Selasa, 24 Mac 2009

Tinjauan: Apa Nak Buat?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Keadaan ekonomi dunia semakin parah dan tidak tentu hala. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah setiap hari.Dimana- mana kerisauan dan kesedihan berlaku kerana, tekanan sara hidup yang senantiasa meningkat, kehilngan punca pendapatan menjadi tajuk-tajuk menarik yang akan diperkatakan oleh ahli-ahli masyarakat, dan pelbagai lagi masaalah dan isu baru yang akan muncul dan menghantui kehidupan.

Realiti sebegini tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Tapi yang manarik ditempat dimana sistem perundangan dan penyelesaian masaalah didebatkan iaitu di Parlimen. Cadangan- Cadangan yang tidak pragmatik pada ketika ini disuarakan; disarankan Sektor Kehakiman diberikan perhatian yang khusus, supaya Gaji dan Emolumen para hakim dinaikkan seperti mana yang berlaku di India dan Singapura.

Saya rasa YB-YB tersebut terlupa dengan Keadah Prinsip Perbandingan. Pohon YB-YB mendalami ciri-ciri Prinsip Perbandingan sebelum, sesuatu perkara itu hendak dibandingkan dengan perkara yang lain.

Menaikkan Gaji atau Sebarang tambahan emolumen pada waktu ini adalah tidak wajar. Jika satu sektor diberikan, maka akan kedapatan tuntutan-tuntutan dari sektor yang lain, kesan putaran akan menambahkan lagi masaalah yand sedia wujud.

Perkara yang patut difikirkan dan diambil tindakan ialah:

Bagaimana meningkatkan produktiviti individu, Organisasi, Kerajaan, Swasta , agar lebih berdaya saing bagi mempertingkat dan memperbesarkan kek-kek ekonomi tanpa mengenepikan orang-orang miskin, kurang upaya dan tak berupaya.

Mengurangkan Kos Sara Hidup dan kebergantungan kita kepada bahan import; yang mana kita mampu mengeluarkan nya sendiri dengan keadah dan Inovasi Tinggi.

Dalam menjayakan aspek-aspek pemulihan dan pemeliharaan. Kerajaan harus berada ditahap yang berkehendakkan di reformkan pada dasar, keadah pentadbiran dan pengurusan,ekonomi, keselamatan, kewangan, dan semua sistem yang berkaitan dengan Matlamat Bernegara. Dasar-Dasar baru wajib diketengahkan dan dasar-dasar lama wajib dipinda atau di mansuhkan.

Salah satu isu menarik yang ditimbulkan dalam Parlimen, bila membicarakan kenaikan gaji para hakim ialah "PENGIKTIRAFAN". Pada saya dengan menaikkan gaji bukan bermakna pengiktirafan telah dilaksanakan; kerana wujud KEADILAN dalam sesuatu isu ialah vice-versa.Pendekatan timbal balas perlu dijadikan asas untuk apa-apa perkara yang ingin dikaitkan dengan "PENIKTIRAFAN".

Bagi Manusia PENGIKTIRAFAN sebenar ialah :

  1. Nyawa dan Maruah nya
  2. Akal dan Ilmu nya
  3. Keluarga dan Kebajikannya
  4. Harta dan Peluangnya
  5. Privasi dan Keselamatannya.

     

Tapi yang paling UTAMA yang perlu diberi pengiktirafan; menyedari, mendapatkan , dan diperjelaskan HAKIKAT HAMBA DENGAN ALLAH. Dimana ia bermula dan berakhir. Disedarkan bahawa HAKIKAT KEADILAN SEBENAR TELAH HAMPIR. Asas-asas persediaan dan persiapan perlu mamtap.  

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.  

0 comments: