Rabu, 11 Mac 2009

TINJAUAN : KEPROFESSIONALISMA PDRM.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

  1. Saya amat tertarik sekali ingin memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman saya dengan rakyat Malaysia. Terlebih dahulu Nama sebenar saya adalah sebagaimana di alamat blog saya ini. Saya telah berkhidmat dengan PDRM selama 23 Tahun, dan adalah seorang Pegawai Kanan di PDRM. Bidang – Bidang Tugas yang telah saya jalankan sepanjang kerjaya tersebut ialah di Bidang Pentadbiran, Latihan, Siasatan Jenayah Berat dan Ringan , Perisikan ,Unit Soalsiasat dan Intrograsi, Anti Narkotik, Para Militari, Unit Kawalan/ Pencegah Rusuhan,Unit Khas Anti Keganasan dan Jenayah Terancang dll.

     

  2. Sejak akhir-akhir ini kejadian Jenayah Terancang dan Keganasan semakin menjadi jadi, samada ia dilakukan oleh orang tempatan atau pendatang-pendatang asing. Kecenderungan ini berlaku disebabkan oleh kawalan dan pemantauan dari pelbagai aspek kepolisan dan keselamatan, gagal dilaksanakan dengan sempurna. " KERTAS CADANGAN PENAMBAIKAN PDRM" ( sesalinan telah dihantar Kepada Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM , YAB Perdana Menteri )suatu masa dulu. Dan diatas Kertas Cadangan ini dan Cadangan Penubuhan Unit Anti Keganasan , saya telah diketepikan oleh pihak PDRM sehingga ke hari ini.

     

  3. Terdapat banyak kelemahan dan kelompangan, jika kita hendak mengatakan tahap keprofessionalisma PDRM secara keseluruhan nya. Ini dapat dibuktikan dengan tindakan-tindakan balas yang diambil oleh PDRM keatas setiap kejadian-kejadian jenayah yang dikendalikan.

     

  4. Tidak berberapa lama dulu salah seorang Pegawai Kanan PDRM ada memaklumkan pada media, bahawa PDRM sedar dan tahu akan kelemahan-kelemahan dan kelompangan-kelompangan yang ada didalam sistem dan sumber manusia PDRM. Harus dingat usia PDRM sudah terlalu tua dan penuh dengan pengalaman. Ia perlu diremajakan semula dan membina semangatnya, agar ia dapat mengisi tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

     

  5. Di Malaysia, budaya gemar menggunakan perangkaan (Stastic)sebagai kayu pengukur kejayaan, adalah satu tindakan yang tidak tepat sepenuh; kerana perangkaan yang disediakan dan digunakan oleh pihak yang menjalankan tanggungjawab itu selalunya bersifat tidak amanah. Menaikkan dan Menurunkan angka-angka perangkaan adalah satu permainan untuk mengkaburi dan menjaga hati adalah falsafah yang sering diterapkan. Dan angka perangkaan tersebut juga sering dibiarkan "ideal" tanpa sebarang tindakan yang membina semangat baru.

     

  6. Malaysia boleh melihat dari laporan-laporan media yang disebarkan, terdapat banyak sangat kelemahan-kelemahan atau tindakan –tindakan professional yang boleh dipersoalkan ( hanya bagi yang mempunyai pengalaman )keatas Bagaimana ahli-ahli PDRM menanggani sesuatu kejadian itu. Ch: Adakah wajar penjenayah yang menggunakan parang dan pisau, ditembak dengan berberapa butir peluru. ( Saya bukan hendak menjadikan seorang pejenayah itu HERO, dan juga bukan ahli PDRM yang tidak matang dan cukup latihan ). Saya ada banyak lagi kajian dan perbandingan yang boleh diutarakan tapi saya tak mahu ia disalahertikan oleh mereka-mereka yang tidak amanah ini.

     

  7. Hanya untuk Malaysia, berhati-hati lah dan berfikir lah dengan waras dalam setiap tindakan yang diambil. Renung dan fikirkan lah , jika kita atau salah seorang orang yang kita sayangi menjadi mangsa keadaan-keadaan tersebut samada yang dikategorikan sebagai perlanggar undang-undang atau sebagai seorang ahli penguatkuasa yang diamanahkan.

     

     

    Hanya ALLAH yang lebih Mengetahui.

0 comments: