Khamis, 19 Mac 2009

SPRM- PERLUKAN PINDAAN!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Merujuk kepada Post-Post saya yang lalu didalam blog ini. Setiap hari dunia Malaysia berubah dengan rencam politik yang pelbagai, dan dengan keadah-keadah terkini yang digunakan oleh mereka-mereka yang cukup arif untuk melibatkan diri dan melaksanakan sesuatu yang telah mereka sedia maklum, akan suatu perlakuan dan perbuatan yang mungkar.

Berikutan dengan perkembangan-perkembangan mutakhir ini pada sebuah parti politik .( Ini tidak bermakna yang lain nya tidak pernah melaksanakan atau menjadikan ia suatu amalan harian ).

Saya ingin mencadangkan kepada SPRM agar dapat mengambil inisiatif atau sebarang tindakan "Pre-emptive" , bagi mendapatkan pindaaan atau tambahan kepada Seksyen 3 "Tafsiran" dengan memasukkan klausa berikut:

"Mana-mana orang atau Individu yang bertaraf wargenegara hendaklah dikecualikan daripada apa-apa tindakan atau siastan oleh SPRM yang berkaitan dengan apa-apa kesalahan-kesalahan yang terkandung didalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008, jika ia:

  1. Adalah seorang ahli berdaftar didalam mana-mana Institusi, atau Pertubuhan, atau Syarikat, atau Organisasi yang telah diiktiraf oleh Malaysia ; yang mempunyai suatu Badan Siasatan dan Tindakan ( Memiliki Peraturan-Peraturan dan Undang- Undang Pentadbiran )yang mana ahli atau individu tersebut boleh dikenakan apa-apa tindakan yang diputuskan kemudian oleh Badan-Badan yang berkaitan, yang bersangkutan dengan apa-apa kesalahan yang disebut didalam AKTA SPRM 2008. "

 

Tujuan cadangan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai keadilan sejagat, agar tindakan pencegahan dan pembasmian dapat dilaksanakan dengan lebih jujur, telus dan penuh amanah.

 

Tiada lagi cakap-cakap atau sebarang bentuk tohmahan bahawa Malaysia mempunyai satu sistem tindakan dan keadilan yang benar-benar telus; tiada lagi Slogan " Bilis ditangkap Jerung diLepaskan ".

 

Juga akan tiada lagi andaian-andaian bahawa sesuatu tindakan itu terdapatnya unsur-unsur konspirasi ,atau strategi menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan sesuatu, atau pun penggunaan keadah diplomatik dan toleransi bagi mencapai kebaikan yang lebih baik ( Hakikatnya ia adalah topeng yang digunakan untuk menutup hakikat kebenaran yang hak ).

 

Hanya ALLAH Yang Mengetahui.

 

0 comments: