan tersebut tak mampu menampung bebannya.

Begitulah gaya dan cara negara ini mengendalikan urusan Institusi dan Keadilan nya. Mengapa, Ya! Bijak pandai dan pemimpin-pemimpin kita tidak mengambil sebarang iktibar dari setiap senario yang berlaku.

Mengapa kita tidak mengambil panduan dari penyediaan makanan bangsa Cina; makanan mereka dihidang dan dimakan mengikut aturan-aturan dari satu hidangan ke satu hidangan. Terdapat pengkhususan dalam penyediaan dan hidangan nya.

Sebelum kita teruskan lagi mengupas isu; seperti mana tajuk diatas, lihatlah dulu bagaimana serabutnya sistem Institusi dan Keadilan kita.

Dalam sistem Keadilan yang digunapakai sekarang, salah satu elemen nya ialah "LAPORAN POLIS", tanpa nya di Malaysia, tiada sebarang tindakan susulan yang boleh diambil. Ia merupakan satu bentuk autoriti dan pengesahan Undang-Undang yang dituntut. Bermakna disini, Mana-mana Institusi atau Pengkuatkuasa Keadilan, tidak mempunyai kuasa bertindak tanpa nya.

Disinilah letaknya kelemahan dan kelompangan kita dalam menguruskan Keadilan itu.

Kita sepatutnya telah lebih matang, jika ingin menjadi pemain dan pencontoh yang terbaik kepada dunia. Dalam kebanyakan hal kita patut mempunyai keberanian untuk bertindak secara pre-emptive kerana ia adalah salah satu ciri-ciri Keadilan.

Tapi yang pelik nya , Kita memiliki Akta-Akta yang mempunyai kuasa pre-emptive seperti Akta ISA, OSA, dll., tapi ia tidak melalui pengurusan dan pengendalian Keadilan yang jelas ( Juga suatu ciri-ciri Keadilan ); agar kecenderungan pihak-pihak yang berkepentingan menyalahgunakan kuasa dapat dibendung dengan sebaik-baik nya.

Jika dirasakan kelompangan tersebut memerlukan pindaan Akta, dalah lebih wajar pindaan dilakukan keatas Undang_undang Tertinggi yang memayungi Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan yang diamalkan di Malaysia.

Antara kelemahan Institusi dan Keadilan ialah kecenderungan ahli-ahli sabjek ini untuk berpolitik dari melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dengan jujur dan ikhlas ( Hanya Kerana ALLAH ).

Saya sarankan hentikan sikap-sikap yang demikian, jika berminat politik, ceburi dalam bidang politik sepenuh masa.Tambah lagi Malaysia kini amat memerlukan ahli-ahli politik yang mahir dalam pelbagai bidang, bagi memastikan sistem politik Malaysia tidak hancur dibawa oleh orang-orang politik yang telah menyalahtafsirkan arahtuju politik sebenar.

Ahli-Ahli Institusi dan Keadilan, walaupun mempunyai hak dan kelayakan untuk membuat sesuatu Kenyataan; ini tidak bermakna mereka boleh membuat kenyataan ikut sedap mulut sahaja,. Mereka seharusnya memberikan kenyataan –kenyataan yang boleh dianggap lebih mahir dan matang lagi. Kupasan atau huraian hendaklah dibuat dengan jelas, kalau tidak ada kuasa dapatkan kuasa tersebut melalui cara dan saluran yang diperuntukkan ( Tapi Jangan lah berlengah pula dengan isu-isu lain ). Misi dan Matlamat Institusi dan Keadilan, adalah amanah yang mesti diisi.

Jangan ikut cara dan budaya orang-orang politik kita, yang kebanyakkannya amat gemar sekali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak matang, separuh matang , cakap tidak serupa bikin, dan pelbagai lagi, sekadar untuk mendapatkan kuasa sementara.

Cukuplah setakat ini. Kalau nak diulas banyak lagi yang boleh disenaraikan. Kadang-Kadang naik letih saya dibuat nya. Tapi memandangkan ia adalah amanah dan tanggungjawab saya kepada ALLAH s.w.t.sebagaimana yang diperintah dalam Al-Ashr:

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

 

Hanya AllAH yang mengetahui.

 

 

0 comments: